Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label MH 370. Show all posts
Showing posts with label MH 370. Show all posts

Friday, April 18, 2014

Dakwaan Penduduk Maldives Kukuh, Pesawat Tidak Terhempas

SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.


Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.


Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.


Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja. -SinarHarian
Read more ...

Monday, April 14, 2014

Kapal Peronda China pula kesan objek terapung di kawasan penemuan isyarat "ping"

Sebuah kapal peronda China yang mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mengesan isyarat nadi di selatan Lautan Hindi pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua, yang melihat kemungkinan petunjuk ia adalah peranti beacon dari "kotak hitam" pesawat itu di dalam air.



















Xinhua turut melaporkan bahawa sebuah pesawat tentera udara China melihat beberapa objek putih terapung di kawasan carian itu.

Menurut laporan AFP, objek itu dilihat di permukaan air, kira-kira "90 kilometer dari kawasan pengesanan".

Pihak berkuasa Australia yang melakukan pencarian itu berkata, isyarat seperti itu mungkin "selaras" dengan kotak hitam, tetapi kedua-dua mereka dan Xinhua menegaskan bahawa tiada bukti konklusif bagi mengaitkan isyarat "ping" dengan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Satu pengesan kotak hitam digunakan oleh kapal Haixun 01 memperoleh isyarat "ping" dengan frekuensi 37.5kHz sesaat - sama seperti yang dipancarkan oleh perakam penerbangan, pada kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur, kata Xinhua.

Puluhan kapal dan pesawat dari 26 negara berusaha untuk mencari perakam kotak hitam sebelum ianya kehabisan tenaga bateri.

Sebanyak 10 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal melakukan pencarian di kawasan 217,000km persegi di perairan kira-kira 1,700 km barat laut Perth, Australia, di mana penyiasat mempercayai pesawat Boeing itu terjunam ke laut.

"Ciri-ciri yang dilaporkan (oleh kapal China) adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat," kata Ketua Laksamana Udara Angus Houston yang mengetuai agensi yang menyelaraskan operasi Australia, dalam satu kenyataan.


"Bagaimanapun, tiada pengesahan pada peringkat ini bahawa isyarat dan objek berkaitan dengan pesawat yang hilang," kata beliau sambil menambah agensi itu telah memohon bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada China. - REUTERS
Read more ...

Friday, March 28, 2014

GURAUAN TERAKHIR KAPTEN ZAHARIE - "KAU TAKKAN JUMPA KUBUR ATAU PUSARAKU"



"Kau tidak akan jumpa kubur atau pusaraku", itulah gurauan terakhir Kapten Zaharie Ahmad Shah pada kenalan rapatnya, Mohaza. 
Mohaza tidak menyangka gurauan di Aidilfitri tahun lalu itu menjadi petanda bahawa Kapten Zaharie akan pergi buat selama-lamanya.
Menurut Mohaza, Kapten Zaharie bergurau sedemikian ketika berada di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang.
“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.
“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.
Ahmad Idris Zaharie, anak kepada Kapten Zaharie juga turut berkongsikan rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.
Melalui laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis;
“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”
Read more ...

Thursday, March 27, 2014

BACA INI!! NASIB MH370..ADAKAH LAUTAN HINDI SEDALAM INI???!! APA YANG ADA DI LAUT DALAM??

subahanallah....sungguh hebat dan menakjubkan ciptaan allah.swt....sesungguhnya...tidak tercapai pemikiran seorang manusia...mari kita lihat beberapa fakta tentang laut dala ini....bagaimana lah hendak mencari sesuatu yang terjatuh kedalam laut yang sedalam ini....allahuakbar.....

sesungguhnya kedalaman laut yang sebenar masih belum diketahui oleh manusia...menurut cerdik pandai  yang di temu ramah di astro awani...tekanan akan diserap oleh objek atau badan manusia yang terus menjunam kedasar lautan iaiatu setiap 10 meter dalam....semakin dalam...semakin berganda tekana yang diterima oleh tubuh manusia atau objek tersebut...tekanna yang terlalu kuat akan menyebabkan badan atau objek itu akan hancur berkecai seperti tembikai ini


pandangan mata kita yang telah jatuh jauh kedalam laut dalam tanpa cahaya akan kegelapan yang gelap gelita sangggggaaaaatttttttttttttttttttttttttttttttttttt,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


gelap sangat tanpa melihat apa langsung...adakah dikubur nanti akan gelap begini jugak?jika siapa yang membaca al quran...kuburnya akan diterangi oleh cahaya....selingan agama sikit yeee....

wajah wajah makhluk yang berada didasar lautan laut yang sangat dalam adalah seperti ini....

Cacing laut yang sebesar tali... 
Oleh kerana tiada pancaran matahari yang dapat menembusi dasar laut, maka tiada pokok yang boleh hidup. Jadi, semua haiwan di dasar laut adalah karnivor termasuk haiwan cute dekat bawah ni..
Tapak sulaiman ini tengah memakan bangkai ikan paus...

Lagi best, terdapat rekahan asid sulfurik yang amat panas di dasar laut yang mana sudah memadai untuk membuatkan wajah korang berpisah dengah tengkorak...

Dilaporkan bahawa, manusia hanya mengkaji dasar laut kurang daripada 5%. Jadi, banyak lagi keajaiban ciptaan Allah S.W.T yang belum kita kaji. Subhanallah.
 asal:nasihangit
Read more ...

Wednesday, March 26, 2014

GERANGAN EMPUNYA NAMA BOMOH MH370

Kebelakangan ini, heboh di laman sosial tentang seorang bomoh yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia yang menawarkan diri untuk mencari kapal terbang MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
raja-bomoh
Raja Bomoh Sedunia – Ibrahim Mat Zin
  Dikatakan Raja Bomoh ini akan membuat upacara pembomohan dengan upacara ritual yang agak pelik di mana Raja Bomoh ini menggunakan teropong buluh,bubu mata pancing, permaidani, buah kelapa dan sebagainya untuk mencari kapal terbang MH370 yang hilang. Walaupun Raja Bomoh ini yang disensasikan media telah menjadi terkenal tetapi ramai juga yang masih belum mengenali siapakah sebenarnya Raja Bomoh ini.. Jadi siapakah Raja Bomoh ini?

Siapa Sebenarnya Raja Bomoh Pesawat MH370?


raja-bomoh
  Nama sebenar Raja Bomoh Sedunia atau Raja Bomoh Vip ini adalah Ibrahim Mat Zin. Beliau berusia 80 tahun dan dikatakan berpengalaman dalam aktiviti pembomohan selama 50 tahun dan merupakan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib (PSSGGM).
Nama beliau pernah popular suatu ketika dahulu di mana beliau dikatakan dapat membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang. Selain itu beliau juga dikatakan pernah menyelesaikan kes di Highland Tower suatu ketika dahulu.
Walaubagaimanapun, aktiviti pembohonan Ibrahim Mat Zin atau Raja Bomoh Sedunia ini telah difatwakan HARAM oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana ritual pembomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan. Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa Raja Bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam. Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat. Boleh rujuk artikel penjelasan JAKIM berhubung isu Raja bomoh di KLIA.
raja-bomoh-3
Baru-baru ini, nama beliau popular semula apabila beliau hadir ke KLIA sendiri untuk mengesan dan mencari di mana pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. Semasa ritual pembomohan Ibrahim Mat Zin di KLIA, beliau menggunakan teropong buluh, bubu mata pancing, permaidani, buah kelapa dan sebagainya. Ritual pembomohan Raja Bomoh di KLIA itu telah menaikkan kemarahan orang ramai kerana dianggap memalukan Malaysia di mata dunia. sumber: nizarazu.com
Read more ...

BACA INI!!! HARGA SEBUAH BOEING 777-200

MAS-Boeing-777-200
Menurut laman web rasmi Boeing, harga katalog tahun 2013 untuk sebuah pesawat Boeing 777-200 yang digunakan oleh penerbangan MAS MH370 adalah US$ 261.5 juta atau sekitar RM 863juta. Namun, biasanya syarikat penerbangan boleh mendapatkan diskaun dari harga tersebut.
Sebenarnya terdapat dua jenis pesawat 777-200. Pertama adalah 777-200ER seharga US$ 261.5 juta (RM 863juta), dan 777-200 LR berharga US$ 296 juta (RM 977 juta).
Sementara menurut data dari ABCNews.com , pesawat berbadan panjang tersebut, selama ini telah melayani banyak penerbangan di dunia.
Syarikat penerbangan suka menggunakan pesawat ini kerana kemampuannya untuk terbang jarak jauh, berkat dua enjin raksasanya. Selain itu, mesin di pesawat ini juga jimat bahan bakar.
“Pesawat ini telah menyediakan standard baru untuk efisiensi bahan bakar dan keselamatan. Boeing 777 telah memiliki rekord keselamatan yang baik dibandingkan pesawat lainnya,” kata konsultan penerbangan dari Teal Group, iaitu Richard Aboulafia.
Selain kecelakaan Boeing 777 milik Asiana Airlines tahun lalu, kecelakaan serius pesawat jenis ini terjadi pada 2008, ketika British Airways mendaratkan pesawat ini hingga ke luar landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Malaysia Airlines tercatat memiliki 15 unit Boeing 777-200ER. Pesawat pertama dikirimkan pada 23 April 1997. Boeing 777 merupakan pesawat dengan berat 143 tan, dan mampu membawa muatan 155 tan. Pesawat ini memiliki kemampuan terbang hingga 7250 batu tanpa henti.
sumber: billyinfo.blogspot.com
Read more ...

Tuesday, March 25, 2014

Operasi mencari serpihan dan objek MH370 diteruskan di selatan Lautan Hindi - Najib


KUALA LUMPUR 25 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tumpuan kerajaan pada masa kini adalah untuk mencari serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.
Beliau berkata ini bagi mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah pun hilang di selatan Lautan Hindi walaupun ia akan mengambil masa yang lama di samping bakal menghadapi cabaran yang sukar.
"Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan yang akan datang ialah untuk mencari segala serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370.
"Tidak dapat dinafikan kawasan tersebut amat sukar dan mencabar sekali, ini bererti kita akan menghadapi dugaan dan cabaran yang luar biasa untuk mencari serpihan rangka dan objek-objek pesawat," katanya ketika membentang usul khas tragedi MH370 di Parlimen di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan tetap komited untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan itu bagi mengesan kotak hitam pesawat MH370 yang akan memberi jawapan ke atas apa sebenarnya yang berlaku ke atas pesawat malang itu. - BERNAMA
 
sumber:utusan
Read more ...

Baca Ini!! Dari Allah swt Kita Datang Dan Kepada Allah swt kita pergi....Berakhir di tengah Lautan Hindi tragedi MH370


NAJIB Tun Razak bersama Hishammuddin Tun Hussein semasa sidang akhbar mengenai pengumuman pesawat MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut serta Azharuddin Abdul Rahman (kiri). - UTUSAN/ZAINI HUSIN
KUALA LUMPUR 24 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia.
Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu.
Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).
Kata Najib, AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat.
"Berdasarkan analisis tersebut, Inmarsat dan AAIB merumuskan MH370 terbang di koridor selatan. Lokasi terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi yang terpencil dan tidak mungkin mendarat.
"Dengan rasa sedih dan kesal saya perlu memaklumkan berdasarkan data itu, penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.
"Kepada semua keluarga, beberapa minggu terakhir ini sangat menyedihkan dan saya tahu berita terbaharu ini menambahkan lagi keperitan mereka," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Yang turut hadir, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan beberapa menteri Kabinet lain.

Pesawat MH370 yang sepatutnya ke Beijing, China, terputus hubungan dengan menara kawalan sebelum dikesan berpatah balik menuju ke Lautan Hindi tanpa diketahui mengapa.
Sebelum ini, kerajaan mengesahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ADARS) serta transponder sengaja dimatikan oleh individu tertentu dalam pesawat.
Dalam pada itu, Najib memberitahu, penjelasan lanjut mengenai MH370 akan dibuat dalam sidang akhbar esok dan pada masa sama, meminta pihak media menghormati perasaan sedih keluarga mangsa.
Perdana Menteri berkata, semua keluarga mangsa juga telah dimaklumkan oleh pengurusan MAS mengenai nasib menimpa MH370.
"Saya meminta pihak media menghormati privasi keluarga mangsa dan berikanlah ruang kepada mereka pada saat-saat sukar begini," katanya dalam nada sebak.
Ketika pengumuman itu dibuat, ramai wartawan yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut menitiskan air mata.

Read more ...

Pengajaran Daripada MH370




PERJALANAN menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.

Selepas transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal akan melakukan perkara sama, rupanya tidak. Paling kurang menyebut Bismillah, dan Alhamdulillah.

Sepatutnya semua ini dijadikan prosedur dan panduan, tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hari ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat. Segala-gala akan diperiksa, luar dan dalam. Barang yang dibawa kena scan dua kali sebelum ‘check in’ dan selepas.

Apa nak buat keselamatan lebih penting dari segalanya.

Apa pun hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang dikaitkan dengan ALLAH, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang murah lain, sekelumit kalimah ALLAH langsung tidak kedengaran.

Saya bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH370. Meskipun begitu, beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Pertama, lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan kini. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta.

Jika kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara sama, malah lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.

Kedua, semua anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak boleh hanyut dengan segala keseronokan dalam kapal.

Ketiga, elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.

Keempat, biasakan anak-anak kapal mengingati ALLAH (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah kalimah bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar.

Kelima, tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang. Keenam, kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat.

Amalkan budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.

Ketujuh, jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.

Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?

Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura.

Apabila diminum, merekapun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat, serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1,000 gelen?

Kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa mencari keredaan ALLAH selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila tidak ada kuasa nanti, baharu nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk rasanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/
Read more ...

PILU......PM Najib Sahkan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas malam ini mengesahkan bahawa MH370 terhempas di Selatan Lautan Hindi.

MH370 terbang ke koridor selatan dan berakhir di kawasan 2,500 kilometer dari bandar Perth, Australia.

Ia dirumus berdasarkan kajian mendalam ke atas data satelit yang dikumpul sejak beberapa hari lalu.




“MH370 terbang ke koridor selatan dan posisi terakhir adalah di selatan Lautan Hindi.

“Dengan kesedihan dan kekesalan yang mendalam, saya ingin memaklumkan, dengan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi,” katanya di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Keluarga penumpang yang terlibat kata beliau telah dimaklumkan mengenai rumusan itu.

Jelas beliau, sidang akhbar berkaitan perkembangan baru itu akan dibuat esok bagi memberikan lebih banyak maklumat.

Beliau bagaimanapun meminta pihak media akan menghormati privasi keluarga para penumpang yang terlibat.

Tambah Najib, berita itu pasti menyedihkan pihak keluarga dan beliau meluahkan rasa simpati yang amat kepada semua waris mangsa.

(Maklumat lanjut menyusul)


Sumber: http://mynewshub.my/
Read more ...

Kenyataan Media MH370 Oleh Kementerian Pengangkutan




KUALA LUMPUR – Berikutan kenyataan media oleh Kementerian Pengangkutan mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 hari ini.

1. Perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat

a. Operasi mencari dan menyelamat tetap menjadi usaha antarabangsa yang diselaraskan oleh Malaysia. Beberapa negara mengetuai misi pencarian di kawasan masing-masing dan semua negara terlibat mempamerkan tahap kerjasama yang tidak pernah berlaku dahulu.

b. Pagi tadi, Malaysia menerima imej satelit daripada pihak berkuasa Perancis yang menunjukkan objek-objek yang berpotensi di sekitar koridor selatan. Malaysia dengan segera menyalurkan imej ini kepada pusat koordinasi penyelamat Australia.

c. Dua buah pesawat Ilyushin IL-76s China telah tiba di Perth, dan akan berlepas bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat esok pada 05:00 dan 06:00.

d. Dua buah pesawat P3 Orion Jepun hari ini berlepas dari lapangan terbang Subang menuju Perth.

e. Pusat Koordinasi Menyelamat Australia akan menggerakkan lapan pesawat (empat pesawat tentera dan empat pesawat awam) ke koridor selatan hari ini untuk menjalankan pencarian visual.

f. Kapal Pertahanan Australia ‘Ocean Shield’, yang dilengkapi “sub-sea remotely operated vehicle” kini dalam pelayaran ke koridor selatan.

g. Sehingga pukul 2:30 petang waktu Malaysia, para pegawai Australia telah memaklumkan kepada kita bahawa mereka belum menghasilkan apa-apa penemuan baharu berhubung MH370.

h. Sebuah pesawat P8 Poseidon tentera laut India dan sebuah pesawat C130 Tentera Udara India berlepas dari lapangan terbang Subang hari ini untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat di bahagian utara koridor selatan, yang diketuai oleh Indonesia.

i. Beberapa penerbangan lain dari lapangan terbang Subang ke koridor selatan dibatalkan hari ini kerana cuaca buruk disebabkan oleh taufan Gillian.

j. Australia, China dan Perancis kini menyiarkan imej satelit yang menunjukkan objek berpotensi yang mungkin ada kaitannya dengan MH370, di perkarangan koridor selatan. Semua maklumat ini telah disalurkan kepada Australia, sebagai negara yang mengetuai misi pencarian di kawasan berkenaan.

2. Taklimat keluarga

a. Pasukan peringkat tertinggi Malaysia mula memberi taklimat di Beijing pagi tadi untuk sanak saudara penumpang MH370. Taklimat itu berlangsung lebih enam jam. Ini merupakan taklimat ketiga seumpamanya yang diadakan. Pasukan itu menyampaikan maklumat kepada ahli keluarga dan menjawab soalan. Kerajaan ingin mengulangi komitmen dan usaha yang berterusan kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH370.

3. Perkembangan terkini mengenai transmisi alat Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS).

a. Transmisi terakhir ACARS, yang dihantar pada 1.07 pagi menunjukkan tiada apa-apa yang luar biasa. Transmisi pada 1.07 pagi itu menunjukkan rutin biasa sepanjang masa ke Beijing. – BERNAMA

Read more ...

Friday, March 21, 2014

Tentera Menyembunyikan Fakta Mengenai Situasi MH370 ?

Pakar penerbangan tidak menolak kemungkinan berlakunya penyembunyian fakta oleh pihak tentera di Asia selepas tentera Thailand mengambil masa 10 hari untuk melaporkan paparan radar mereka yang berkemungkinan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih belum ditemui.


David Learmount berkata, beberapa negara berkemungkinan menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka, lapor MailOnline.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang media di Hotel Sama-Sama pada 15 Mac.
Pakar penerbangan kini mengatakan beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370 mungkin menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka.
Portal berita Britain di bawah Daily Mail itu memetik kenyataan Learmount dalam blognya: “Mungkin negara-negara seperti Malaysia tidak seperti yang digembar-gemburkan.
“Dan mungkin juga seluruh dunia mengetahuinya,” katanya merujuk kepada Tentera Udara Malaysia yang hanya mendedahkan radar mereka mengesan pesawat berkenaan beberapa hari selepas kehilangannya.
Learmount, bekas juruterbang dan kini pengarang operasi dan keselamatan portal Flightglobal, berkata MH370 berkemungkinan terbang melintasi beberapa negara Asean termasuk Thailand, Burma, China, Bangladesh, India, Pakistan, Turkmenistan dan Afghanistan...
penpatah
Read more ...

Siasatan Kembali Tumpu Dua Juruterbang MH370

Zaharie (kiri) dan Fariq.

PETALING JAYA: Pendedahan mengenai Sistem Pengendalian Komuniksi dan Laporan Pesawat (ACARS) yang dimatikan sebelum mesejnya yang terakhir dihantar menyebabkan penyiasatan kembali tertumpu kepada juruterbang.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu media pada Ahad bahawa ACARS telah dimatikan sebelum mesej itu dihantar.

Sebelum ini, ia dilaporkan bahawa sistem itu dimatikan selepas hubungan suara yang terakhir.

Juruterbang itu berkata: "Baiklah, selamat malam" apabila Kawalan Trafik Udara Malaysia menyerahkan kawalan ke atas pesawat itu kepada Vietnam.

Bagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada ia adalah suara juruterbang pesawat iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah atau pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid sebelum pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar dan mengubah laluannya 10 hari lalu.

ACARs menyediakan maklumat terperinci satelit mengenai pergerakan pesawat itu dan status semasanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah melakukan pemeriksaan di rumah Zaharie di Shah Alam.

Beliau berkata, simulator penerbangan juruterbang yang dipasang sendiri itu akan dilihat oleh pakar-pakar sebagai sebahagian daripada penyiasatan, sambil menambah bahawa penyiasat turut melakukan pemeriksaan di rumah pembantu juruterbang.

Ketua Polis Negara berkata, polis mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 130C Kanun Keseksaan, yang membolehkan penyiasatan bagi kesalahan rampasan, sabotaj, tindakan keganasan dan juga jenayah di bawah Akta Kesalahan Penerbangan, sambil menambah bahawa prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 ( Sosma ) akan dipakai dengan klasifikasi baharu siasatan.

"Ini bermakna kita telah mempergiatkan penyiasatan. Tumpuan kita masih di empat aspek iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan masalah psikologi - dan termasuk kakitangan di lapangan terbang dan semua orang," katanya pada sidang media mengenai MH370 pada Ahad.

Ketua Polis Negara berkata, polis menantikan jawapan daripada beberapa agensi polis asing yang membuat pemeriksaan latar belakang penumpang di dalam pesawat berkenaan. Bagaimanapun, kesemua 227 penumpang telah diperiksa oleh beberapa agensi perisikan asing.

Ditanya jika ini membawa kepada penumpuan siasatan terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang, beliau berkata: "Siasatan akan melibatkan semua orang di dalam pesawat itu."

Sebelum itu, Hishammuddin berkata, semua kakitangan Malaysia Airlines (MAS) di lapangan terbang yang terlibat dalam pengendalian MH370 turut disiasat, serta jurutera syarikat penerbangan itu yang berhubung dengan pesawat terbabit sebelum ia berlepas.

Bapa kepada jurutera penerbangan berusia 29 tahun, Mohd Khairul Amri Selamat, yang berada di dalam pesawat itu, enggan mengulas mengenai spekulasi bahawa seseorang di atas kapal sengaja mematikan sistem komunikasi.

"Saya tidak boleh mengatakan jika pesawat itu dirampas atau tidak," katanya. "Biar pihak berkuasa menyiasat kes itu. Tiada apa lagi untuk dikatakan," kata Selamat Omar, ketika dihubungi pada Ahad.sumber:www.mstar.com.my

sumber:gabancomel
Read more ...

BACA INI!! MH370 & BOMOH: Dr Harun Din Mula Berbicara



Ini antara Intipati Kuliahnya Selepas Maghrib:


1.Kembali kepada cara hidup islam..sistem islam..kembali kpd Allah.
Insaflah yg kita sedang diuji Allah

2.Air di empangan makin kurang..3/4 malaysia berjerebu dan terbaru mh370. Berpuluh2 kapal and aircrafts cari pun x jumpa. Allah nak ajar manusia bhw ilmu kita ni sgt sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan2 hingga habis utk dijadikan tinta..masih x mampu nak menulis kalimah Allah..apatah lg ilmuNya.

 4.Dia bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yg haram...maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yg berlaku mh370 jadikan malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dgn peristiwa tikar terbang sehingga arab saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yg berlaku sebenarnya...allah hina negara kita dgn peristiwa mcm ni.

6.Majoriti manusia x melihat peristiwa yg berlaku dgn mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana byk maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf. 

7.bila dah 3 4 hari x jmpa baru nk ingat Allah..baru nak solat hajat. Bagi yg terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal2 peristiwa berlaku.

8.Dr Harun din kata ikut pengalaman dia cuma saudi airline dan brunei yg baca doa perjalanan sebelum fly. 

9.Kenapa kita x berserah pd Allah dlm setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..byk sgt org islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan org buat tikar terbang di klia pun xde org islam yg menghalang...hingga 1 dunia tgk kebodohan dan kesyirikan yg berlaku di negara kita...lihat dgn mata hati...itu penghinaan Allah pada kita.

p/s:  semoga kita semua sentiasa dalam rahmat allah swt...


Read more ...

MAS Terkejut Dakwaan Terhadap Pembantu Juruterbang MH370


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid.
Menurut satu kenyataan pada Selasa, syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan itu.

"Kami tidak dapat mengesahkan kesahihan gambar dan video berkenaan. Seperti yang anda sedia maklum, kami sedang mengalami krisis dan tidak mahu tumpuan kami dialih," katanya.

MAS turut menggesa media dan orang awam agar menghormati privasi keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal penerbangan MH370 kerana mereka berdepan masa yang sukar ketika ini.

"Kebajikan keluarga anak kapal dan penumpang kekal menjadi fokus kami. Pada masa yang sama, keselamatan penumpang adalah perkara paling penting bagi kami," kata MAS ketika mengulas dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa.

Fariq merupakan antara 12 anak kapal penerbangan MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.sumber:www.mstar.com.my

Read more ...

6 KEMALANGAN UDARA DI MANA KREW DIKATAKAN MENSABOTAJ PESAWAT

Apabila yang dipertanggung jawabkan adalah suspek utama!
penpatah.blogspot.com

sumb
Read more ...

KOKPIT SIMULASI KAPAL TERBANG YANG LEBIH EPIK DARI DIMILIKI KAPTEN ZAHARIE (14 GAMBAR)

Antara perkara menarik yang kita belajar dari kehilangan MH370 ialah orang ramai tak menyedari bahawa memiliki simulator di rumah adalah normal dikalangan peminat flight sims. Kami ada a few friends yang membelanjakan ribuan ringgit membeli setup flight stick dan controller khas untuk bermain permainan simulasi kapal terbang kegemaran mereka. Kami dulu gila juga main IL 2Sturmovik dan membeli flight stick Hori. These days dah tua dan retired tak gila macam masa muda dan virgin.


Ramai yang kagum dengan setup flight sim Kapten Zaharie Ahmad Shah. It was impressive pasal siap dengan beberapa skrin 24" Dell dengan kemampuan skrin sesentuh. Ianya epik tetapi masih tidak seepik yang dimiliki oleh John Davis yang berasal dari Coventry England. Beliau menghabiskan 8 tahun dan GBP 15 000 bagi membina simulator 747 yang paling tepat dengan kokpit sebenar. Kami berharap John Davis tidak akan dituduh sebagai terorrist kerana minat beliau seperti bagaimana Kapten Zaharie sekarang. Semoga pesawat MH370 dijumpai segera. 
Read more ...

Thursday, March 20, 2014

Keluarga Penumpang MH370 Membuat Ugutan Mogok Kerana Tidak Puas Hati Di China ?

Saudara-mara penumpang warga China yang berada di dalam pesawat MH370 yang hilang mengancam untuk melancarkan mogok lapar.


Seramai dua pertiga daripada 239 orang di dalam pesawat itu adalah rakyat China dan keluarga mereka kini merasakan mereka tidak dimaklumkan berita sebenar oleh pegawai Malaysia.
Menurut Malay Mail Online, Wen Wancheng yang turut kehilangan anaknya berkata:"Ahli keluarga sangat tidak berpuas hati... Jadi anda mendengar mereka berkata ' mogok lapar '"
Beliau menambah: "Sekarang kami tidak mengetahui sebarang berita, dan semua orang difahami bimbang. Ahli keluarga mengatakan mereka akan pergi ke kedutaan(Malaysia) untuk mencari duta berkenaan."
"Duta Besar Malaysia perlu ada disini, tetapi dia tidak ada. "
Seorang wanita memegang pelekat yang tertera tulisan"Hormati nyawa, kembalikan keluarga kami" mengesahkan bahawa keluarganya turut mempertimbangkan untuk mogok lapar .
Dalam pada itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Malaysia tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia bersikap terbuka dalam isu tersebut dan akan menyalurkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat dari semasa ke semasa. penpatah
Read more ...

Raja Bomoh Sedunia Teropong Lagi Di Perak....Korang Jangan Macam Ye...Kena Pelempang Buaya Nanti...kikih




Di saat isu Bomoh VIP sedang hangat diperkatakan, nampaknya Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin langsung tidak mempedulikan kata-kata rakyat Malaysia dan dilihat terus melakukan upacara “teropong”nya yang semakin popular seluruh dunia selepas Bomoh VIP ini muncul di KLIA beberapa kali kononnya untuk mengetahui di mana status pesawat MH370 yang masih hilang sehingga hari ini.
Isu ini menjadi semakin hangat apabila ada campurtangan menteri seperti Khairy Jamaluddin yang mengundang kemarahan Ibrahim Mat Zin yang ingin menampar Khairy Jamaluddin. 
Berikut adalah gambar yang kami terima semasa Ibrahim Mat Zin sedang mengadakan upacara yang tidak diketahui tujuannya di Teluk Intan, Perak.
 
ohmedia
Read more ...
Designed By