Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label GAZA. Show all posts
Showing posts with label GAZA. Show all posts

Wednesday, July 23, 2014

KOMANDER YAHUDI MAMPUS

Seorang komander Israel daripada Bridged Golan, Kolonel Gassan Ulayan terbunuh dalam pertempuran dengan pergerakan Hamas di Gaza.

Gassan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius dalam pertempuran tersebut.

Briged Izzuddin al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas melaporkan, mereka berjaya membunuh seorang komander rejim Zionis Israel berpangkat Kolonel serta sejumlah tentera Israel dalam serangan hendap di timur Gaza.
Namun begitu, bila dan di mana kejadian itu berlaku tidak dinyatakan.

SUMBER
Read more ...

Tuesday, July 22, 2014

BRIGED EZZEDINE AL-QASSAM BUNUH 14 TENTERA YAHUDI LAKNATULLAH




Dua lagi askar Israel berjaya dibunuh pejuang Palestin dalam pertempuran di sekitar dan di Semenanjung Gaza.

Kejayaan itu menjadikan rakyat Israel yang mati dalam keganasan yang dilancarkan sendiri negara mereka meningkat kepada tujuh.

Menurut kenyataan tentera Israel, Bar Rahav, 21, dan Baya Rubel, 20, masing-masing mati dalam serangan antikereta kebal dan dalam pertempuran, awal semalam.


Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberi butir lanjut mengenainya.

Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam yang menjadi sasaran utama keganasan Israel mendakwa, ia berjaya memerangkap tentera dan kereta kebal Zionis dalam satu serang hendap di timur Semenanjung Gaza, membunuh 14 anggota tentera.

Jurucakap tentera Israel bagaimanapun tidak mengulas mengenai kejadian itu.

Juga pada Sabtu, dua tentera Israel termasuk seorang berpangkat Mejar, mati dalam pertempuran dengan pejuang yang menyusup masuk ke Israel menerusi terowong di tengah Gaza.

Al-Qassam berkata, 12 anggotanya berjaya berada ‘di belakang garisan musuh’ selama enam jam sebelum bertempur dengan tentera Yahudi bagi ‘menuntut bela’ kematian syuhada, khususnya kanak-kanak.”


Briged itu juga berkata, ia membunuh enam tentera Israel dan mencederakan beberapa yang lain. Bagaimanapun, tentera Israel berkata, hanya dua anggotanya mati lapor myMetro
Read more ...

Monday, July 21, 2014

KEKEJAMAN ISRAEL BERSIFAT IBLIS

GAZA CITY 20 Julai - Krisis kemanusiaan di Gen­ting Gaza semakin meruncing apabila ribuan penduduk di daerah Shejaiya, timur Gen­ting Gaza yang kebanyakannya berkaki ayam dan memakai baju ti­dur, bertempiaran lari selepas rejim Israel melancarkan sera­ngan bertubi-tubi ke kawasan tersebut hari ini.

Mayat-mayat dapat dilihat bergelimpangan di jalan-jalan raya ketika kereta kebal Israel melancarkan serangan di Shejaiya yang padat dengan penduduk.
Pembunuhan besar-besaran di lokasi tersebut mengakibatkan 87 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan bayi.

Ambulans juga dilaporkan tidak dapat memasuki kawasan perumahan berdekatan sempadan Gaza-Israel tersebut ekoran bertubi-tubi Israel walaupun penduduk merayu meminta bantuan.
Akibatnya, beribu-ribu penduduk yang terdesak, mening­galkan kawasan perumahan mereka dan berjalan kaki hampir lebih dua jam ke Gaza City.

Mereka terpaksa meninggalkan mayat-mayat di jalan-jalan di kawasan perumahan di Nazzaz, Shaaf dan bahagian lain yang terletak antara Gaza City dan sempadan Israel,
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mayat sekurang-kurangnya 40 orang berjaya ditemui, mening­katkan angka ke­matian serangan rejim Zionis itu sepanjang 13 hari serangan ketenteraan kepada lebih 425 orang.

Beliau berkata, angka kematian dijangka meningkat mendadak ekoran beratus-ratus orang dilaporkan cedera.
Di Hospital Shifa di Gaza City, mayat-mayat yang mang­sa yang cedera dibawa dengan kereta dan trak ke hospital.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan mengulangi kutukan yang menyamakan tindakan kejam Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai pemimpin Nazi, Adolf Hitler ekoran serangan tidak berperikemanusiaan ke atas Genting Gaza. - AFP

Read more ...
Designed By