Kancing gigi atau juga dikenali sebagai
tetanus adalah kekejangan otot iaitu pada bahagian rahang. Kancing gigi
terjadi akibat luka yang dicemari oleh spora bakteria jenis Clostridium tetani. Clostridium
tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas.
Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria
berbahaya ini. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan
sering kali membabitkan luka atau tusukan luka yang dalam.
Kancing gigi boleh mengakibatkan
keretakan di tulang belakang, keregangan tendon, kesukaran untuk makan,
kegagalan jantung dan trombosis. merupakan salah satu penyakit bahaya
yang boleh membawa maut dan juga menjadi punca kematian di Asia dan juga
Afrika.
Tanda-tanda kancing gigi
- Kelesuan
- Kekejangan atau ketegangan
- Kesukaran untuk mengunyah
- Otot semakin mengeras dan sakit
- Susah dan sakit apabila senyum
- Pengecutan otot yang kuat
- Kekejangan yang amat menyakitkan
Rawatan dan pencegahan kancing gigi
Rawatan dan pencegahan untuk penyakit kancing gigi sangatlah terhad. Kancing gigi boleh dicegah dengan suntikan tetanus toxoid.
Dewasa : Pusat
Pengawalan dan Pencegahan Penyakit menyarankan bahawa orang dewasa
menerima suntikan penguat pelalian setiap sepuluh tahun dan mengamalkan
penjagaan piwaian bagi mereka yang tidak pasti bila dia diberi suntikan
tersebut.
Kanak-kanak : Kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun sering diberi suntikan DPT/DTaP untuk mengelakan kancing gigi berlaku.
Bagaimanapun, suntikan ini mungkin tidak
menghalang potensi untuk kes kancing gigi kerana ia mengambil masa
maksimum dua minggu bagi antibodi kancing gigi terbentuk.
credit to wanista.com
No comments:
Post a Comment