Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label SADIS. Show all posts
Showing posts with label SADIS. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

SELERA JIJIK SUAMI

RENTETAN DARI PERISTIWA SUAMI DAYUS BERKONGSI SUAMI DISINI

Arau: “Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang,” kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.
Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu, si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki itu.

“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.
FotoNora (kanan)

Berikutan kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
Read more ...

MASALAH PSIKITRIK KETAGIHAN VIDEO LUCAH

“Ketagihan video lucah sebenarnya mengundang permasalahan sosial yang serius hingga ke tahap tidak diduga akal fikiran yang waras.”
CONTOH KES BARU2 YANG BERLAKU NSEPERTI DISINI

Demikian kata Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Osman Che Bakar mengenai kejadian menimpa Nora apabila suaminya yang ketagih menonton video lucah memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Dr Osman berkata, ketagihan video lucah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah psikiatri yang serius sehingga tidak mampu lagi berfikir serta bertindak secara rasional.
“Dalam kes wanita itu (Nora), kalau hari ini suaminya paksa dia melakukan hubungan seks dengan orang lain dan merakam perbuatan itu, esok lusa tak mustahil lelaki itu sanggup rogol ahli keluarganya sendiri,” katanya.

Menurutnya, ketagihan video lucah berpunca daripada pelbagai sebab antaranya individu mendapat kepuasan seksual dengan cara melihat orang lain melakukan hubungan seks.

SUMBER METRO
Read more ...

SUAMI DAYUS KONG SI ISTERI BERSAMA LELAKI LAIN

KANGAR: Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.
Muka depan Harian Metro dan web myMetro hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.


Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.

SUMBER ASAL DINI  :http://www.hmetro.com.my/articles/2014010812205920140108122059//Article?BeritaUtama
Read more ...
Designed By