Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Lelaki Yang Soleh



Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?

Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.

lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.

Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?



Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.



Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,

Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.

Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.



Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:



“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).



Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:



Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.
Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.


Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua.





Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.


Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.


Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.


Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.


Rasulullah bersabda“ Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )

“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )

Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh

Sumber:akuislam.com
Read more ...

Friday, September 19, 2014

Zina Ku Bermula Dari Facebook



Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

Sumber
Read more ...

Thursday, August 14, 2014

FENOMENA JILBOOBS DIKALANGAN WANITA SUKA TAYANG

 

Jilboobs adalah satu fenomena wanita yang bertudung dengan sengaja mendedahkan bahagian payudara sebagai satu pemakaian tudung yang melanggar etika bertudung yang dituntut syariat islam.
Terdapat juga group maya yang menampilkan pelbagai gaya pemakaian tudung yang sengaja mendedahkan bahagian payudara sebagai tarikan kepada kaum adam. Kaum lelaki yang sedia miang itu akan meninggalkan komen yang bersifat biadap dan tidak menghormati wanita. 
Admin beranggapan bahawa gambar jilboobers itu dicuri atau di ambil di akaun facebook wanita yang menggayakan pemakaian tudung yang tidak patuh syariat islam itu.
Read more ...

Wednesday, July 16, 2014

Salah Wanita kah?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Artikel
Read more ...

Friday, June 20, 2014

UNTA MEMATAHKAN RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W



Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah S.A.W. 

Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahawa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."

Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."

Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahawa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah S.A.W menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.

Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad S.A.W berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.

Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad S.A.W bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad S.A.W.

Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad S.A.W pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum Quraisy akan menyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.

Sebaik saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah S.A.W baru saja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.

Sebaik-baik saja Abu Jahal melihat Rasulullah S.A.W telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disedari oleh baginda.

Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."

Sebaik saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad S.A.W terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.

Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disedari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.

Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"

Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin kehairanan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi S.A.W, tiba-tiba saja diam membisu.

Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.

Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah S.A.W pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahawa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah S.A.W.

Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik saja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."

Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W hanya tinggal kata-kata saja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong saja.

Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan kehairanan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kau tidak nampak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."

Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.

SUMBER ----- http://harmoni-my.org/
Read more ...

Thursday, June 19, 2014

Pergaduhan Budak Asrama Jepun Yang Ngeri

sekadar gambar hiasan
Buli adalah menjadi satu kebiasaan diasrama....namun buli yang menyebabkan pergaduhan memang patut dielakkan....di jepun...perkara buli adalah menjadi satu kebiasaan untuk mereka...jom layan video kat bawah ni....

Read more ...

Wednesday, June 18, 2014

Wanita Kena Faham Lelaki 7 Perkara

1.Bukan sahaja wanita, Lelaki pun boleh jadi sensitif wokey...tapi sensitif dari segi ambil berat la...bukan nyer sensitif dari emosi.....dengan kata lain prihatin..... 
2. Cantik bukan sesuautu pekara yang per adala pada wanita itu untuk dia terpikat....wanita yang mempunyai budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. kalau cantik tapi perang hampeh leceh jugak ye...
3. Lelaki juga kadang-kadang gagal untuk memehami perangai wanita....terutama kekasihnya.....ermmmm perkara ini memang terjadi pada setiap hubungan.....namun untuk lelalki itu memahami perasaan sebenar kekasihnya....kekasihnya perlu berterus terang tentang apa- apa sahaja yang terbuku dihati.... 
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik yakni mereka bukan lah manusi a yng akan hilang pertimbangan jika cinta dan harapan mereka ditolak....namun ada juga kes terpencil lelaki yang membinsakan diri sendiri akibat kecewa dalam cinta.....itu lelaki kurang iman....jadi cenggitu lah..... 
5. Sifat kejantanan memang sinonim degan lelaki. nama pon lelaki kan....Namun ada juga lelaki yang kurang jantan seperti lelaki yang agak lembut....lembuat bereti bukan xjantan tau....tapi kurang jantan sikit dari jantan sebenar....Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita....sebab wanita merasakan lelaki akan enjadi sebagai tempat sibunga berlindung degan lelaki yang mempunyai nilai perlindungan yang tinggi...
6. lelaki memang tertarik dengan wanita....itu memang asal penciptaan Adam dan pasang sejak Azali mereka adalah wanita.....Naluri ymakhluk yang bernama lelalki ini memeang diciptakan untuk meminati wanita....namun perlu dingatkan....terdapat juga lelalki yang mempunya perasaan yang kuat terhadap sejenis....dengan kata lain gay a.k.a homoseks....namun ini boleh dianggap perkara terpencil....tak ramai sangat la...namun perkembangan golongan songsang ni memang perkembang mengikut tahun...Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.....namun lelaki yang baik dan soleh akan menjaga mata nya dari melihat aurat wanita yang bukan mahramnya...
7. kerasahan ingin berdating memang menjadi keresahan bagi setiap lelalki...pada fikiran mereka akan membuat yang terbaik untuk wanita yang keluar brsama denganyaa....mereka merasakan dating yang pertama itu sebagai peananda aras untuk kesinambungan hubungan yang seterusnya jika dating yang pertama ini menjadi ke jinjang pelamin.... 
namun begitu...lelaki bukan makhluk yang sempurna 100%....dengan kehadiran wanita dalam hidup mereka....mungkin die akan menjadi sempurna dengan kehadiran Si HAWA... 
Read more ...

Monday, June 16, 2014

Negara China dan Dosa beranak ramai


Ibu yang berumur 33 tahun di Jinan Huang,telah melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan,
 walaubagaimananpun, hasrat si ibu ini dalam melihat pembesaran bayi2 yang comel ini tidak kesampaian di sebabkan polisi negara china yang melarang rakyatnya melahirkana ramai anak.

mungkin negara china sudah mempunyai populasi penduduk yang sudah mencapai tahap teoudi mana pihak kerajaan china terpaksa mengehadkan kelahiran bayi di negara mereka.

Apa yang mengecewakan adalah pihak negara chinana gagal melihat perkara ini dari satu sudut kemanusiaan dan hak kanak2 tersebut untuk terus hidup didunia ini.

Di china terdapat Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.


keluarga bayi tersebut terpaksa membuat pilihan untuk membenarkan hanya seorang sahaja anakanya dapat dipelihara dan dibesarkan. manakala adik beradik kembar yang lain terpaksa dibunuh dengan kejam demi  polisi kerajaaan china iiatub satu keluarga satu anak.


Apa yang dapat disimpulkan adalah sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu! ''


semoga rakyat di negara kita tidak menjadikan contoh teladan dari negara china ini yang hanya mengundang kemurkaan Tuhan semesta alam kerana mengkhianati amanah daripada Sang Pencipta. sesungguhnya anak adalah anugerah allah yang tidak terhingga nilainya.

Read more ...

Tuesday, June 3, 2014

PERLU BERHATI-HATI DENGAN SALESMAN KERETA YANG DUSTA



Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.


Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini… awas… cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun…tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.


Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik… Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini.


Ok…anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.


Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.


Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.


Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.


Berbalik kepada cerita salesman ‘baik hati’ yang bagi diskaun kepada anda tadi… dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa…. Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.


Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.


Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama… tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.


Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.


Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta.


Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.


RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun).


RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080


Jadi: RM40,000 (loan) +


RM10,080 (keuntungan bank)


————


RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan


Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.


Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.


Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.


Loan Kereta 2nd hand


Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni… ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.


Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je ‘Paultan’ blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.


Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak…cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke…



- keretabarudankeretaterpakai
Read more ...
Designed By