SALVADOR - Sepanyol hadir bersama ingatan manis muncul juara empat
tahun lalu apabila mereka akan memulakan usaha mempertahankan Piala
Dunia dengan menentang naib juara 2010, Belanda di Salvador dalam
perlawanan tumpuan Kumpulan B (esok, 3 pagi waktu Malaysia).
Sepanyol, yang juga juara Kejohanan Eropah 2008 dan 2012, tiba di
Brazil bersama 16 pemain daripada skuad empat tahun lalu di Afrika
Selatan, kumpulan pemain sama paling ramai untuk Piala Dunia berikutnya
oleh mana-mana juara dunia, dengan ramai daripadanya masih mempunyai
parut luka akibat pertembungan getir dengan Belanda pada 2010.
|
Skuad Belanda Pada 2010 |
Skuad La Roja yang dibimbing oleh Vincent Del Bosque, yang
diperkuatkan kali ini oleh penyerang hebat kelahiran Brazil, Diego
Costa, akan memulakan aksi mereka selaku pasukan pilihan, yang mana jika
muncul juara Piala Dunia kali ini akan menjadikan mereka pasukan Eropah
pertama
berbuat demikian di benua Amerika.
|
graf kesungguhan dan energy pasukan Spain pada world cup yang lalu |
Banyak kelebihan diperoleh dengan adanya Costa, yang berasal dari
Lagarto di timur laut Brazil dan keluarganya akan datang 350 kilometer
jauhnya dari Salvador untuk melihat dia menentang Belanda. Kehadirannya
dalam kesebelasan utama Sepanyol akan memberi nilai tambah kepada
pasukannya yang sering kali bermain tanpa penyerang tengah tulen.
|
Penyokong setia pasukan spain dan belanda mengikut artis |
"Buat masa ini saya tidak fikir kami boleh bermain tika taka. Serang
balas ialah senjata yang sangat bahaya yang sudah pasti akan kami
gunakan ketika kejohanan ini," kata Arjen Robben, kepada laman web
pasukan Belanda Ons Oranje.
Begitu menonjol dalam kempen La Liga musim lalu apabila menjaringkan
36 gol untuk membantu Atletico muncul juara, Costa telah melenting
apabila jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari mendakwa telah
menawarkannya peluang bermain dalam Piala Dunia.
Costa menegaskan, hanya Sepanyol yang menawarkannya tempat.
Costa akan menjadi teraju kepada barisan pemain memang dikenali
dengan Cesar Azpilicueta, Sergio Ramos, Gerard Pique dan Jordi Alba akan
berada di bahagian pertahanan di depan penjaga gol, Iker Casillas
manakala Xabi Alonso, Sergio Busquets, Silva, Xavi dan Iniesta di
bahagian tengah untuk membantu Costa memecahkan barisan pemain Belanda
yang diatur untuk membuat serang balas.
Sneijder akan bermain di hadapan tenaga tengah Nigel de Jong - yang
bernasib baik kerana dapat kekal di dalam padang pada perlawanan akhir
201 selepas melakukan sepakan ala kung fu ke atas Xabi Alonso - dan
Jonathan de Guzman jika cergas. Ron Vlaar akan mengetuai bahagian
pertahanan bersama Daley Blind, anak Danny yang merupakan jurulatih
Belanda pada 2016.
Taktik Belanda di bawah bimbingan Louis van Gaal telah menjadi
perdebatan hangat menjelang kejohanan selepas dia memilih untuk
menggunakan formasi 5-3-2 berbanding aturan tradisi 4-3-3, selepas
kehilangan tonggak tengah, Kevin Strootman akibat kecederaan dan memilih
untuk bermain lebih garang.
Sementara Van Gaal turut menyandarkan harapan kepada pemain-pemain
muda, pasukannya juga akan dibarisi pemain-pemain berpengalaman termasuk
Wesley Sneijder yang akan memainkan peranan penting selaku pengumpan
kepada Robben dan Van Persie.
Sepanyol menguasai perlawanan di Johannesburg dan menerima banyak
terjahan-terjahan keras oleh barisan pertahanan Belanda, tetapi peminat
yang akan berada di Stadium Fonte Nova akan mengharapkan untuk
menyaksikan lebih banyak permainan menyerang untuk pertemuan kali ini
apabila gerakan hantaran cantik Xavi, Andres Iniesta dan David Silva
akan bertembung dengan serang balas pantas Belanda yang diketuai oleh
Arjen Robben dan Robin van Persie.
Prestasi Van Persie dan kecergasan sangat penting dalam perancangan
Van Gaal. Ketua pasukannya kurang menyerlah setelah mengalami kecederaan
dalam kempen liga musim lalu dan walaupun Van Persie berkata dia cergas
untuk Piala Dunia, dia bagaimanapun kelihatan tidak begitu selesa
sepenuhnya sewaktu sesi latihan. - REUTERS
Read more ...