Kita digemparkan dengan tragedi yang menyedihkan dimana kita masih bersedih dan mengharap bantuan allah swt untuk menemukan pesawat mh 370.....namun apa yang berlaku kelmarin sesuatu yang tidak patut terjadi di negara kita...kematian yang terhinggap pada anak orang islam dalam keadaan maksiat sangat memilukan...anak muda terkinja kinja pergaulan lelaki dan wanita tiada batasan, pasangan tanpa segan silu melakukan aksi mengghairahkan di khalayak ramai dan minuman keras juga menjadi hidangan. Apakah kita sedang menuju negara yang bebas segala-galanya.
Ingatlah kemungkaran boleh mengundang bala dan pastinya kita tidak mahu perkara itu berlaku. Malangnya, dosa dianggap perkara remeh hingga melakukan perbuatan menyalahi agama menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Seperti iman, maksiat juga mempunyai tingkatannya, ada dilakukan secara tersembunyi, terbuka dan ada maksiat dianggap biasa. Apa juga jenis maksiat, tidak kira yang ringan atau berat, ia akan mengundang kemurkaan Allah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, di mana ia terlalu khuatir akan tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitu juga perlakuan maksiat dan dosa yang dilakukan secara terang-terangan. Ada kalanya Nabi SAW berusaha menutup sehabis mungkin perlakuan maksiat dilakukan secara tersembunyi supaya si pelaku berpeluang bertaubat kepada Allah SWT. Bagaimana pula mereka yang melakukan maksiat secara terbuka?
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka yang ditutup Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini peringatan penting untuk kita kerana apa yang amat ditakuti manusia adalah taubat yang tidak diterima. Betapa ruginya kita jika mengetahui taubat tidak diterima kerana maksiat terbuka yang dilakukan dulu.
Sejarah Islam melakarkan pelbagai peristiwa untuk dijadikan iktibar. Banyak kemurkaan Allah bermula apabila maksiat dilakukan secara terbuka. Malah kini banyak tempat dijadikan pusat maksiat secara terbuka.
Maksiat secara terbuka perlu dicegah kerana apabila maksiat itu dianggap biasa, kita sebenarnya sedang memanggil azab Allah. Maksiat secara terbuka adalah dosa purba dulu kala yang sudah dimodenkan.
Lihat saja kisah kehancuran kaum Nabi Luth yang dirakamkan al-Quran: “Adakah patut bagi kamu mendatangi lelaki (homoseksual) dan menyamun di jalan raya dan kamu membuat kemungkaran di tempat pertemuan kamu. Maka tidaklah ada jawapan kaumnya melainkan mereka berkata: Datanglah kepada kami azab Allah itu, jika sungguh engkau dari orang yang benar.” (Surah al-Ankabut, ayat 29)
Ketika menafsirkan ayat ini, Al-Isfahani dalam kitab al-Mufradat fi Gharib al-Quran menceritakan tempat masyarakat awam berkumpul iaitu tempat kaum Nabi Luth melakukan maksiat secara terbuka dan diketahui umum.
Rentetan peristiwa maksiat secara terbuka, akhirnya Allah menurunkan bala yang sangat pedih ke atas kaum Nabi Luth. Ini menggambarkan kepada kita, menzahirkan maksiat secara terbuka sama seperti kita mencabar Allah SWT untuk menurunkan azabnya.
Bagaimana pula orang yang menghadiri tempat maksiat tetapi tidak melakukan perbuatan maksiat. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sungguh, Allah sudah menurunkan kepada kamu dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan, maka jangan kamu duduk berserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentu kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang munafik dan orang kafir di dalam Jahannam.” (Surah an-Nisa’, ayat 140)
Berdasarkan nas dan pandangan ulama yang sentiasa menyinari kalam mereka dengan nasihat dan tunjuk ajar, maka lebih baik kita mengubah gaya serta corak menyambut sesuatu perayaan. Jangan sambutan itu dicemari perlakuan yang boleh mengundang kemurkaan Allah.
Sambutlah tahun baru kali ini dengan menanamkan tekad melakukan transformasi menjadi insan lebih baik serta mencapai keredaan Allah. Marilah wujudkan suasana ceria melalui aktiviti keluarga pada malam tahun supaya anak remaja tidak terleka dengan sambutan di luar kawalan keluarga.
Allah sukakan suasana yang ceria tetapi hiasilah keceriaan itu dengan amalan serta program yang berpayung kepada matlamat mencari keredaan Allah.
Sumber:Artikel ini diubahsuai dengan keadaan semasa....penulis asal adalah imam muda berkenaan maksiat ditahun baharu2012...sama mengambil iktibar...
No comments:
Post a Comment