Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label KISAH TELADAN. Show all posts
Showing posts with label KISAH TELADAN. Show all posts

Friday, August 8, 2014

APA YANG PERLU ANDA TAHU CINTA VS NAFSU


1. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi
Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.

Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.
2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

3.Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.


4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?

Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.


Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.


Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk  dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.


5. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.

Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.

Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks. 

Read more ...

Friday, January 3, 2014

KUCING MENCURI DAGING

Ada suatu ketika seorang cendekiawan terkenal yang bernama Malik Bin Dinar sedang menyediakan makanan di rumahnya..

Entah bagaimana,seekor kucing datang dan mencuri sepotong daging di atas meja..

Malik mengekorinya dengan senyap-senyap..
"Ke mana dia hendak membawa daging itu.?" bisik Hati Malik..

Kucing itu terus berlari membawa daging itu dengan mulutnya..

Malik tetap mengekorinya..

Dia melihat kucing itu pergi ke sesuatu tempat .

Di situ terdapat lubang kecil di celah batu-batu itu.

Kucing itu segera menghampiri lubang itu dan mengeluarkan daging dari mulutnya itu..

Tiba - tiba Malik melihat seekor ular keluar daripada lubang itu lalu mengambil daging itu lalu memakannya..

Malik mengamati ular itu dan didapati ular itu buta .

Rupa-rupanya kucing itu membawa daging untuk ular buta yang sedang kelaparan didalam lubang...

MashaAllah.....Hebat kan Allah tetapkan rezeki untuk setiap makhluk-Nya ?

Mahasuci-Mu Allah ... Engkau Maha Hebat ya Allah .....

Subhanallah .. jadi janganlah kita kedekut bersedekah kepada makhluk-makhluk-Nya Allah yang lain ...

Subhanallah .. Alhamdulillah .. Allahuakbar ...
 
KREDIT TO SATU PERJALANAN MAYA
Read more ...

KISAH DOKTOR YANG DIANGGAP SOMBONG



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..

Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..dan mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang..?? kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang ni..?? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata,

"Saya minta maaf, saya berada di luar hospital dan saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang ni, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi dan berkata..

"Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yg suci " daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tidak akan mampu untuk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"Memberi nasihat bila kita tidak mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..tidak lama kemudian, si doktor keluar dengan gembira..

"Alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"Kenapa doktor tu sombong sangat..?! tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya,

"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jalan raya..dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untak pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

TULISAN ASAL DISINI satu perjalanan maya
Read more ...
Designed By