Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Tuesday, March 25, 2014

PILU......PM Najib Sahkan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas malam ini mengesahkan bahawa MH370 terhempas di Selatan Lautan Hindi.

MH370 terbang ke koridor selatan dan berakhir di kawasan 2,500 kilometer dari bandar Perth, Australia.

Ia dirumus berdasarkan kajian mendalam ke atas data satelit yang dikumpul sejak beberapa hari lalu.




“MH370 terbang ke koridor selatan dan posisi terakhir adalah di selatan Lautan Hindi.

“Dengan kesedihan dan kekesalan yang mendalam, saya ingin memaklumkan, dengan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi,” katanya di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Keluarga penumpang yang terlibat kata beliau telah dimaklumkan mengenai rumusan itu.

Jelas beliau, sidang akhbar berkaitan perkembangan baru itu akan dibuat esok bagi memberikan lebih banyak maklumat.

Beliau bagaimanapun meminta pihak media akan menghormati privasi keluarga para penumpang yang terlibat.

Tambah Najib, berita itu pasti menyedihkan pihak keluarga dan beliau meluahkan rasa simpati yang amat kepada semua waris mangsa.

(Maklumat lanjut menyusul)


Sumber: http://mynewshub.my/

No comments:

Designed By