GAZA CITY 20 Julai - Krisis kemanusiaan di Genting Gaza semakin
meruncing apabila ribuan penduduk di daerah Shejaiya, timur Genting
Gaza yang kebanyakannya berkaki ayam dan memakai baju tidur,
bertempiaran lari selepas rejim Israel melancarkan serangan
bertubi-tubi ke kawasan tersebut hari ini.
Mayat-mayat dapat dilihat bergelimpangan di jalan-jalan raya ketika
kereta kebal Israel melancarkan serangan di Shejaiya yang padat dengan
penduduk.
Pembunuhan besar-besaran di lokasi tersebut mengakibatkan 87 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan bayi.
Ambulans juga dilaporkan tidak dapat memasuki kawasan perumahan
berdekatan sempadan Gaza-Israel tersebut ekoran bertubi-tubi Israel
walaupun penduduk merayu meminta bantuan.
Akibatnya, beribu-ribu penduduk yang terdesak, meninggalkan kawasan
perumahan mereka dan berjalan kaki hampir lebih dua jam ke Gaza City.
Mereka terpaksa meninggalkan mayat-mayat di jalan-jalan di kawasan
perumahan di Nazzaz, Shaaf dan bahagian lain yang terletak antara Gaza
City dan sempadan Israel,
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, mayat
sekurang-kurangnya 40 orang berjaya ditemui, meningkatkan angka
kematian serangan rejim Zionis itu sepanjang 13 hari serangan
ketenteraan kepada lebih 425 orang.
Beliau berkata, angka kematian dijangka meningkat mendadak ekoran beratus-ratus orang dilaporkan cedera.
Di Hospital Shifa di Gaza City, mayat-mayat yang mangsa yang cedera dibawa dengan kereta dan trak ke hospital.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan mengulangi
kutukan yang menyamakan tindakan kejam Perdana Menteri Israel, Benjamin
Netanyahu sebagai pemimpin Nazi, Adolf Hitler ekoran serangan tidak
berperikemanusiaan ke atas Genting Gaza. - AFP
No comments:
Post a Comment