Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

GENGSTER CDM25 DI TEMUBUAL DI HITZ.FM

Memang pelik dunia masa kini...orang yang berperangai pelik akan disanjung...manakala yang baik akan dipandang sepi.....gadis cdm25 yang dikenali sebagai kiki ini telah ditemubual oleh stesyen radio yang terkenal.


manakala dibawah adalah rakyat malaysia yang budiman yang sentiasa meberi komen-kmen yang mebina...kebnayakan mereka tidak berpuashati, kerana wanita cdm25 ni yang ditemubual...bukan mereka...eh bukan...kerapa tidak uncle itu yang dipanggil....pada mereka...sepatutnya uncle itu dipanggil kerana beliau membawa nilai2 murni semasa berlaku kejadian perlanggaran itu...namun mungkin ada sebab kenapa stesen radio ini memangggil wanita cdm25 ni....mungkin die nk minta maaf kepada seluruh rakyat malaysia...mungkin...mungkin kan......ok...wat ever pon semoga gadis cdm25 ini akan berbaik semula dengan uncle itu......babai...layannzzzz
Read more ...

Wednesday, July 16, 2014

KEJADIAN WANITA CDM 25 SEBELUM MENDAPAT SUWEYYY

Sebelum peristiwa gadis mengamuk di tengah jalanraya menjadi viral pada masa ini. terdapat beberapa kejadian yang berlaku pada dirinya yang boleh dianggap sebagai rentetan kepada kebiadapan melampau die...mungkin die bertelagah dengan seseorang sehingga menyebbakan emosi beliau menjadi amat tidak stabil....jom tengok...pemuda bernama nik azizuzl mendak wa kebiadapan wanita ini berkenaan konflik dengan nya sebelum kejadian..

 menurut pemuda ini, sikap wanita ini sangat mendukacitakan kerana berlaku biadap dengan sesama insan yang lain juga.. walaupon die membayar cukai jalan...namun...beliau harus menghormati pemandu lain....


berikut adalah kekecewaan si anak uncle yang terlanggar kereta wanita tersebut..jelas sekali...si anak sangat berdukacita dengan sikap wanita ini....apa yang menyedihkan...si anak uncle ini mengaitkan perlunya seorang wanita beragama islam menghormati bulan ramadhan...

  diatas pula adalah wajah comel wanita tersebut....comel ke???

ok....by the way...setiap manusia tak pernah daripada elakukan kesilapan...mungkin beliau gagal menjalalni ujian terhadapnya pada hari tersebut...kegagalan dalam ujian ini menyebabkan beliau menjadi femes bapak di alam maya....


femes nya wanita ini kerana sikap nya yang panas baran dan tidak menghormati orang tua...dek kerana sikap nya ini...ramai golongan manusia budiman memberi komen yang membina supaya tidak ada lagi sikap sebegini di malaysia...

tidak ketinggalan juga...artis di malaysia juga sangat berminat terhadap isu ini...anataranya ialah....


  Misha Omar dan Harith Iskandar....mungkin komen artis seperti menunjukkan sensitifnya rakyat malaysia terhadap budibahasa budaya kita.....jadi...samalah kita bermuhasabah diri....mungkin ujian ini untuknya.....untuk kita....belum tahu lagi......sekian di maklumkan...
Read more ...

10 PERKARA TENTANG BRIGED AL-QASSAM YANG PERLU ANDA TAHU





Fakta #1
Jalan ke arah penubuhan Briged al-Qassam dimulakan pada tahun 1984 oleh as-syahid Syaikh Ahmed Yassin, Dr. Ibrahim al-Maqadema dan as-syahid Syaikh Salah
Syahadah. Al-Qassam diiktiraf secara rasminya sebagai sayap ketenteraan Hamas pada tahun 1991.
Apabila Perjanjian Oslo ditandatangi pada tahun 1993, al-Qassam digerakkan untuk memastikan perjanjian yang berat sebelah itu tidak dapat dilaksanakan.



Fakta #2
Nama briged ini diambil bersempena seorang tokoh Islam, Syaikh Izzuddin al-Qassam, yang hidup dalam dua abad; 19 dan 20.
Syaikh Izzuddin merupakan seorang ulama' mujahid dari Syria yang berjuang bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman British ketika itu. Beliau syahid
di Ya'bad, Palestin pada tahun 1935 setelah memimpin pertempuran membebaskan Palestin.




Fakta #3
Antara syarat kemasukan terketat ke dalam briged ini adalah solat lima waktu berjemaah sehari semalam. Kau mampu...??
Saya tak mampu. Nanges.
Hanya para pemuda berusia tiga puluh tahun ke bawah sahaja yang diterima masuk untuk menganggotai briged ini. Al-Qassam juga mempunyai parajurit dalam
kalangan kaum wanita.
Selain itu, menjadi kebiasaaan para mujahidin al-Qassam untuk sujud syukur sebaik sahaja mereka pulang daripada bertempur.


Fakta #4
Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar keahlian briged ini, melainkan para kepimpinan tertingginya. Namun ada yang menganggarkan keahliannya pada sekitar
25,000 orang.
Pemilihan untuk menggotai briged ini adalah sangat ketat (antaranya seperti di atas) kerana hanya mereka yang terbukti keimanannya dan kesungguhan untuk
berjihad sahaja yang akan dipilih.

Fakta #5
Briged Izzuddin al-Qassam telah disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Kerajaan Bersatu dan Australia. Sedangkan
Israel laknatullah yang saban harinya merampas tanah-tanah orang Palestin, menangkap dan membunuh rakyat Palestin itu tidak pula dilabel sebagai pengganas.
Ada kerosakan wayar otak yang kritikal pada para pemimpin negara-negara tersebut.



Fakta #6
Antara kelebihan atau keistimewaan briged ini adalah kemampuannya untuk menghasilkan roket buatan sendiri. Sebelum ini, roket mereka M-75 al-Qassam hanya
mampu untuk sampai kepada sasaran pada jarak 70-75 km jauhnya. Namun dengan penghasilan roket R160 yang mampu untuk dilancarkan sejauh 160 km membuktikan
kehebatan dan keoseman briged ini.
Ini bisa bikin Zionis laknatullah lari lintang pukang!
Dengan pelbagai sekatan dan tekanan yang dikenakan terhadap kerajaan Hamas, kemampuan al-Qassam menghasilkan roket-roket ini merupakan suatu pencapaian
yang amat mengujakan dan membanggakan. Ia juga menyebabkan rayat Israel kini ketar lutut dan sering terkencing di dalam seluar mereka.


Fakta #7
Salah seorang pemimpin lejen kepada briged ini adalah as-syahid Yahya Ayyash yang mati dibunuh oleh Israel laknatullah pada 1996. Beliau bertanggungjawab
mengubah strategi al-Qassam dengan memperkenalkan Operasi Syahid yang amat digeruni oleh tentera Zionis. Oleh sebab itu beliau telah dijolok dengan gelaran
al-Muhandis yang bermaksud Sang Jurutera. Yang lebih menarik gelaran ini telah diberikan oleh musuh-musuhnya dan bukannya dalam kalangan parajurit al-Qassam
sendiri. Kira tak syok sendiri lah dia ni. Heh.
Yahya Ayyash, mujahid yang disanjung rakan, ditakuti lawan!
Tidak hairanlah ramai ikhwah yang memberikan nama anak mereka Ayyash. Moga anak-anak mereka ini bakal menjadi rijal ummah yang akan membebaskan Palestin
suatu hari nanti! Allahu Akbar!

Fakta #8
Briged al-Qassam amat merahsiakan identiti ahli-ahli mereka, terutamanya barisan kepimpinan mereka. Namun beberapa orang pemimpin mereka telah berjaya
dikenalpasti. Antara yang lejen termasuklah Ahmad al-Jabari yang bertanggungjawab terhadap penculikan tentera Zionis Gilad Shalit, Syaikh Salah Syahadah
dan Muhammad al-Dheif yang mengepalai al-Qassam selepas pembunuhan Syaikh Salah Syahadah.

Fakta #9
Briged al-Qassam amat digeruni oleh tentera Zionis atas kemampuan dan kapasiti mereka menggugat kekuatan tentera rejim Israel, di sebalik segala tekanan
dan sekatan yang dikenakan. Lantas rejim Zionis, menerusi agensi keselamatan dalamannya, Shin Bet, sentiasa mencari jalan untuk memburu dan membunuh para
pemimpin al-Qassam. Sehingga kini, sudah lebih 800 ahli al-Qassam gugur syahid dibunuh oleh Zionis laknatullah semenjak Intifadah al-Aqsa yang dilancarkan
pada September 2000.

Fakta #10
Para perajurit al-Qassam sentiasa ditarbiyah dengan fikrah Islam bagi memastikan ruh dan jiwa mereka kuat dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Antara amalan
yang sentiasa dan perlu mereka lakukan termasuklah:
Wajib mempeljari tafsir al-Quran
Wajib menghabiskan bacaan satu juzuk setiap hari (ODOJ)
Wajib menghafal hadith arbai'n
Istiqamah beramal dengan tahajjud dan puasa sunat

Satu perkataan sahaja yang mampu saya ucapkan: Epik.
Jika sebeginilah akhlak para mujahidin al-Qassam, tidak mustahil Palestin akan dibebaskan di tangan-tangan mereka! [Kredit]

Tidak dapat disahkan sebagai fakta atau tidak
Dalam Operasi Pillar of Defence rejim Zionis terhadap Hamas pada tahun 2012, dikisahkan bagaimana para tentera berkereta kebal Zionis laknatullah begitu
takut dengan para pembidik tepat al-Qassam sehingga membuatkan mereka langsung tidak keluar daripada kereta kebal mereka. Akibatnya kereta kebal mereka
menjadi jijik dan busuk dengan najis dan bahan buangan mereka sendiri! Wahahaha.

Kecekapan dan kelicikan strategi perang al-Qassam sering membuatkan musuh-musuh mereka terkinja-kinja terpinga-pinga. Malah pakar strategi dan analisa
perang juga mengakui kehebatan al-Qassam di medan perang. Adab dan akhlak mereka di medan perang pula menjadikan ISIS, al-Qaeda dan sebagainya jauh ketinggalan
di belakang. Terlalu banyak yang perlu mereka teladani daripada senior mereka, briged Izzuddin al-Qassam.

Nah, bagaimana? Anda kagum? Teruja?
Sudah tentulah fakta-fakta yang saya kongsikan di sini tidak cukup lagi untuk kita benar-benar mengenali briged elit yang sentiasa menjadi harapan rakyat
Palestin yang tinggal di Semenanjung Ghazzah untuk membela nasib mereka. Namun saya harap ia sudah cukup untuk membuatkan anda teruja lantas melakukan
carian dan pembacaan sendiri untuk mengetahui lebih lanjut tentang briged ini. Bijak kan? Senyum.

Saya secara jujurnya amat cemburu kepada mereka ini. Kerana saya amat yakinlah, merekalah yang disebut oleh Nabi SAW dalam sebuah hadith:
"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang dan berjuang di pintu Damsyik dan di sekelilingnya, dan pintu Baitul Muqaddis dan di sekitarnya
, tidak dapat menggugat mereka orang-orang yang enggan menolong mereka. Mereka terus teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat."
[Hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ibn ‘Asakir]
Lap air mata.

Sekiranya anda merasakan bahawa Hamas dan briged al-Qassam tidak lebih daripada sekadar pertubuhan pengganas, saya rasa anda perlu kembali ke sekolah membuka
kitab-kitab sejarah dan menelaah semula sejarah penubuhan negara Israel haram. Sekiranya Hamas itu pengganas, maka Israel adalah bapak pengganas manakala
Amerika adalah nenek pengganas. Sungguh.

Ayuh sama-sama kita cakna dengan isu Palestin dan isu ummah yang lainnya. Benar, kita mungkin tidak mampu untuk mengangkat AK47. Kita mungkin tidak terdaya
untuk menggalas bazooka dan membaling bom tangan. Kita mungkin tidak berupaya untuk berjihad qital nun di Palestin sana.
Namun kita mampu untuk ambil tahu. Kita berdaya untuk menyebarkan fakta dan bukannya auta. Dan kita sangatlah berupaya untuk memboikot barangan dan produk
yang sudah terbukti menyumbang kepada keberlangsungan negara haram Israel sama ada secara langsung atau pon tidak.
Paling koman, kita boleh menembakkan doa buat mereka ini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, habiskan sedikit masa untuk mendoakan khusus buat mereka
ini. Moga doa-doa kita diangkat setinggi-tingginya dan sampai kepadaNya; moga menjadi alasan untuk kita semua apabila dipersoalkan di akhirat kelak.
"Khaibar khaibar ya Yahud! Jaisy Muhammad saufa yau'd!"
-gabbana-

Entah mengapa kali ini lebih teruja daripada biasa untuk mengetahui kemaskini-kemaskini terbaru daripada bumi Ghazzah sana, kerana sentiasa menanti-nantikan
kejutan daripada al-Qassam.
Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengurniakan mereka dengan kekuatan yang luar biasa untuk menghancurkan Zionis laknatullah sehancur-hancurnya.
Amin ya robbal a'lamin!a'lamin!


Harap2 ramai yang sudi baca. Kalau boleh biarlah sokongan kita kepada Palestine sokongan yang
berilmu dan bermaklumat. Bukan sekadar sokongan kosong. Nampak gambar kekejaman, kezaliman, kita sedih, simpati, derma, sebarkan.. tapi kita tatau apa2
langsung mengenai mereka, perjuangan mereka dan apa yang berlaku..

Dengan mengambil tahu perkembangan mengenai mereka, ia sebenarnya membantu kita untuk lebih memahami konflik yang dihadapi oleh mereka dan apa yang sepatutnya
kita faham mengenai perjuangan mereka.
sumber

Read more ...

Monday, July 14, 2014

RASUAH DAN KEBURUKAN 10 GAMBAR

DEFINISI

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.


                Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

KESAN-KESAN RASUAH

UMUM
Ø  >Menjejaskan kelicinan dan kecekapan pentadbiran kerajaan.
Ø  >Berlaku ketidakadilan dalm ekonomi.
Ø  >Meningkatkan jurang antara yang kaya dengan mereka yang miskin.
Ø  >Meningkatkan kadar jenayah yang boleh mengancam keselamatan Negara, nyawa dan harta benda.
Ø  >Kualiti pembinaan akan menurun sehingga boleh membahayakan nyawa.
Ø  >Meningkatkan kos dan sara hidup.
INDIVIDU
Ø  >Pesalah rasuah akan didendakan dan dipenjarakan.
Ø  >Harta yang diperoleh daripada hasil rasuah akan dirampas.
Ø  >Keluarga perasuah akan dipandang hina.
Ø  >Peluang kemajuan kerjaya akan terjejas.

Ø  >Tiada keberkatan dalam kehidupan sekiranya memakan hasil rasuah.

BERIKUT ADALAH RASUAH DIKALANGAN POLIS MENGIKUT NEGARA


10. Polis Pakistan. 
Polis Pakistan.




9. Polis Rusia.



Polis Rusia


8. Polis Sudan.

Polis Sudan.


7. Polis Afghanistan. 

Polis Afghanistan. 


6. Polis Somalia

Polis Somalia


5. Polis Iraq.

Polis Iraq.


4. Polis Myanmar.


Polis Myanmar. 


3. Polis Kenya.

Polis Myanmar. 
2. Mexico Polis. 

Mexico Polis. 


1. Polis Haiti

Polis Haiti
Read more ...

Thursday, April 17, 2014

TOYOTA ALPHARD YANG DINAIKI OLEH KARPAL SING MEMPUNYAI 29 REKOD KESALAHAN DAN 15 SAMAN


Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon kenderaan Toyota Alphard dipandu seorang lelaki warga India yang dinaiki oleh Karpal Singh itu dikesan mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas mengikut Seksyen 079 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan 15 saman itu belum dijelaskan.

Pemimpin Veteran DAP itu, terbunuh di tempat kejadian apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik dan keadaan jalan raya gelap tanpa lampu jalan. 


Sementara itu pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45 terkejut dengan bunyi dentuman di bahagian belakang lori yang dipandunya.

Menurutnya lagi, kenderaan itu dipandu terlalu laju dan sebaik perlanggaran berlaku, beliau memberhentikan lori dan segera meninjau keadaan kenderaan yang melanggar belakang lori mendapati ada mangsa yang cedera dimuka.

sumber:sungairapat online..
Read more ...

Tuesday, March 25, 2014

Operasi mencari serpihan dan objek MH370 diteruskan di selatan Lautan Hindi - Najib


KUALA LUMPUR 25 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tumpuan kerajaan pada masa kini adalah untuk mencari serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.
Beliau berkata ini bagi mengesahkan tanpa ragu-ragu bahawa pesawat itu telah pun hilang di selatan Lautan Hindi walaupun ia akan mengambil masa yang lama di samping bakal menghadapi cabaran yang sukar.
"Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan dalam minggu-minggu dan mungkin bulan-bulan yang akan datang ialah untuk mencari segala serpihan rangka serta objek-objek yang berkaitan dengan pesawat MH370.
"Tidak dapat dinafikan kawasan tersebut amat sukar dan mencabar sekali, ini bererti kita akan menghadapi dugaan dan cabaran yang luar biasa untuk mencari serpihan rangka dan objek-objek pesawat," katanya ketika membentang usul khas tragedi MH370 di Parlimen di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan tetap komited untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan itu bagi mengesan kotak hitam pesawat MH370 yang akan memberi jawapan ke atas apa sebenarnya yang berlaku ke atas pesawat malang itu. - BERNAMA
 
sumber:utusan
Read more ...

Baca Ini!! Dari Allah swt Kita Datang Dan Kepada Allah swt kita pergi....Berakhir di tengah Lautan Hindi tragedi MH370


NAJIB Tun Razak bersama Hishammuddin Tun Hussein semasa sidang akhbar mengenai pengumuman pesawat MH370 yang disahkan terhempas di Lautan Hindi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut serta Azharuddin Abdul Rahman (kiri). - UTUSAN/ZAINI HUSIN
KUALA LUMPUR 24 Mac - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia.
Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu.
Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).
Kata Najib, AAIB memaklumkan kepadanya syarikat pembekal data satelit, Inmarsat telah melakukan perkiraan terhadap semua data menggunakan analisis yang tidak pernah digunakan sebelum ini sehingga berjaya mengesan laluan terakhir pesawat.
"Berdasarkan analisis tersebut, Inmarsat dan AAIB merumuskan MH370 terbang di koridor selatan. Lokasi terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi yang terpencil dan tidak mungkin mendarat.
"Dengan rasa sedih dan kesal saya perlu memaklumkan berdasarkan data itu, penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.
"Kepada semua keluarga, beberapa minggu terakhir ini sangat menyedihkan dan saya tahu berita terbaharu ini menambahkan lagi keperitan mereka," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Yang turut hadir, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan beberapa menteri Kabinet lain.

Pesawat MH370 yang sepatutnya ke Beijing, China, terputus hubungan dengan menara kawalan sebelum dikesan berpatah balik menuju ke Lautan Hindi tanpa diketahui mengapa.
Sebelum ini, kerajaan mengesahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ADARS) serta transponder sengaja dimatikan oleh individu tertentu dalam pesawat.
Dalam pada itu, Najib memberitahu, penjelasan lanjut mengenai MH370 akan dibuat dalam sidang akhbar esok dan pada masa sama, meminta pihak media menghormati perasaan sedih keluarga mangsa.
Perdana Menteri berkata, semua keluarga mangsa juga telah dimaklumkan oleh pengurusan MAS mengenai nasib menimpa MH370.
"Saya meminta pihak media menghormati privasi keluarga mangsa dan berikanlah ruang kepada mereka pada saat-saat sukar begini," katanya dalam nada sebak.
Ketika pengumuman itu dibuat, ramai wartawan yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut menitiskan air mata.

Read more ...

Monday, March 17, 2014

"Luar biasa tiada panggilan kecemasan, kecuali ada BOM dalam kapal" - Pakar Penerbangan




Sepanjang hari ini sahaja, ramai pakar dalam bidang penerbangan memberikan pendapat masing-masing mengenai insiden pesawat MH370 yang hilang tanpa sebarang petunjuk.


Namun pendapat dari seorang pakar penerbangan, David Learmount telah mengejutkan ramai pihak apabila menimbulkan spekulasi "bom" sebagai punca insiden tersebut. Menurut Learmount:
"Luar biasa apabila juruterbang gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu. Kecuali terdapat bom di dalam kapal tetapi bukti itu tiada. ' 
Namun begitu, Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada pesawat Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun 2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.
Pesawat itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat, katanya.
Learmount berkata: "Ini adalah perbandingan sejarah dan boleh menjadi satu kebetulan."
"Kejadian ini juga berlaku pada waktu awal pagi, selepas waktu tengah malam, dan juga telah hilang tanpa sebarang panggilan daripada juruterbang."
Namun menurutnya lagi: "Pesawat moden dibina dengan cantik dan sangat selamat."
"Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu."
Learmount turut mengaitkan keadaan prestasi juruterbang pada ketika itu juga mungkin menjadi punca kapal terbang terhempas.
"Di antara tengah malam dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda yang terbaik - anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24 jam."
Read more ...

GEMPAR : Kumpulan China dakwa rampas MH370

Sepang: Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs’ Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui.
Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan. 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata China menghantar pasukan khas ke Malaysia bagi membantu negara merungkai misteri kehilangan pesawat, khususnya dalam tiga aspek. 
Ia merangkumi usaha mencari dan menyelamat, pasport palsu dan memastikan kebajikan keluarga warga China yang dibawa ke Malaysia.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, pasukan khas terbabit akan berada di Malaysia untuk tempoh tertentu bagi membantu siasatan kehilangan pesawat MH370.
“Pasukan ini adalah wakil kementerian yang berkepentingan dan mewakili Parti Komunis China. Ini adalah hasil perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari Republik China dua hari lalu.
Elak buat andaian 
“Menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat bukan mudah dan ia perlu digerakkan secepat mungkin. Tiada gunanya kita bincang perkara lain jika belum menemui pesawat.
Saya menggesa media tidak membuat andaian kerana ia boleh menjejaskan operasi, selain kita tidak mahu tersebarnya berita palsu yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga penumpang pesawat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Hishammuddin juga menafikan dakwaan bahawa Kerajaan China kurang berpuasa hati kerana Malaysia lambat bertindak menangani isu kehilangan pesawat.
Mengenai dua penumpang misteri MH370, Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar mereka menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai.
“Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci,” katanya.
Sementara itu, Azharuddin berkata siasatan lebih terperinci berhubung dua penumpang misteri terbabit dijalankan oleh pasukan penyiasat khas merangkumi pakar bidang berkenaan.
“Ini termasuk meneliti rakaman video penumpang yang dikenal pasti dan sebarang maklumat hanya boleh didedahkan selepas itu.
“Mengenai lima bagasi yang dibawa keluar daripada MH370 selepas pemiliknya tidak menaiki penerbangan, saya tegaskan DCA mengesahkan tiada bahan terlarang yang ditemui padanya,” katanya.
Read more ...

"Hilang! Full Stop!" Jawapan paling mengejutkan dari Kapten Pesawat Boeing 777

Sejak kehilangan pesawat MH370, kita dihidangkan dengan pelbagai ulasan dan pendapat daripada pakar penerbangan dari negara barat. Namun kita tidak pernah menerima pendapat daripada juruterbang pakar kita sendiri.



Melalui inisiatif TV3, membawa seorang pakar penerbangan negara, Kapten Norudin Abd Majid yang juga merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS untuk ditemuramah secara langsung.
Sekiranya anda telah melihat temuramah beliau, saya yakin kita semua pasti terkejut dengan jawapan diluar jangkaan saintifik yang Kapten Norudin berikan.
Ketika diminta memberikan pendapat beliau mengenai kehilangan MH370 dari titik akhir radar, ini jawapan pertama beliau:
"HILANG! Full Stop!" 
"Kita orang beriman, Allah Taala menentukan segala-gala, dunia ini kepunyaan pencipta" Tambahnya lagi.
Penemuramah yang kehairanan menimbulkan pertanyaan lain.
"Kata Kapten sekarang, yang berpengalaman membawa pesawat boeing itu, pesawat itu hilang?"
"HILANG! 100% hilang!"
Dan apabila ditanya bagaimana pula cara untuk mencarinya, respon beliau:
"Allah S.W.T memberi kita segala cara dan kunci untuk menemui apa saja. Kita mestilah menggunakan kelebihan, pengetahuan kepakaran dan orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini"
Siapakah orang-orang tertentu itu? ini jawapan luar jangka beliau:
"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dengan Allah S.W.T dan juga keluarga sebab dia sedang beremosi dan Allah Taala lihat ketika itu"
"Cara terbaik(Doa orang soleh & keluarga) kita perlu lakukan dan InsyaAllah... Akan ditemui... akan ditemui...."
“ Ia adalah antara sains dan pencipta sains..” tambahnya lagi
Jika kita boleh menerima pendapat pakar barat, kenapa tidak kita ikuti saranan dari pihak kita sendiri?... Oleh itu, kepada seluruh rakyat Malaysia, teruskanlah berdoa kerana doa anda amat diperlukan untuk menemukan pesawat MH370. #prayformh370
Read more ...

#MH370: PASPORT CURI, AHLI PERNIAGAAN WARGA IRAN, KAZEM ALI DIKEHENDAKI

Dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah DCA berkata pihak berkuasa sedang menyiasat kes dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport curi mungkin terlibat dalam sindiket pasport curi.
Seorang ahli perniagaan warganegara Iran yang dikenali sebagai Kazem Ali dipercayai telah menempah tiket untuk kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport curi berkenaan pada 1 Mac dan 6 Mac melalui dua agensi pelancongan tempatan di Pattaya.
Ejen pelancongan di resort Pattaya memberitahu, lelaki yang dikenali sebagai Mr. Ali itu telah memintanya menempah tiket untuk kedua-dua lelaki misteri itu pada 1 Mac. 
Namun tempahan yang dibuat itu telah tamat tempoh dan Mr. Ali sekali lagi memintanya menempah tiket baru pada 6 Mac.
Oleh kerana tempahan dan bayaran secara tunai dibuat oleh Mr. Ali itu tidak mendatangkan apa-apa kecurigaan pada ejen pelancongan itu. Tambahnya lagi, Mr. Ali sudah biasa membuat tempahan tiket dengannya.
Read more ...

[SERIUS] Pesawat MH370 sah dirampas - Laporan AP Sensasi




Penerbangan Malaysia Airlines MH370 telah dirampas, menurut laporan berita.
Menurut laporan Associated Press hari ini, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan bukan lagi hanya teori : "Ia adalah muktamad ," membaca laporan itu.
Pegawai yang terlibat dalam penyiasatan itu dilaporkan berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman penerbangan telah merampas pesawat yang hilang.
Walau bagaimanapun, motif rampasan itu belum dapat dipastikan. Ia masih tidak jelas ke mana pesawat itu telah dibawa.
Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar yang dijadual pada 1.30 petang ini. (Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak akan menghadiri Sidang Akhbar tersebut)
-AP/Mkini
Read more ...

Sunday, March 16, 2014

Baca ini!!! Tazkirah sempena konsert maksiat mengorbankan 6 orang membawa kemurkaan allah s.w.t

Kita digemparkan dengan tragedi yang menyedihkan dimana kita masih bersedih dan mengharap bantuan allah swt untuk menemukan pesawat mh 370.....namun apa yang berlaku kelmarin sesuatu yang tidak patut terjadi di negara kita...kematian yang terhinggap pada anak orang islam dalam keadaan maksiat sangat memilukan...anak muda terkinja kinja pergaulan lelaki dan wanita tiada batasan, pasangan tanpa segan silu melakukan aksi mengghairahkan di khalayak ramai dan minuman keras juga menjadi hidangan. Apakah kita sedang menuju negara yang bebas segala-galanya. 

Ingatlah kemungkaran boleh mengundang bala dan pastinya kita tidak mahu perkara itu berlaku. Malangnya, dosa dianggap perkara remeh hingga melakukan perbuatan menyalahi agama menjadi kebiasaan dalam masyarakat. 

Seperti iman, maksiat juga mempunyai tingkatannya, ada dilakukan secara tersembunyi, terbuka dan ada maksiat dianggap biasa. Apa juga jenis maksiat, tidak kira yang ringan atau berat, ia akan mengundang kemurkaan Allah. 

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, di mana ia terlalu khuatir akan tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
Begitu juga perlakuan maksiat dan dosa yang dilakukan secara terang-terangan. Ada kalanya Nabi SAW berusaha menutup sehabis mungkin perlakuan maksiat dilakukan secara tersembunyi supaya si pelaku berpeluang bertaubat kepada Allah SWT. Bagaimana pula mereka yang melakukan maksiat secara terbuka? 

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka yang ditutup Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ini peringatan penting untuk kita kerana apa yang amat ditakuti manusia adalah taubat yang tidak diterima. Betapa ruginya kita jika mengetahui taubat tidak diterima kerana maksiat terbuka yang dilakukan dulu. 

Sejarah Islam melakarkan pelbagai peristiwa untuk dijadikan iktibar. Banyak kemurkaan Allah bermula apabila maksiat dilakukan secara terbuka. Malah kini banyak tempat dijadikan pusat maksiat secara terbuka. 

Maksiat secara terbuka perlu dicegah kerana apabila maksiat itu dianggap biasa, kita sebenarnya sedang memanggil azab Allah. Maksiat secara terbuka adalah dosa purba dulu kala yang sudah dimodenkan. 

Lihat saja kisah kehancuran kaum Nabi Luth yang dirakamkan al-Quran: “Adakah patut bagi kamu mendatangi lelaki (homoseksual) dan menyamun di jalan raya dan kamu membuat kemungkaran di tempat pertemuan kamu. Maka tidaklah ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata: Datanglah kepada kami azab Allah itu, jika sungguh engkau dari orang yang benar.” (Surah al-Ankabut, ayat 29) 

Ketika menafsirkan ayat ini, Al-Isfahani dalam kitab al-Mufradat fi Gharib al-Quran menceritakan tempat masyarakat awam berkumpul iaitu tempat kaum Nabi Luth melakukan maksiat secara terbuka dan diketahui umum. 

Rentetan peristiwa maksiat secara terbuka, akhirnya Allah menurunkan bala yang sangat pedih ke atas kaum Nabi Luth. Ini menggambarkan kepada kita, menzahirkan maksiat secara terbuka sama seperti kita mencabar Allah SWT untuk menurunkan azabnya. 

Bagaimana pula orang yang menghadiri tempat maksiat tetapi tidak melakukan perbuatan maksiat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh, Allah sudah menurunkan kepada kamu dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka jangan kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentu kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang munafik dan orang kafir di dalam Jahannam.” (Surah an-Nisa’, ayat 140) 

Berdasarkan nas dan pandangan ulama yang sentiasa menyinari kalam mereka dengan nasihat dan tunjuk ajar, maka lebih baik kita mengubah gaya serta corak menyambut sesuatu perayaan. Jangan sambutan itu dicemari perlakuan yang boleh mengundang kemurkaan Allah. 

Sambutlah tahun baru kali ini dengan menanamkan tekad melakukan transformasi menjadi insan lebih baik serta mencapai keredaan Allah. Marilah wujudkan suasana ceria melalui aktiviti keluarga pada malam tahun supaya anak remaja tidak terleka dengan sambutan di luar kawalan keluarga. 

Allah sukakan suasana yang ceria tetapi hiasilah keceriaan itu dengan amalan serta program yang berpayung kepada matlamat mencari keredaan Allah. 

  Sumber:Artikel ini diubahsuai dengan keadaan semasa....penulis asal adalah imam muda berkenaan maksiat ditahun baharu2012...sama mengambil iktibar...

Read more ...

Tambahan bala???5 mati ketika 'berseronok' dalam Future Music Festival di Bukit Jalil

MasyaAllah, ketika Negara dilanda dukacita kehilangan pesawat MH370 , ketika Negara dalam kesusahan cuaca kering dan kemarau, ketika Negara diuji dengan kebakaran demi kebakaran, ketika Negara ditimpa jerebu dan ketika Negara dimalukan oleh aksi sesat 'raja bomoh', ketika itulah berita yang sangat mengejutkan kita.
Berita lima orang maut kerana mengambil dadah berlebihan ketika Future Music Festival ASIA (FMFA) dianjurkan di Negara kita. Tak jauh, di Bukit Jalil sahaja.

Apa nak jadi dengan kerajaan sedia ada. Kenapa tak halang benda-benda maksiat macam ni. Bersoal jawablah anda di padang Masyar nanti.

Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India.

Detail
Festival Future Music Bukit Jalil - Kematian Akibat Penyalahgunaan Dadah
-----------------------------------------
Pada 13-15 MAC 2014 jam 1800 hingga 0030, Syarikat Live Scape Sdn Bhd menganjurkan Konsert Festival Future Music. Namun begitu, konsert tersebut telah dicemari dengan penyalahgunaan dadah dan minuman alkohol secara berlebihan.

Kronologi Insiden
Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama.

Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 5 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278 dan 1279/2014.

5 mangsa yang mati:-
1. KAMAL ZEKRY bin KAMAL
    BASHA (Meninggal di PPUM)
    No. KPT : 920424-14-5329 (L)
     
2. VICTOR WONG E HERN
    (Meninggal di PPUM)
    No. KPT : 880712-29-5029 (L)

3. SABREENA bte KAMARUDIN
    (Meninggal Dunia di PPUM)
    No. KPT : 931216-14-6582

4. SURESH A/L MOHAN
    (Meninggal Dunia di PPUKM)
    No. KPT : 860616-43-5599 (L)

5. SYAZANA SOHAIME
    (Meninggal Dunia di PPUKM)
    No. KPT : 910124-08-6786 (P)

4 mangsa masih kritikal ialah:-
1. WILOPO AILEEN (Kritikal di
    PPUM Warga  Singapura)

2. LIM SHU WEI (Kritikal di PPUM
    Warga Singapura)

3. NOR FAIZZA bte MOHD WAZIR
    (Kritikal di PPUKM)
    No. KPT : 870620-56-5336)

4. MOHD HAZWAN bin HUSIN
    (Kritikal di PPUKM)
    No. KPT : 951217-01-5427

Sumber:penburuk


Update....


6 maut....

Read more ...
Designed By