Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

MH17: PARLIMEN MALAYSIA MELULUSKAN USUL KUTUKAN DIATAS TRAGEDI MH17 DAN KEGANASAN DI PALESTIN


Parlimen sebulat suara meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan menembak jatuh MH17.

 Tindakan kejam ini yang membunuh orang awam yang tidak bersalah samalah seperti kejadian di Palestin yang sehingga kini sudah mengorbankan 600 nyawa dengan sebahagian besarnya melibatkan wanita dan kanak-kanak.

kezaliman Zionis Israel, dengan sengaja merampas tanah milik Palestin dan bertindak secara ganas tidak berperikemanusiaan, membedil di setiap rumah dan masjid sehingga banyak yang rosak dan nyawa hilang.

Dunia masa kini juga melihat terdapat manusia yang tidak bertamadun kerana sifatnya rakus dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan ramai nyawa terkorban. Umat Islam di mana-mana pun menghadapi cabaran, di Afghanistan, Iraq, Mesir dan Libya.

Read more ...

Wednesday, July 23, 2014

KOTAK HITAM MH17 DISIASAT DAN DIANALISA OLEH BELANDA

Malaysia menyerah kepada Belanda selaku ketua sisatan kepada nahas MH17 dalam meneliti  dan analisa data di kotak hitam milik MH17.
Penyerahan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 kepada penyiasat Belanda yang mengetuai siasatan ke atas tragedi pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine, kata kerajaan Belanda.
Kementerian Luar Belanda berkata, kotak hitam itu telah diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa di atas kejadian itu.
``Pakar dari beberapa negara termasuk OVV akan bersama membawa kotak hitam itu ke Farnborough bagi membantu siasatan,'' kata kementerian itu dalam satu kenyataan.  semoga dalang yang menembak jatuh MH17 dapat dikesan dengan data yang diperolehi daripada kotak hitam tersebut. - AFP
Read more ...

MH17: RAKYAT , WATAWAN ASING, RUSSIA DAN NEGARA LUAR MEMUJI KAEDAH MALAYSIA



Rundingan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin kanan pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai wajar diberi pujian kerana pendekatan diplomasi yang diambil pemimpin negara itu berjaya membuka jalan penyelesaian berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.



PIHAK AKADEMIK

 Pengarah Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Kamarulnizam Abdullah berkata, dasar terbuka yang diamalkan negara ini menjadi kunci utama dalam mendapatkan kotak hitam pesawat, tuntutan mayat mangsa dan jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas bagi menjalankan siasatan.
Katanya, pihak pemberontak pro-Rusia itu percaya akan kemampuan negara ini dalam menguruskan siasatan nahas itu dan mahu negara menjadi pengantara kepada mereka dan negara Barat lain.
"Najib berjaya mewujudkan hubungan dengan pemimpin pemberontak dan tindakan Malaysia tidak menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sebaliknya mengambil pendekatan diplomatik berjaya meyakinkan mereka.

"Langkah itu nyata berbeza dengan tindakan negara lain yang saling menuding jari tanpa melakukan penyiasatan terperinci mengenai nahas. Itu mungkin menjadi faktor mengapa pemberontak enggan bekerjasama dengan negara berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Penganalisis Geopolitik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Perdana Menteri dengan menghubungi beberapa pemimpin dunia dan pemberontak adalah satu tindakan yang tepat.
"Usaha berterusan Najib sejak berlakunya nahas pesawat tersebut ternyata berhasil apabila pihak pemberontak bersetuju dengan rundingan yang dijalankan.
"Ini menunjukkan bahawa suara kita bukan sahaja didengar oleh negara lain malah puak pemisah di Ukraine turut mengakui kredibiliti negara kita dalam menyelesaikan konflik yang berlaku," katanya.

WARTAWAN ASING

Salah satu kelebihan yang dimiliki Malaysia adalah peranannya sebagai anggota yang penting dalam kumpulan negara-negara membangun dan berkecuali serta hubungan baiknya dengan Rusia, China dan Amerika Syarikat (AS)," jelasnya. Menurut The New York Times, Najib turut memainkan peranan serupa dalam proses rundingan damai dengan pihak-pihak yang bertelagah di selatan Filipina serta memujuk junta tentera di Myanmar untuk memulakan proses pembentukan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Sementara itu, akhbar The Sydney Morning Herald hari ini turut melaporkan tentang kejayaan Malaysia dalam proses rundingan dengan kumpulan pemberontak pro-Rusia hasil usaha diplomasi Najib.
Akhbar tersebut turut memetik kenyataan Najib bahawa setakat ini, kumpulan pemberontak terbabit telah memberi kerjasama yang baik.

RAKYAT MALAYSIA

Rakyat menghargai dan menyanjung tinggi usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil tanggungjawab sepenuhnya sehingga kesemua 282 mayat penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan kotak hitam pesawat itu dibenarkan dibawa keluar dari kawasan tragedi yang dikuasai oleh pemberontak pro-Rusia.

KERAJAAN RUSSIA

Kerajaan Rusia memuji Kerajaan Malaysia yang bersikap neutral dan terbuka dalam mengendalikan insiden MH17. Tidak dinafikan dalam pada negara-negara lain membuat tuduhan ke atas Rusia ekoran tragedi menyayat hati itu, Kerajaan Malaysia bertindak sebaliknya dengan bersabar dan tumpuan diberikan hanya kepada keputusan siasatan dan menunggu bukti-bukti kukuh tanpa membuat sebarang tuduhan melulu.
Berhubung hubungan dua hala antara Malaysia-Rusia, Kerajaan Rusia gembira sekiranya hubungan kedua-dua negara diteruskan memandangkan kerjasama dalam perdagangan dan dialog yang diadakan selama ini telah meningkat sebanyak 60 peratus sejak tahun lalu malah seramai 6,000 pelajar Malaysia masih menuntut di Rusia. Sehubungan itu Rusia dengan rasa rendah hati dan ikhlas berharap hubungan kedua-dua negara akan kekal dengan lebih dinamik dan positif pada masa depan.
Read more ...

MH17: DIPLOMASI BERJAYA DENGAN PEMBERONTAK


Rundingan pihak Malaysia dengan pemberontak telah berjaya dari segi pengurusan mayat dan kotak hitam. Najib mmebuat hubungan diplomasi dengan pemberontak supaya diberi jalan yang lancar dalam proses sisatan dan urusan mayat penumpang MH17. Mlaysia yang mempunyai hubungan yang baik dengan semua negara melainkan Israel terbukti dalam urusan kemasukan penyiasat malaysai dalam dan pasukan forensik  dalam mencari bukti sebagai punca dan bukti bagi pendakwaan..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan perkembangan terkini persetujuan yang dicapai antara kerajaan Malaysia dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di kawasan nahas MH17 di timur Ukraine.

Menurutnya, dua daripada tiga perkara yang dipersetujui dengan Alexander Borodai yang berkuasa di kawasan nahas MH17 sudah dipenuhi.
"Kereta api yang membawa mayat mangsa MH17 sudah sampai di Kharkhiv, usaha akan dilakukan untuk memindahkan mereka ke Amsterdam, Belanda.

"Selain itu, pasukan Malaysia juga mengambil alih kotak hitam yang kelihatan dalam keadaan baik. Kotak hitam ini akan dijaga oleh Malaysia sementara sebuah pasukan antarabangsa ditubuhkan secara rasmi.

"Selepas itu, kita akan memindahkan kotak-kotak hitam kepada pasukan antarabangsa untuk tujuan siasatan dan analisis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Najib dalam sidang akhbar pada awal pagi mengumumkan persetujuan Borodai berhubung tiga perkara membabitkan pemulangan mayat-mayat tragedi MH17, pemindahan dua kotak hitam kepada pasukan Malaysia serta kemasukan tanpa sekatan ke kawasan nahas untuk melakukan siasatan.

Najib berkata, persetujuan yang dicapai dengan Borodai telah dihormati setakat ini dan beliau berharap kerjasama yang terbentuk akan berterusan untuk membolehkan penyiasat memasuki kawasan nahas tanpa sebarang sekatan.
"Saya berasa lega selepas berjaya mengatasi kebuntuan yang berlaku, ia membolehkan kita bergerak ke depan," katanya.

Perdana Menteri berkata, walaupun berdepan risiko tertentu bagi mencapai persetujuan dengan Borodai, namun pihaknya terpanggil untuk mencuba pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku demi membolehkan mayat tragedi dan kotak hitam dipulangkan.
"Ini merupakan pendekatan luar biasa yang diambil dalam keadaan luar biasa.
"Selepas menemui ahli-ahli keluarga, saya berasa terpanggil untuk bertindak bagi pihak mereka," katanya.

Najib pada masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyokong pelbagai usaha yang dilakukan.
"Atas usaha mereka, kita semakin hampir dengan apa yang berlaku ke atas pesawat ini selain menunaikan tanggungjawab terhadap mereka yang sudah kehilangan nyawa," katanya.
Read more ...

Tuesday, July 22, 2014

MH17 DITEMBAK DUA KALI MISSLE BUK-M2E 'SURFACE TO AIR'


KUALA LUMPUR 21 Julai - Seorang pakar penerbangan dan peluru berpandu tidak menolak kemungkinan pesawat MH17 ditembak oleh dua peluru berpandu darat ke udara (SAM) memandangkan perkara itu merupakan salah satu protokol kebanyakan senjata udara buatan Rusia.
Dr. Omar Kassim Ariff berkata, perkara itu adalah sesuatu yang biasa sebagai langkah untuk memastikan tembakan mengenai sasaran walaupun sasaran tersebut menggunakan teknologi 'jammer' dan memiliki kemahiran pergerakan mengelakkan pesawat.
"Selalunya, protokol itu akan diamalkan kerana jika peluru berpandu pertama berjaya dielakkan melalui teknik jammer atau juruterbang melakukan pergerakan mengelakkan peluru berpandu, yang kedua dijadikan sandaran seterusnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Penerbangan MH17, menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, dipercayai telah ditembak jatuh oleh SAM ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.
Dalam pada itu, Omar tidak menolak kemungkinan pihak penyerang tidak menyasarkan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) itu tetapi kepada sebuah pesawat pengintip yang melalui laluan berkenaan.
Namun begitu, katanya, sebuah pesawat pengintip dapat mengelakkan peluru-peluru berpandu itu kerana mempunyai teknologi pengesan yang canggih tetapi malangnya, sesebuah pesawat komersial tidak mungkin akan sedar kehadiran peluru berpandu berkenaan.
"Itu yang berlaku pada pesawat Korean Air Lines Flight 007 pada 1983. Perkara ini terjadi kerana pesawat komersial tidak dapat mengelakkan peluru-peluru berpandu yang menghala kepadanya.
"Kalau pesawat tentera, ia boleh mengelak menggunakan radar warning receiver (RWR), peluru berpandu selepas itu akan menuju kepada pesawat komersial memandangkan radar telah dikuncikan kepadanya pula," katanya.

sumber
Read more ...

MH17: MAKLUMAT SEBENAR PESAWAT DIUBAH OLEH AGEN PROPAGANDA RUSIA


"Saya sangsi dengan laporan agensi berita RT mengenai data laluan MH17 yang dikatakan tidak mengikut kelaziman. Mungkin pihak mengeluarkan berita sedemikian ada kepentingan sendiri."

Itu komen pakar penerbangan, Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengenai laporan agensi berita Russia Today (RT) yang mendakwa pesawat malang itu mengikuti laluan berisiko sehingga membawa kepada nahas.

Menurut laporan Open Newsroom (http://sy4m.co/GOpenNewsroom), sebuah laman perkongsian maklumat kewartawanan, Martin Walther berkata, laporan RT itu adalah sebahagian propaganda Russia dalam mengubah data sebenar dengan melaporkan data palsu kepada awam.

“Gambar yang diambil dari siaran RT itu salah sama sekali. Apa yang mengejutkan, sumber RT gunakan adalah dari laman Flightaware.com manakala laman flightradar24.com menunjukkan sebaliknya. 

“Flightaware kekurangan data untuk Ukraine kerana mereka tidak mempunyai penerima (receiver) bagi kawasan itu (http://flightaware.com/adsb/),” katanya di ruang perkongsian terbabit.

Menurutnya, RT menggunakan sumber yang tidak mencukupi dan salah sama sekali. Berpunca daripada itu, maklumat salah kemudian diterima masyarakat dunia bahawa MH17 menggunakan laluan berisiko. 

RT, yang sebelum ini dikenali sebagai Russia Today, adalah sebuah saluran TV berita pelbagai bahasa berpusat rangkaian di Russia, membentangkan berita, dokumentari, bual bicara dan perdebatan serta berita sukan.

Ahmad berkata, memang benar apa yang diperkatakan di Open Newsroom bahawa data Flightaware.com yang dijadikan rujukan dalam laporan berkenaan hanyalah anggaran kerana bergantung sepenuhnya kepada Global Positioning System (GPS).

"Malah semua data dalam talian ini boleh diubah suai pihak tertentu selepas pesawat tidak merekodkan laluan penerbangan," tegasnya.

Justeru, adalah tidak beretika jika agensi berita hanya menggunakan sumber lemah seperti itu untuk menjual teori mengatakan laluan digunakan MH17 adalah di luar kebiasaan.

"Kita harus sedar bahawa ini adalah konflik geopolitik membabitkan Russia, Ukraine dan pemberontak. Oleh itu, pasti ada usaha untuk cuba menutup kesalahan atau kelemahan masing-masing.

“Tambahan pula, pasukan siasatan awal menghadapi pelbagai kekangan untuk menyiasat lokasi kejadian dan ini menambahkan kecurigaan kita, " kata bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia itu.

Beliau menegaskan, MAS tidak harus dipersalahkan kerana menggunakan laluan udara berkenaan namun mempersoalkan tindakan Kerajaan Ukraine yang tidak menutup terus ruang udara di lokasi kejadian selepas berlaku beberapa insiden sama sebelum ini lapor myMetro
Read more ...

MH17: KOTAK HITAM DAN PENGAMBILAN MAYAT MANGSA PESAWAT

Kerja pengambilan mayat mangsa MH17 akan berjalan lancar kerana pihak pemberontak telah melepas kan keretapi yang memebawa maya tersebut...sebelum ini keretapi itu terkandas kerana ditahan pihak pemberontak. Malaysia juga akan mengambil alih sepenuhnya sisatan dan hak kotak hitam milik pesawat MH17. Kotak hitam ini sangat penting dalam menganalisis perkara yang berlaku kepada MH17 sebelum pesawat itu terhempas.

PUTRAJAYA 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua 282 mayat penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan dibawa ke bandar Kharkiv di Ukraine sebelum diserahkan kepada wakil kerajaan Belanda.
Najib berkata, keputusan itu adalah daripada antara tiga persetujuan yang dicapai antara beliau dengan ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai yang berkuasa di kawasan nahas dalam perbualan telefon pada petang ini.

Katanya, kereta api yang membawa mangsa MH17 akan bertolak ke Kharkiv dengan ditemani oleh enam wakil Malaysia yang terlibat dalam misi menyelamat di Ukraine.
Beliau berkata, mayat berkenaan kemudiannya akan diterbangkan ke Amsterdam menggunakan pesawat C130 Hercules milik Belanda bersama-sama dengan pasukan Malaysia.
"Selepas kerja-kerja forensik, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air," katanya dalam sidang akhbar di Sri Perdana di sini awal pagi ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, di bawah persetujuan kedua, dua kotak hitam pesawat MH17 akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk kira-kira pukul 9 malam ini (waktu Ukraine).

"Kita akan mengambil alih hak ke atas dua kotak hitam ini," katanya.
Beliau berkata, hasil persetujuan dengan Borodai juga, pasukan penyiasat bebas antarabangsa diberi jaminan untuk memasuki kawasan nahas untuk melakukan siasatan penuh terhadap tragedi MH17.
Najib berkata, sebelum ini, Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk menghubungi pihak terbabit di kawasan nahas MH17.

"Dalam keadaan yang sukar, kita telah berbincang mengenai masalah bersama yang wujud, melindungi bukti-bukti penting dari pesawat.
"Siasatan bebas telah dilancarkan untuk mencari penumpang-penumpang yang terkorban," katanya.
Perdana Menteri berkata, biarpun persetujuan tersebut telah dicapai, tetapi beberapa perkara lagi perlu dilakukan sebelum dapat diselesaikan sepenuhnya.
Beliau berkata, terdapat beberapa yang masih perlu dilakukan dan setakat ini Borodai dan pengikutnya memberikan kerjasama yang baik.

"Saya meminta semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan perjanjian ini dihormati, mayat mangsa dihantar pulang, kotak hitam diserahkan kepada Malaysia dan pasukan siasatan antarabangsa dibenarkan untuk memasuki kawasan nahas.

"Menerusi cara ini sahaja siasatan MH17 bermula, mangsa akan mendapat pembelaan sewajarnya dan kita perlu mengetahui mengapa pesawat ini terhempas serta siapa yang bertanggungjawab supaya keadilan dapat ditegakkan," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau berharap perjanjian yang dicapai malam tadi akan dapat membantu mencari jalan penyelesaian dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dalam tragedi MH17.
Read more ...

Monday, July 21, 2014

MH17: MENTERI YAKIN MENGESAN DALANG TEMBAKAN PESAWAT



KLUANG 20 Julai - Malaysia yakin pihak berkuasa dan pakar akan menemui bukti termasuk serpihan senjata yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di lokasi nahas tersebut berlaku.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya benar sistem peluru berpandu jenis BUK digunakan oleh dalang insiden itu, pihak berkuasa tidak ada masalah untuk mengaitkannya melalui serpihan-serpihan yang ditemui.
"Saya percaya bahawa masih ada serpihan-serpihan yang boleh ditemui di lokasi nahas untuk mencari bukti kejadian tersebut dan seterusnya mengheret mereka ke muka pengadilan secepat mungkin.

"Tetapi, saya meminta jangan ada mana-mana pihak yang menyembunyikan, menutup atau mencemar tapak kejadian itu kerana serpihan senjata akan membantu kita mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab," katanya dalam majlis Rahmat Ramadan Parlimen Sembrong di Felda Ulu Penggeli di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin, pihak berkuasa dan pakar dari Malaysia sudah bersedia sepenuhnya dan hanya menunggu kebenaran pihak Ukraine untuk melakukan siasatan terperinci termasuk menyempurnakan mayat.
"Kita yakin Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sudah berada di sana mampu mempercepatkan proses tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin menuntut pihak yang mengambil mayat mangsa memaklumkan kepada dunia ke mana mereka membawa mayat tersebut dan tujuan berbuat demikian.
Katanya, semua pihak termasuk dirinya sendiri yang kehilangan nenek dalam kejadian tersebut mahu mengetahui status jasad-jasad yang diambil pihak berkenaan.

"Saya juga akan memantau sendiri perkara tersebut melalui risikan dan kerjasama dengan rakan-rakan sejawat dari seluruh dunia untuk mengetahui laporan terkini.
"Kita mahu penjelasan pihak yang mengambil mayat tersebut, ke mana semua mayat itu dibawa dan mereka perlu maklumkan kepada dunia apa yang mereka mahu lakukan terhadap kesemua mayat yang diambil itu.

"Malah, mereka perlu melayan semua mayat terbabit secara tertib, hormat serta menjaga sensitiviti setiap keluarga mangsa," ujarnya

Read more ...

MH17: 198 MAYAT DIBAWA LARI PEMBERONTAK

GRABOVE, Ukraine 20 Julai - Kumpulan pemberontak pro-Rusia bertindak melampau apabila dilapor 'membawa lari' kesemua 196 mayat penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dikumpulkan ke sebuah lokasi rahsia, hari ini.
Perkara itu disaksikan sendiri beberapa wartawan Associated Press yang menyatakan anggota kumpulan bersenjata tersebut melonggokkan bungkusan-bungkusan mayat terbabit ke dalam beberapa buah trak sebelum dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Mayat-mayat itu dipercayai dibawa ke Donetsk, bandar dikuasai kumpulan pemberontak pro-Rusia.
Seorang kakitangan kecemasan Ukraine, Alexander Pilyushny yang bertugas di lokasi kejadian berkata, dia tiada pilihan selain menyerahkan mayat penumpang MH17 kepada kumpulan pemberontak kerana mereka memiliki senjata.

Mayat-mayat itu dikumpulkan semalam oleh kakitangan kecemasan Ukraine.
Pagi ini, tiada lagi kelibat mayat dilihat di lokasi kejadian dan kakitangan kecemasan hanya mengumpulkan cebisan mayat yang dijumpai.

Jurucakap Kementerian Kecemasan Ukraine, Nataliya Bystro berkata, kakitangannya diugut anggota kumpulan pemberontak supaya menyerahkan mayat penumpang MH17 kepada mereka.
"Lokasi mayat dibawa tidak diketahui," katanya.

Bystro dan Pilyushny juga tidak dapat menjelaskan nasib 102 lagi mayat penumpang yang masih belum dijumpai.
Anggota pemberontak pro-Rusia yang mengawal kawasan tragedi berkenaan juga tiada lagi di sana selain tiang-tiang yang menandakan penemuan mayat-mayat tersebut di kawasan itu juga telah dibuang.

Jurucakap kumpulan pemantau antarabangsa di lokasi kejadian, Iryna Gudyma pula berkata, mayat-mayat itu kemudian dibawa menaiki kereta api di bandar dikuasai kumpulan pemberontak di Torez, kira-kira 15 kilometer dari lokasi MH17 ditembak jatuh.

Belanda menerusi Menteri Luarnya, Frans Timmermans menyatakan kemarahan berhubung cara mayat penumpang MH17 diperlakukan kerana ada laporan menyatakan mayat mangsa diseret.
"Kami dimaklumkan bahawa mayat-mayat tidak diuruskan dengan baik. Perkara ini mengejutkan kami di Belanda," katanya. - AGENSI/AFP

Read more ...

MH17: SATU KONSPIRASI BERSIFAT IBLIS


ANDAIAN PERIBADI PENULIS
Ya, ini hanya andaian saya tetapi andaian bukan sesuatu yang mustahil. Dan saya juga tidak menafikan saya mungkin telah dibawa ke alam mimpi oleh Jerry D Gray, seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) yang berpaling tadah dan kini aktif membongkar rahsia New World Order (NWO) daripada persekongkolan pemimpin negaranya dengan Zionis.

Akan tetapi, kalau kita perhalusi, talian untuk mengaitkan tragedi MH17 dengan teori konspirasi, tidaklah terlalu halus.

SOKONGAN KITA TERHADAP PALESTIN DISEBABKAN PUNCA MH17 DITEMBAK?
Apakah kerana itu, kita jadi sasaran mereka?

Saya curiga kalau yang merancang tragedi ini adalah ejen asing yang dihantar masuk ke dalam kumpulan pemisah Ukraine dengan tujuan mahu mengalih perhatian dunia terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza.

 ISRAEL DAPAT MENANGGUK DI AIR KERUH
Israel sememangnya pun tidak mahu dunia memberi perhatian terhadap Gaza untuk memudahkan lagi kerja pembantaian yang sedang mereka lakukan. Zionis tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak mendapat keseluruhan tanah Palestin yang tinggal sekangkang kera itu dengan menghapuskan kesemua orang Arab di Gaza.

Minggu lalu, Zionis menyerang ketika dunia memberi tumpuan pada kemuncak World Cup di Brazil.

Mereka boleh melakukannya dengan lebih mudah jika dunia diheret ke dalam satu isu besar dan Gaza ditinggalkan sendirian seperti biri-biri yang terpisah dari kawanan untuk mereka ratah!

Selain itu, saya juga terfikir, Rusia punya hubungan baik dengan Malaysia walaupun tidak seakrab China. Dan seperti China, Rusia juga sedang berusaha untuk kembali bangkit menjadi kuasa pesaing AS. Seakan komplot yang bersiri, selepas China, Rusia pula diatur untuk bermasam muka dengan Malaysia.

Kita tahu dalam konflik dengan Rusia, Ukraine dilindungi oleh AS dan Ukraine juga awal-awal lagi sudah pukul canang bahawa yang menembak jatuh MH17 adalah kumpulan pemisah pro Rusia.

Rusia pula mengatakan MH17 menggunakan laluan yang sama dengan pesawat IL96 yang membawa Vladimir Putin dengan selang masa tidak sampai sejam. Mesej Rusia seakan mahu memberitahu tembakan itu disasarkan kepada pesawat yang membawa Putin.

Kekeliruan dikatakan berpunca daripada warna biru merah dan corak pesawat IL96 yang seakan sama kedua-duanya. Maka Ukraine pun dituduh!

Dalam sidang akhbar terawal jam 4 pagi semalam, PM Najib memberitahu beliau telah dihubungi oleh Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Obama juga telah menelefonnya dari Washington.

Saya lalu tertanya-tanya, mengapa Putin tidak hubungi Najib sedangkan kejadian itu berlaku di sempadan negaranya, dan ada pula pihak yang menuduh tentera atau kumpulan yang ditaja Rusia terlibat?

Mungkin Putin masih trauma...

KETAMAKAN SEBUAH NEGARA
Mungkin kerana terlalu dipengaruhi Jerry D Gray bahawa ada manusia tamak kuasa yang sanggup lakukan apa sahaja termasuk membunuh berjuta-juta nyawa tidak berdosa untuk kuasa dan wang, saya teringat kenyataan PM Najib siangnya bahawa beliau baharu sahaja menerima panggilan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Kata Najib, beliau telah memberi jaminan kepada Abbas bahawa Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis yang kini sedang kemaruk darah di Gaza.

Lalu tanpa diminta oleh sesiapa, fikiran saya langsung merangkumkan kedua-duanya - tulisan Jerry D Gray yang saya baca dengan kenyataan Najib mengenai Palestin/ Gaza.
Apakah tragedi di sempadan Ukraine - Rusia itu episod paling baharu dalam teori konspirasi?

Saya yakin Israel dan juga kuasa-kuasa besar yang menjadi pelobi Zionis tidak suka dengan sokongan Malaysia terhadap Palestin. Bukan sahaja kerajaannya, pasukan sukarelawan kita juga cukup aktif di Gaza.

CIA PETUALANG UTAMA

Dalam pada itu, timbul pula nama CIA di media sosial. CIA dituduh terlibat untuk membuka laluan AS masuk secara langsung dalam konflik Ukraine - Rusia. Ini bukan perkara baharu dalam percaturan politik berprofil tinggi di peringkat dunia. CIA watak utama NWO.

Menelusuri salasilah NWO yang bermula daripada pengasas dinasti Rothschild, Mayer Amschel pada 1770an, melempar batu sembunyi tangan hingga orang lain berperang untuk mengaut keuntungan, sudah lama mereka jadikan 'perniagaan'.

Walau apa pun, kita harap ini andaian yang hanya sekadar andaian. Minta dijauhkan daripada Malaysia, tanah air kita ini dilibatkan sebagai bidak di papan catur kuasa besar yang tamak dan pura-pura bercakaran.

Sama ada MH370 atau MH17, biarlah kemalangan hanya sekadar kemalangan walaupun misteri yang menyelubungi agak sukar untuk dirungkaikan. Ironinya, petunjuk sedang membawa kita ke satu arah yang seakan menjadikan kita sasaran. Kepada ALLAH kita minta perlindungan!

sumber

Read more ...

Friday, July 18, 2014

MH17: SEKADAR TEORI MATEMATIK ABACUS

Kebetulan?
MH17
Penerbangan pertama : 17/7/1997
Penerbangan terakhir : 17/7/2014
Tahun 2014 tolak Tahun 1997 : 17 tahun
Ditembak oleh SA 17 Missile
Kenapa dengan angka 17?
Something Allah nak bagitahu.
Subuh 2 rakaat
Zohor 4 rakaat
Asar 4 rakaat
Maghrib 3 rakaat
Isyak 4 rakaat
= 17 rakaat
# Solat adalah tiang Agama
Sekadar kira-kira abacus jer....
Read more ...

MH17: 20 PAKAR PSIKOLOGI DIKERAHKAN MEMBANTU KELUARGA MANGSA



KUALA LUMPUR 18 Julai - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT) akan menempatkan lebih 20 pakar psikologi untuk membantu keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas pada Khamis di Ukraine.
Timbalan Pengerusi MCIT, Dr. Abdul Jalil Hassan berkata mereka akan ditempatkan di beberapa lokasi terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

"Kami akan menempatkan ahli-ahli kami di sana yang akan bertindak sebagai pasukan profesional membantu menangani masalah tekanan perasaan, konflik dan kebimbangan selain menstabilkan emosi keluarga penumpang dan anak kapal dalam tragedi itu.

"Sejurus kami mendengar kejadian itu, saya telah mengambil beberapa langkah untuk bentuk pasukan, sebab kami pernah mempunyai pengalaman sewaktu kejadian kehilangan pesawat MH370," katanya.

Mercy Malaysia sebelum ini turut mengumumkan untuk menempatkan lebih 50 pakar psikologi dan kaunselor sukarelawan di KLIA bagi tujuan sama. - BERNAMA
Read more ...

MANGSA TRAGEDI MH 17 SEMPAT UPLOAD VIDEO SEBELUM TRAGEDI


KUALA LUMPUR 18 Julai - Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Md Ali Md Salim, 30, sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas.
Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: "Bismillah...#hatiadasikitgentar".

Dalam video itu juga kelihatan beberapa penumpang serta seorang pramugari MAS, sedang sibuk menyimpan barang-barang di ruang bagasi bagi bersiap-sedia untuk berlepas.
Rakannya, Mohd. Zaem Nordin, 24, yang berkongsi video itu dalam akaun Instagramnya tidak menyangka Md Ali berada dalam pesawat malang itu.

"Apabila saya melihat videonya yang dimuat naik kira-kira 15 jam lalu, saya sangat terkejut dan tidak menyangka beliau berada dalam pesawat itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Zaem, Md Ali sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi di sebuah universiti di Armsterdam, dijangka menamatkan pengajiannya tahun hadapan.
Read more ...

TERKINI: 41 MANGSA MAUT MH17 MASIH BELUM DIKENALPASTI

SEPANG 18 Julai - Malaysia Airlines (MAS) masih belum dapat mengenal pasti taraf kewarganegaraan 41 daripada 283 penumpang pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine semalam.
MAS dalam satu kenyataan memberitahu, majoriti penumpang pesawat itu adalah warga Belanda iaitu 154 orang diikuti rakyat Malaysia seramai 45 orang termasuk 15 kru dan dua bayi.

Penumpang lain adalah warga Australia (27), Indonesia (12 termasuk seorang bayi), United Kingdom (sembilan), Jerman (empat), Filipina (tiga) dan seorang penumpang warga Kanada.
Read more ...

JUMLAH PALING TEPAT PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH17

KUALA LUMPUR 18 Julai - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS menjelaskan, bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.
Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.
Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal. - BERNAMA

Read more ...

MH 17: HARI YANG TRAGIK BAGI TAHUN YANG TRAGIK

KIEV, Ukraine 17 Julai - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur negara ini lewat petang ini.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko dalam akaun Facebooknya berkata, pesawat MAS itu terbang pada ketinggian 10,000 meter dan dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan daripada pelancar Buk.
Pelancar serupa pernah dilihat oleh wartawan Associated Press dekat bandar Snizhne di timur Ukraine awal hari ini.
Sementara itu, MAS dalam kenyataannya mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Menurut MAS, pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi esok waktu Malaysia.
MAS dalam Twitternya berkata, syarikat penerbangan itu 'gagal berhubung dengan pesawat MH17' ketika berada di ruang udara Ukraine.

Pesawat itu kali terakhir dikesan berada di ruang udara Ukraine, wilayah yang kini bergolak sejak beberapa bulan lalu akibat campur tangan Rusia dalam konflik politik di negara tersebut.
Malah dalam perkembangan terbaharu hari ini, Rusia didakwa menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Ukraine SU25 di timur negara itu bagaimanapun dinafikan Kementerian Pertahanan Rusia.
Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesej Twitternya berkata, beliau terkejut dengan laporan kejadian itu.
"Kita akan menyiasat dengan segera kejadian tersebut," katanya.
Ini adalah kejadian kedua yang menimpa pesawat MAS dalam tempoh 132 hari selepas insiden kehilangan pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Pesawat yang membawa 239 penumpang itu sehingga kini tidak diketahui nasibnya walaupun operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran membabitkan pelbagai negara dan aset canggih dilakukan.

Read more ...

MH17:RANGKUMAN PADAT BERKENAAN PESAWAT MH17

Berikut beberapa keping gambar nahas MH17 yang dilaporkan ditembak lalu terhempas di Ukraine di wilayah Snizhne.




Menurut satu sumber, pesawat tersebut telah ditembak menggunakan "The Buk Missile" yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne. Pesawat tersebut ditembak dengan cara "surface-to-air" menggunakan Buk Missile di altitud 10,000 di udara dan telah jatuh di kampung Hrabove, utara dari Torez, Ukraine.

Wilayah tersebut telah dilaporkan terjadinya beberapa perang di sana pada beberapa hari terakhir ini antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine.

Semalam, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada "air-to-air" missile oleh sebuah pesawat Sukhoi milik Russia.














Read more ...

MH17:BUKTI GAMBAR PESAWAT MH17 TERHEMPAS

Bukti yang menyedihkan...sahih sudah gambar adalah pesawat mh17 malaysia

Read more ...

MH17: MAS SAHKAN TERPUTUS HUBUNGAN DENGAN PESAWAT MH17

 

KUALA LUMPUR 18 Julai - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat MH17 milik MAS.
Perdana Menteri dalam Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri HIshammuddin Tun Hussein memberitahu, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.
"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya dalam laman Twitter malam ini.

Read more ...

MH17: VIDEO MH17 YANG TERHEMPAS DI SEMPADAN RUSIA






Video amatur ini mengambarkan sebuah pesawat yang dipercayai MH17 telah terhempas dan terbakar..dipercayai juga kesemua poenumpang telah meninggal dunia/ laporan juga mengatakan MH17 telah ditembak oleh puak pemisah di ukraine..



http://www.youtube.com/watch?v=adrfhgxiGT0
Read more ...
Designed By