Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label INTERNET. Show all posts
Showing posts with label INTERNET. Show all posts

Monday, March 3, 2014

APA ITU BITCOIN?



Apa Itu Bitcoin ?

Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa melalui bank. Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah dan murah.

Matawang digital tunggal ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu tertakluk kepada sebarang jenis matawang dunia. Matawang ini juga tidak boleh dibekukan kerana ia tidak melalui mana-mana bank.

Bagaimana Bitcoin Bermula ?

Matawang ini dicipta oleh seorang yang hanya dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto yang dipercayai berbangsa Jepun. Ada yang menyatakan Satoshi Nakamoto adalah satu watak yang tidak wujud sebenarnya. Watak ini diwujudkan untuk melindungi individu atau kumpulan sebenar yang mewujudkan matawang ini.

Bagaimana Mendapatkan Bitcoin ?

Bitcoin ini boleh dicipta melalui satu aplikasi yang dipanggil Bitcoin Miner. Dengan membuat ‘kerja’ di situ anda akan diberikan Bitcoin. Kerja bermaksud membuat aktiviti teknikal yang memakan masa. Klik di sini untuk baca lebih lanjut.

Bagaimana Bitcoin disimpan ?


Bitcoin disimpan dalam Bitcoin Wallet, website seperti bank online atau paypal yang biasa anda gunakan. Anda juga boleh gunakan Bitcoin Wallet ini untuk menghantar dan menerima duit. Penghantaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada alamat email dan password anda.

Apa Yang Boleh Dibeli dengan Bitcoin ?

Kebanyakkan kedai-kedai online di internet sudah mula untuk menerima pembayaran melalui Bitcoin. Buat masa ini anda boleh membeli games, t-shirt, alat musik, alat mainan, ebook dan jutaan barangan lain.




Sila klik di sini untuk melihat senarai website-website yang menerima Bitcoin sebagai salah satu matawang yang diterima.

Berapa Nilaian Bitcoin ?

Nilai terkini Bitcoin :


$
568.29
Bid: $568.29 Ask: $571.41Powered byBTCQuote.com
Loading...



Nilai Bitcoin buat masa ini belum lagi stabil. Ia pernah turun serendah USD 2 dan pernah naik setinggi USD 6. Harga semasa Bitcoin adalah USD 4.00. Trend semasa menunjukkan matawang ini akan menjadi stabil dalam tempoh masa beberapa tahun lagi.


Read more ...

Tuesday, February 25, 2014

CARA MELAJUKAN DOWNLOAD SPEED U TORRENT 100% BERKESAN


Saya pasti ramai pengguna internet di malaysia ini menggunakan torrent. Ini kerana dengan torrent, kita boleh dapat pelbagai file seperti Game, Movie, Lagu, dan pelbagai lagi. Tetapi selaju manakah proses download anda itu?
Speed-up your uTorrent download 100% working with uTorrent 2.2.1 Client.
Disini saya mengambil contoh untuk pengguna streamyx sahaja. Jika anda menggunakan Celcom Broadband, anda tidak perlu ikuti cara ini kerana saya dapati Celcom Broadband Pakej Advance tidak akan block atau throttling download speed jika anda menggunakan torrent. Saya sudah mencubanya pada Celcom Broadband dan keputusannya saya akan dapat lebih kurang 80% – 90% kelajuan download asal pakej celcom broadband advance.
Walupun pihak Celcom Broadband tidak block download speed menggunakan torrent, tetapi kita terikat dengan limit bandwith dimana jika penggunaan bandwith kita sudah melebihi 6GB (untuk pakej advance), maka secara automatik download speed anda akan menjadi 128kbps sahaja.
Sebaliknya pula pada streamyx. Jika anda menggunakan streamyx (bukan UniFi), anda tidak terikat dengan bandwith limit tetapi mereka throttling download speed jika anda menggunakan torrent ( client seperti uTorrent). Tahun lepas saya mula mencari cara untuk bypass sekatan ISP Telekom Malaysia (streamyx) ini supaya saya boleh mendapatkan kelajuan 100% jika mendownload menggunakan client torrent seperti uTorrent.
Hasilnya saya telah menggunakan VPNFreak untuk bypass sekatan ISP ini. Tetapi perkhidmatan VPNFreak ini berbayar iaitu RM30 sebulan. Anda mahu bayar setiap bulan semata-mata untuk mendownload file kegemaran anda? Mesti tidak sekiranya anda sudah jumpa perkhidmatan VPN FREE. Saya mencuba perkhidmatan VPNFreak selama sebulan sahaja, kemudian saya tidak lagi menggunakannya.
Dengan menggunakan perkhidmatan VPN, kini anda bebas untuk mendownload apa sahaja dan juga kelajuan internet anda tidak lagi dikawal oleh pihak ISP anda. Anda mahu perkhidmatan VPN PERCUMA!?
Dini saya kongsikan perkhidmatan VPN percuma dan kelajuannya 90% – 100% bergantung kepada kelajuan internet anda. Anda tidak perlu membayar (saya tidak pasti ianya akan percuma selama-lamanya) apa-apa untuk menggunakan perkhidmatan VPN ini. Anda lihat gambar dibawah, saya mendapat kelajuan download yang sangat tinggi dengan menggunakan VPN ini.

Kelajuan diatas adalah hasil uji kaji saya menggunakan Streamyx BlockBuster Deals 4MBps dan menggunakan Windows 7 Home Premium. Client torrent yang saya gunakan adalah uTorrent 2.2.1 kerana jika update kepada 3.0, saya kurang selesa dengan interface baru uTorrent tersebut. Jadi saya menggunakan versi lama. Jika anda mahukan uTorrent versi 2.2.1, anda boleh download disini.
VPN yang saya gunakan pula adalah UltraVPN daripada UltraReach Internet Corp. U.S.A. Mereka telah mengeluarkan UltraVPN versi 1.0. Anda boleh mendownload UltraVPN disini. Jika link download tidak berfungsi, anda pergi ke Web ultrasurf disini.
Cara menggunakannya cukup mudah.
  1. Download UltraVPN
  2. Extract folder .zip ultravpn
  3. Double click untuk run UltraVPN (tidak perlu install)
  4. Biarkan UltraVPN connect dengan server sehingga berjaya
  5. Selesai. Sekarang, anda sudah bypass sekatan ISP (untuk mendownload).
UltraVPN 1.0
Anda boleh mula mendownload torrent menggunakan uTorrent 2.2.1 ataupun client lain yang anda suka. Tetapi cara ini saya hanya mencuba pada uTorrent 2.2.1. Anda boleh cuba pada client torrent yang lain.
Ada banyak kelebihan jika anda menggunakan VPN. Kali ini saya kongsikan kelebihan VPN untuk melajukan proses mendownload menggunakan uTorrent sahaja. Lain kali saya akan kongsikan lagi tips-tips menarik.
Anda cubalah. Jika cara anda berbeza, kongsikan dengan saya. Sharing is caring.


SUMBER
Read more ...

Streamyx Versus Unifi Telekom

 

 

Streamyx Versus Unifi Telekom

gua kadang-kadang pelik dengan diri sendiri. apsal kalau hari cuti cepat je tersedar kalau ada call yang masuk. kalau hari kerja tu jarang-jarang sangat gua sedarnya. macam bunyi tu laju je diserap oleh telinga gua lantas menukarkannya kepada dodoian manja untuk melengkapkan lagi tidur gua. pelik bin ajaib betul kan. ke lu orang pun sama je?

ok.itu bukan apa yang gua nak cerita. gua nak cerita pagi-pagi sedang gua membuta..gua di sedarkan oleh satu panggilan telefon pelanggan Streamyx gua dulu bertanyakan pasal Unifi Telekom. mamat ni student Universiti Teknologi Petronas (UTP)..berasal dari negara Ethiopia. tak pandai berbahasa Melayu. fuh..dengan dia..dengan gua..sama-sama berbelit lidah nak berborak menggunakan bahasa perantara. dan yang buatkan dia beriya call gua sah-sah lah bukan sebab nak berdiskusi pasal matapelajaran Electrikal & Electronic Engineering..tapi pastilah ada kena mengena dengan produk Telekom yang lain. pasal produk Unifi TM. ya..dan rajin untuk gua berkongsi pasal produk Unifi TM dengan dia dan lu orang sekali. walaupun area Perak tak cukup meluas lagi.

Apa itu Unifi..apa bezanya dengan Streamyx?
secara teknikalnya yang membezakan kedua-duanya adalah medium pengantara data yang di hantar dan diterima (send and receive). Unifi menggunakan fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan cooper (tembaga) sebagai medium perantaranya. ini gua maksudkan medium perantara antara premis pelanggan dan last point yang disediakan oleh pihak Telekom lah.

antara sebab kenapa fiber optik dijadikan medium perantara adalah disebabkan penghantaran dan penerimaan data dapat disalurkan dengan pantas. Fiber optik yang bersifat gentian kaca mengurangkan keciciran semasa proses response antara browser dan Server Telekom. Contoh simple je..lu orang ambik touchlight..dan lu orang suluh cermin dan kalau ada periuk nasik tembaga..lu orang suluh sekali. mana satu yang memantulkan cahaya lebih terang. ha..itulah contoh mudahnya. Lagi terang cahaya yang dipantulkan maksudnya lagi kurang lah tahap keciciran data. Cicir di sini bermaksud kelemahan dari segi response antara browser dan Server Telekom. faham?

dan sebab itu pakej Streamyx hanya setakat 4Mbs je. itu pun dah banyak tercicir. kena ambik kira Signal-to-noise ration (SNR)..ok ke tak kadar signalnya..dari premis ke Server Telekom..kena ambik kira Attenuation..kalau test speedtest pun dapatlah 3Mbs plus plus je. kalau dapat lebih dari 70% speed tu kira dah beruntung lah tu..kalau ikutkan pengalaman gua..70% tu dah kira lulus dah..tak sampai 4Mbs pun. dan dari pengalaman gua juga..pernah gua menggunakan pakej Streamyx D.I.Y (sebab port di area rumah gua pihak Telekom tak configure/limitkan kepada had 4Mbs) dan kelajuannya tak jauh beza dengan speed 4Mbs..dapat dalam area 3.8Mbs plus plus je. dan untuk menampung speed yang lebih besar maka Unifi diwujudkan. dari 5Mbs membawa kepada pakej berkelajuan 20Mbs. cicir tetap cicir. tapi skala kecicirannya semakin mengecil comel.

itulah serba sedikit apa yang gua ceritakan pada mamat yang berasal dari negara Ethiopia yang mengejutkan gua dari nyenyak tidur. entahlah..gua syak penerangan gua menggunakan medium bahasa pengantara agak keciciran juga. ah..pedulikan..kalau dia dapat faham 70% dari cerita gua pun dah kira ok kan?


sumber
Read more ...

CARA MELAJUKAN CAPAIAN INTERNET

Tak kiralah streamyx, broadband, wifi free di kedai makan atau curi guna wifi jiran sebelah, kita mesti nak ianya laju..betul da... Oleh itu,kali ni,saya nak kongsikan cara untuk melajukan talian wifi anda.


  1. Connect ke internet..on wifi..
  2. Click pada Start Menu, dan taipkan cmd di bahagian search
  3. Di cmd, taipkan ipconfig/all dan tekan enter
    4.  Cari maklumat IP Address dan Default Getaway dan salin(warna hijau dibak)

5.   Taipkan ping [IP address ATAU Default Getaway] -t dan tekan enter
  6.Korang akan nampak reply seperti di bawah ni. Biarkan windows cmd terbuka sepanjang    korang online.

Cara ni boleh apply dan wifi yang lembab. saya sedang gunakannya untuk wifi sekarang ni. Agak berkesan juga...

SUMBER
Read more ...
Designed By