Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Showing posts with label SYIRAH. Show all posts
Showing posts with label SYIRAH. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

PERISTIWA HIJRAH RASULULLAH S.A.W

Mari kita sama-sama merintis kembali peristiwa hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berdasarkan tarikh dalam sejarah.
Terdapat beberapa insan selain daripada Abu Bakar dan Ali yang memainkan peranan penting dalam proses hijrah ini. Mereka adalah Abdullah bin Abu Bakar, Asma' binti Abu Bakar, Amir bin Fuhairah dan Abdullah bin Uraiqith.
Abdullah bin Abu Bakar – beliau adalah anak Saidina Abu Bakar yang ditugaskan sebagai intel untuk mencari maklumat dan menyampaikan maklumat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.
Asma’ binti Abu Bakar – beliau juga adalah anak kepada Saidina Abu Bakar. Tugasannya adalah menghantar makanan ke Gua Thur setiap hari.
Amir bin Fuhairah – beliau adalah mantan hamba kepada Abu Bakar. Beliau diberi tugasan supaya membawa kambing-kambing peliharaannya ke padang pasir pada waktu siang bagi menghilangkan jejak kaki Abdullah dan Asma’ dan pada waktu petang membawa kambing ke gua Thur untuk diperah susunya.
Abdullah bin Uraiqith – beliau adalah seorang Musyrik yang mempunyai keahlian dalam menunjuk jalan di padang pasir yang diupah menjadi penunjuk jalan.
Setiap dari kita yang bergelar Muslim harus memberikan sumbangan dalam apa jua bidang yang kita mampu. Inilah semangat hijrah yang perlu ada dalam diri setiap insan bergelar mukmin.
Spread The Message, Share The Reward.
Sumber Sejarah : Raheeq al-Makhtum (Safiur Rahman Mubarakfuri)
Sumber : iProduksi
Read more ...

Friday, April 11, 2014

HAMKA

Tokoh ini adalah seorang ulama, pujangga dan pendakwah terkenal serta  berpengaruh di Asia Tenggara yang lahir dengan Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Bagaimanapun, beliau lebih dikenali dengan nama HAMKA.

Ketika berusia 16 tahun Hamka pergi merantau ke Jawa. Di sana beliau menimba ilmu daripada HOS Tjokroaminoto, Ki Bagus Hadikusumo, RM Soerjopranoto, KH Fakhruddin dan A.R. Sutan Mansur.

Beliau aktif dalam organisasi Muhammadiyah. Pada 1936 beliau berpindah ke Medan. D sini beliau memulakan karier keulamaannya dan menulis banyak novel. HAMKA dikenali kerana berpengetahuan luas.

Selain itu, beliau juga terkenal sebagai ulama yang berandangan sederhana. Pada tahun 1975, semasa Majelis Ulama Indonesia (MUI) ditubuhkan, HAMKA terpilih sebagai presiden.

Ulama besar dan pujangga ini meninggal dunia pada hari Jumaat, 24 Julai 1981.

1908 – Lahir di Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 16 Februari.

1925 – Mendirikan Tabligh Muhammadiyah di Padang Panjang.

1927 – Menunaikan ibadat haji.

1928 – Mulai aktif di Muhammadiyah.

1936 – Menetap di Medan dan memimpin majalah Pedoman Masyarakat.

1950 – Menjadi pegawai negeri di Kementerian Agama dan Pensyarah di beberapa pusat pengajian tinggi Islam.

1955 – Anggota suruhanjaya pada pilihan raya umum yang pertama.

1956 – Menerbitkan majalah Panji Masyarakat.

1960 – Menjadi Imam Masjid Agung al- Azhar, Jakarta.

1964 – Ditahan oleh pemerintah Orde Lama.

1975 – Dipilih sebagai ketua MUI.

1981 – Meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai.

MAHIR DENGAN SENDIRI

HAMKA tidak pernah mendapat pendidikan formal. Beliau belajar agama di sekolah agama Padang Panjang  dan Parabek (dekat Bukit Tinggi) serta daripada keluarganya. Beliau sangat berbakat dalam bidang bahasa. Beliau mampu membaca sastera Arab, termasuk terjemahan daripada tulisan Barat.

Dunia antarabangsa mengakui keahliannya dalam bidang keislaman yang diperolehi beliau dengan belajar sendiri. Beliau memperolehi gelaran Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar, Mesir dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Salah satu karya agung HAMKA ialah Tafsir al-Azhar (30 juz).

Beliau menyiapkan tafsir al-Quran ini ketika dipenjarakan selama beberapa tahun kerana dianggap menentang rejim pemerintahan Orde Lama.

ULAMA SEDERHANA

Pandangan sederhana HAMKA membuatkan beliau diterima oleh semua pihak. Di kalangan orang ramai, Hamka dikenali dengan pidatonya yang menyejukan hati dan mengobarkan semangat serta optimisme. Sebagai tokoh pembaharu, beliau menentang penguasaan adat terhadap ajaran agama, terutama di Minangkabau, seperti pola hubungan kekeluargaan yang bersifat matriarki (berdasarkan kuasa ibu).

ULAMA PUJANGGA

Hamka juga dikenal sebagai pengarang novel. Beliau pernah diberi nama julukan “Kiai Novel” kerana kegiatannya yang dianggap menyalahi tradisi keulamaan itu. Puluhan tahun kemudian barulah julukan itu berubah menjadi “Ulama Pujangga”.

Karyanya yang berbentuk novel antaranya ialah Di Bawah Lindungan Kaabah, Mandi Cahaya di Tanah Suci, Di Lembah Nil, Merantau ke Deli, Tenggelamnya Kapal Van Ver Wijck dan Di Dalam Lembah Kehidupan.

Beliau juga meninggalkan lebih daripada seratus karya dalam pelbagai bidang kajian seperti politik, sejarah, budaya dan ilmu keislaman.

MUHAMMADIYAH

Perkenalannya dengan tokoh-tokoh Muhammadiyah membuatkan HAMKA aktif dalam organisasi ini. Beliau beberapa kali memangku jawatan sebagai pemimpin Muhammadiyah , di antara lain Majelis Konsul Muhammadiyah di Sumatera Tengah (1934), pemimpin Muhammadiyah Sumatera Timur (1942) dan anggota pemimpin pusat Muhammadiyah (1953).

Sejak 1971 beliau dilantik sebagai penasihat pemimpin pusat Muhammadiyah sehingga akhir hayat. Nama Hamka diabadikan sebagai nama pusat pengajian tinggi kepunyaan Muhammadiyah di Jakarta, iaitu Universiti HAMKA.

Susunan RUQAIYAH OTHMAN
www.ummatanwasatan.net

Read more ...

WALI SONGO

Ada sembilan ulama yang sangat berjasa dalam penyebaran Islam di Jawa. Mereka dikenal sebagai “Wali Songo” (Sembilan Wali / Wali Sembilan). Wali Songo mengembangkan agama Islam dari abad ke-14 hingga abad ke-16, menjelang dan setelah runtuhnya kerajaan Majapahit.

Dalam Babad Tanah Jawi dikatakan bahawa bahawa semasa berdakwah, para wali ini dianggap sebagai ketua kumpulan pendakwah untuk menyebarkan Islam di daerah tertentu. Selain dikenal sebagai ulama, mereka juga berpengaruh besar dalam hal ehwal pemerintahan.

Oleh sebab itu mereka digelar “Sunan “ (susuhan; junjungan), iaitu gelaran yang biasa digunakan untuk raja di Jawa. Bukti kebesaran Wali Songo dapat dilihat daripada peninggalan mereka.

Wali Songo menyampaikan dakwah Islam melalui cerita wayang atau kesenian lain, sehingga penduduk setempat berasa akrab dan tidak asing dengan ajaran baru yang disampaikan.

PENDEKATAN BUDAYA

Ketika menyebarkan Islam, Wali Songo menggunakan pelbagai bentuk kesenian tradisional masyarakat setempat dengan menyisipkan nilai Islam ke dalam kesenian tersebut. Oleh sebab itu, usaha mereka tidak dirasakan asing oleh masyarakat dan sangat komunikatif.

Usaha ini membuahkan hasil, bukan sahaja mengembangkan agama Islam tetapi juga memperkayakan budaya Jawa. Masyarakat Jawa sangat menggemari kesenian tradisional mereka seperti wayang kulit. Oleh sebab itu, Wali Songo menggunakan kesenian ini sebagai saluran dakwah.

BABAD TANAH JAWI

Buku ini memuatkan cerita tentang kebudayaan Jawa yang merupakan campuran antara sejarah, mitos dan kepercayaan. Di dalamnya terdapat kisah Wali Songo. Dalam babad ini diceritakan bahawa sekumpulan Wali seperti Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga, Sunan Gunung Jati dan Sunan Kudus sering mengadakan pertemuan di Demak.

Dalam babad ini pula dijelaskan peranan masing-masing dalam menyebarkan agama Islam di Jawa.Mereka berdakwah di daerah yang penduduknya belum memeluk Islam.

RADEN FATAH

Dalam menyebarkan Islam, Wali Songo tidak hanya akrab dengan masyarakat umum tetapi juga dengan pemerintah. Sultan Ampel memainkan peranan semasa merancang kerajaan Islam pertama di Jawa, iaitu kesultanan Demak.

Para wali melantik Raden Fatah (putera Kertabumi Brawijaya ke- 5, raja terakhir Majapahit sebagai sultan pertama Kesultanan Demak. Raden Fatah mendapat pendidikan Islam daripada Sunan Bonang. Sementara dalam menjalankan pemerintahannya, Raden Fatah meminta nasihat Sunan Kalijaga.

Di Daerah Cirebon, Sunan Gunung Jati sangat berjasa dalam mendirikan Kesultanan Cirebon dan Kesultanan Banten. Masjid Demak, masjid tertua di Jawa, dibina oleh Wali Songo dan Raden Fatah, pemerintah Kesultanan Demak pada masa itu.

JAWA

Wali Songo memainkan peranan utama untuk menyebarkan Islam di Jawa, terutama di sepanjang pesisir utara Jawa, mulai dari Gersik di Jawa Timur hingga Cirebon dan Banten di Jawa Barat. Meskipun demikian, wilayah pergunungan juga turut dijelajahi oleh wali itu.

Hal ini terbukti daripada apa yang dilakukan oleh Sunan Muria. Beliau dikenal sebagai wali yang selalu berdakwah ke pelosok desa dan wilayah pergunungan di sekitar Gunung Muria, Jawa Tengah. Makamnya pun terletak di daerah pergunungan tersebut.

SUNAN AMPEL

Sunan Ampel dikenal sebagai wali yang tidak bersetuju dengan adat istiadat masyarakat Jawa pada masa itu seperti kebiasaan mengadakan jamuan dan kenduri doa selamat. Namun wali lain berpendapat bahawa hal itu tidak dapat dihapuskan dengan segera. Bahkan mereka mengusulkan agar adat istiadat seperti itu diberikan warna Islam.

Akhirnya Sunan Ampel menyetujui usul ini, walaupun tetap bimbang bahawa hal ini akan berkembang menjadi bidaah.

AMPEL DENTA

Sunan Ampel memulakan dakwahnya dari sebuah pondok pengajian yang dibina di Ampel Denta (berdekatan Surabaya). Oleh sebab itu, beliau dikenal sebagai pembina pondok pengajian pertama di Jawa Timur. Sunan Giri, Raden Fatah, Sunan Bonang dan Sunan Drajat ialah murid Sunan Ampel.

Di pondok pengajiannya, Sunan Ampel menerima pemuda yang datang dari pelbagai tempat Nusantara untuk mempelajari agama Islam dan menjadi muridnya.

SUNAN BONANG

Sunan Bonang menyebarkan agama Islam dengan menyesuaikan diri dengan corak kebudayaan masyarakat Jawa yang mengemari wayang dan muzik gamelan. Untuk itu, beliau mencipta lagu gamelan yang mengandungi nilai keislaman. Setiap bait lagu diselangi dengan ucapan dua kalimah syahadat (syahadatain) sehingga muzik gamelan yang mengiringinya kini dikenal sebagai sekaten.

TUBAN

Sunan Bonang pernah mempelajari Islam di Pasai, Aceh. Sekembalinya dari Pasai, beliau memusatkan kegiatan dakwahnya di Tuban dengan mendirikan pondok pengajian agama.

Para pelajarnya datang dari segenap penjuru Nusantara. Sunan Bonang yang dilahirkan di Ampel Denta, Surabaya, meninggal dunia di Tuban pada 1525.

SYEIKH MAGHRIBI

Selain dikenal dengan nama Maulana Malik Ibrahim, Sunan Gresik juga dikenal dengan nama Maulana Maghribi (Syeikh Maghribi) kerana beliau dikatakan berasal dari wilayah Maghribi (Afrika Utara). Namun hingga kini tidak diketahui secara pasti sejarah tentang tempat dan tahun kelahirannya.

Beliau dikatakan lahir sekitar pertengahan abad ke-14. Beliau berasal dari keluarga Islam yang taat beragama, dan beliau mempelajari agama Islam sejak kecil, namun tidak diketahui siapa gurunya, hingga beliau kemudiannya menjadi seorang ulama.

SUNAN GERSIK

Sunan Gersik diyakini sebagai pelopor penyebaran agama Islam di Jawa.Beliau berdakwah secara intensif dan bijaksana. Sunan Gresik bukan orang Jawa, namun beliau mampu memahami keadaan masyarakat yang dihadapinya dan menerapkan kaedah dakwah yang tepat untuk menarik perhatian masyarakat kepada Islam.

Usaha menghilangkan sistem kasta dalam masyarakat pada masa itu menjadi objek dakwah Sunan Gresik. Cita-cita dan perjuangannya menyebarkan Islam di Jawa kemudian diteruskan oleh anaknya, Sunan Ampel.

SUNAN  GIRI

Sunan Giri ialah putera Maulana Ishak. Nama asalnya Radin Paku. Beliau ditugaskan oleh Sunan Ampel untuk menyebarkan agama Islam di Blambangan. Sunan Giri pernah belajar di Pesantren Ampel Denta.  Setelah dewasa, dalam perjalanan menunaikan haji bersama-sama Sunan Bonang, beliau singgah di Pasai untuk mendalami ilmu agama.

Sekembalinya ke Jawa, Sunan Giri membina pondok pengajian agama di daerah Giri. Beliau banyak menghantar pendakwah ke Bawean (Madura), bahkan juga ke Lombok, Ternate dan Tidore di Maluku. Makam Sunan Giri atau Raden Paku terletak di Bukit Giri, dekat Gresik, Jawa Timur.

SYARIF HIDAYATULLAH

Nama asal Sunan Gunung Jati ialah Syarif Hidayatullah.Beliau merupakan cucu raja Pajajaran yang lahir di Mekah. Setelah dewasa, beliau memilih untuk berdakwah di Jawa. Di Jawa, beliau bertemu bapa saudaranya, Raden Walangsungsang (Pangeran Cakrabuana). Setelah bapa saudaranya meninggal dunia, beliau menggantikan bapa saudaranya dan Berjaya menjadikan Cirebon sebagai kerajaan Islam pertama di Jawa Barat.

Beliau juga merupakan pengasas Kesultanan Banten yang bermula dengan puteranya, Sultan Maulana Hasanuddin. Atas  inisiatif Sunan Gunung Jati, Sunda Kelapa diserang diserang pada 1527 di bawah pimpinan Fatahillah, panglima perang Kesultanan Demak yang juga menantu Sunan Gunung Jati.

SUNAN MURIA

Sunan Muria ialah salah seorang Wali Songo yang sangat berjasa dalam penyebaran Islam di kawasan desa. Putera Sunan Kalijaga ini suka menyendiri dan tinggal di desa bersama-sama rakyat biasa. Dalam menyebarkan Islam, Sunan Muria selalu menjadikan desa terpencil sebagai tempat dakwahnya.

SINOM DAN KINANTI

Seperti para Wali Songo yang lain, Sunan Muria juga menggunakan kesenian sebagai cara berdakwah. Dua puisi yang diciptanya dan sangat terkenal ialah puisi Sinom dan Kinanti. Puisi Sinom umumnya menggambarkan suasana ramah-tamah dan mengandungi nasihat. Puisi Kinanti pula bernada gembira dan digunakan untuk menyampaikan ajaran agama, nasihat dan falsafah hidup.

SUNAN DRAJAT

Sunan Drajat dikenal sebagai seorang wali yang berjiwa sosial tinggi. Beliau banyak memberikan pertolongan kepada yatim piatu, fakir miskin, orang sakit dan orang susah. Perhatiannya yang besar terhadap masalah sosial sangat tepat pada masa itu kerana beliau hidup pada masa keruntuhan Kerajaan Majapahit (sekitar 1478).

Rakyat pada ketika itu dalam keadaan kacau-bilau dan menyedihkan.  Sunan Drajat juga menggunakan media kesenian semasa berdakwah. Untuk itu, beliau mencipta puisi Jawa yang hingga kini masih digemari, iaitu puisi Pangkur.

SUNAN KUDUS

Sunan Kudus atau Jaafar Sadiq digelar wali al-‘ilmi (orang berilmu luas) oleh para Wali Songo kerana mempunyai keahlian khusus dalam bidang agama. Oleh sebab keahliannya itu, beliau banyak dikunjungi oleh para penuntut dari pelbagai wilayah. Beliau juga diamanahkan untuk mengendalikan pemerintahan di daerah Kudus. Beliau menjadi pemimpin agama dan juga pemimpin pemerintah di wilayah itu.

MASJID MENARA KUDUS

Sebagai permulaan untuk menyebarkan Islam, Sunan Kudus membina sebuah masjid di daerah Loran pada 1549. Masjid itu diberi nama Masjid al- Aqsa atau al-Manar. Wilayah sekitarnya disebut Kudus, nama yang diambil daripada nama kota al-Quds (Baitulmaqdis di Palestin) yang pernah dikunjunginya.

Masjid itu kemudian dikenal dengan nama Masjid Menara Kudus kerana di sebelahnya terdapat menara tempat beduk masjid. Masjid yang dibina oleh Sunan Kudus ini juga merupakan salah satu masjid tertua di Indonesia.

SUNAN KALIJAGA

Sunan Kalijaga  berasal daripada suku Jawa asli. Beliau berdakwah dengan cara berkelana. Dengan wawasan yang luas dan pemikiran yang tajam, Sunan Kalijaga tidak hanya disukai oleh rakyat, tetapi juga oleh cendekiawan dan pemerintah. Raden Fatah dari Kesultanan Demak sering kali meminta nasihatnya.

DANDANGGULA

Sunan Kalijaga juga dikenal sebagai budayawan dan seniman (seni suara, ukir dan busana). Beliau mencipta aneka cerita wayang yang berunsur Islam, Sunan Kalijaga memperkenalkan sejenis wayang  yang diperbuat daripada kulit kambing (wayang kulit), kerana pada masa itu wayang selalunya dilukis pada seperti kertas lebar (wayang beber). Dalam seni suara, beliau ialah pencipta lagu Dandanggula. Sebahagian dari lirik lagu Dandanggula ciptaan Sunan Kalijaga ialah tentang rukun iman.

Susunan RAIHANAH SUHAIMI
www.ummatanwasatan.net

Read more ...

Friday, April 4, 2014

KERANA TERPEGUN DIA MEMELUK ISLAM

Dalam Perang Yarmuk, tentera islam seramai 40,000 orang mampu mengalahkan tentera musuh sebanyak 6 kali ganda iaitu seramai 240,000 dimana seramai 50,000 tentera musuh maut manakala hanya 3000 orang sahaja dari tentera islam yang mati syahid.
Sebelum perang bermula, tampil seorang pahlawan dari tentera Rom yang bernama Gergorius mencabar Khalid Ibn Al-Walid yang digelar Pedang Allah berlawan satu lawan satu dengannya. Cabaran itu disahut oleh Khalid Ibn Al-Walid tanpa gentar. Dan ketika mereka berhenti rehat seketika setelah keletihan maka terjadilah dialog soal jawab antara mereka berdua:
Gergorius : Aku mahu bertanya sesuatu kepada kamu....!
Khalid Ibn Al-Walid : Silakan...
Gergorius : Benarkah kamu ini mendapat gelaran Pedang Allah...?
Khalid Ibn Al-Walid : Ya... benar..!
Gergorius : Benarkah Tuhan kamu turun dari langit dengan membawa sebilah pedang lalu diserahkan kepada kamu...?
Khalid Ibn Al-Walid : Itu tidak benar...!
Gergorius : Jika begitu mengapa kamu digelar Pedang Allah...?
Khalid Ibn Al-Walid : Tuhanku mengutus seorang Nabi dikalangan kami. Pada mulanya, aku juga menentang kenabian Muhammad, tetapi kemudian aku mendapat petunjuk daripada Tuhanku lalu aku ini menjadi penyokong setia beliau. Pada suatu hari, Nabi Muhammad berkata kepada ku bahawa aku ini adalah sebilah pedang daripada pedang-pedang Allah yang terhunus kepada kaum kafir musyrik.
Baginda berdoa kepada Tuhanku supaya aku menang dalam peperangan menegakkan agamanya. Kemudian aku diberi gelaran Pedang Allah. Sejak itu aku bersikap keras terhadap mereka-mereka yang menentang Islam.
Gergorius : Apa yang engkau seru kepada manusia semasa menjalankan tugasmu...?
Khalid Ibn Al-Walid : Aku menyeru supaya mereka mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Gergorius: Sekiranya hari ini ada orang menerima seruan engkau dan memilih tawaran menerima agama islam, apakah taraf kedudukan orang itu dikalangan kalian...?
Khalid Ibn Al-Walid : Kedudukannya setaraf dengan kami tanpa mengira sama ada orang itu mulia, hina, miskin atau kaya...
Gergorius : Apakah orang yang baru memeluk agama engkau pada hari ini mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan engkau...?
Khalid Ibn Al-Walid : Mereka itu lebih mulia daripada kami...
Gergorius : Mengapa engkau berkata begitu...?
Khalid Ibn Al-Walid : Kami hidup pada zaman Nabi dan dapat melihat mukjizat baginda. Kami juga menyaksikan sendiri keajaibannya. Ada pun orang yang tidak pernah bertemu dengan Nabi Muhammad dan belum pernah menyaksikan mukjizat keajaiban baginda, namun mereka tetap menerima agama islam dengan jujur dan ikhlas, maka mereka itu lebih mulia dari kami ini...
Gergorius : Demi Tuhan...! aku menyahut seruan engkau Khalid Ibn Al-Walid...! Aku mengaku tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah...!
Khalid Ibn Al-Walid terkejut bercampur gembira. Muka mereka berseri-seri bercahaya. Mereka terus bersalam berpeluk-pelukan. Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata di medan pertempuran dan kedua-dua belah pasukan tentera tercengang saling berpandangan diantara mereka. Maha Suci Allah yang memilih siapa sahaja dari hambanya untuk menerima cahaya hidayah.
Alhamdulilah... Allahu Akbar...!
Sumber : Page FB green.project
Read more ...

PADA ZAMAN APA KITA BERADA?

Sesungguhnya Allah mengatur alam ini dengan suatu pengaturan yang rapi dan tersusun. Penciptaan alam ini ada mulanya dan ada akhirnya dengan cara dan masa yang telah ditentukan-Nya.
Kita sebagai makhluk hendaknya menyEdari tentang hakikat ini, dengan merenung hikmah dan pengajaran disebaliknya agar dapat bertindak tepat sesuai dengan kehendak Allah.
Oleh kerana itu senantiasa ada peringatan dari Rasulullah SAW untuk umatnya agar menyadari di zaman apa dia berada dan bagaimana dia harus bertindak demi menyelamatkan Iman dan Islamnya.
Rasulullah SAW bersabda :
"Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki,
kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian.
Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya.
Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki.
Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki.
Kemudian berlaku pula zaman khalifahyang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian"
[H.R. Imam Ahmad, Bazzar dan Attabrani dari Abu Huzaifah Al-Yamani]
Hadits diatas jelas menunjukkan bahwa Umat Rasulullah SAW akan menempuh 4 zaman secara bergilir-gilir sebelum dunia kiamat yakni :
Zaman Kenabian (Nubuwwah) dan rahmat
Zaman Khulafaurrasyidin dan rahmat
Zaman fitnah (kerusakan) dan kegelapan
Zaman Khalifah atau Ummah kedua yang berjalan diatas cara hidup zaaman kenabian yakni zaman pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa.
1. Zaman Nubuwwah (Kenabian) dan Zaman Khulafaurrasyidin atau lebih dikenal dengan Zmaan Ummah Pertama
Iman umat Islam ketika itu sangat kukuh. Menyebut nama Allah saja mampu menggetarkan hati mereka. Cinta dan takutnya kepada Allah tergambar pada setiap perkataan dan perbuatan mereka.
Secara umum ciri-ciri zaman ummah pertama ini dapat diketahui
sebagai berikut :
Ibadah mereka sangat banyak. Sholat, puasa, zikir dan wirid susah ditandingi banyak dan khusyuknya.
Ukhuwah dan kasih sayang sangat padu, setiap orang mencintai saudaranya seperti mencintai saudara sendiri.
Jihad dan mati syahid menjadi idaman dan cita-cita. Mereka akan sangat merasa dukacita jika tidak diizinkan untuk pergi ke medan jihad.
Akhlak menjadi perhiasan diri, mereka mampu berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada mereka.
Masyarakat dan negara Islam dapat dibangun sehingga layak digelar sebagai negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.
Tamaddun dan pembangunan rohani mencapai zaman puncaknya.
Islam berhasil menaklukkan dua imperium besar dunia yang sedang berkuasa saat itu (kerajaan Romawi dan Persia) untuk kemudian memayungi ¾ dunia.
2. Zaman Fitnah atau Zaman Kerosakan
Zaman ini merupakan zaman kerusakan dan kegelapan. Pada zaman ini umat Islam jatuh kedalam jurang kehinaan yang berkepanjangan, yang merupakan akibat dari kelalaian dan angkara murka yang terjadi di dunia Islam, sehingga Allah biarkan
merka.
Hal ini sesuai dengan janji Allah bahwa Allah hanya akan menjadi pembelakepada orang-orang bertaqwa.
Ciri-ciri zaman fitnah ini adalah :
Negara Islam satu persatu mulai jatuh dan dijajah oleh orang kafir.
Akidah umat Islam pada saat itu sangat rapuh, ada diantaranya Islam di waktu pagi dan kafir di waktu petang
Ibadah sangat lemah, shalat, puasa dan membaca Al-Qur'an tidak lagi diamalkan secara bersungguh-sungguh atau bahkan diamalkan sama sekali.
Ukhuwah sesama Islam sangat lemah sehingga terjadi peperangan dan pembunuhan sesama umat Islam.
Orang kaya sangat bakhil dan pelit, manakala orang miskin tidak sabar dan hasad dengki.
Penyakit cinta dunia dan takut mati sangat tebal dan mewabah dalam hati umat Islam.
Kriminalitas dan kemunkaran yang terjadi dalam masyarakat Islam hampir tidak ada bedanya dengan apa yang terjadi di kalangan masyarakat yang bukan Islam.
Akhlak umat Islam sangat lemah dengan berleluasanya hasad dengki, umpat mengumpat, tuduh menuduh, caci-mencaci dan saling mengkafirkan sesama umat Islam.
Wanita-wanita Islam telah dicabut rasa malunya dengan bertingkah laku tidak senonoh, menampakkan aurat di depan umum, menari dan menyanyi tanpa menjaga maruah diri.
Umat Islam terhina di seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, pengobatan, pertanian, dan lain-lain, sehingga umat Islam terpaksa bergantungpada sistem kufur dan isme buatan manusia.
Sedikit demi sedikit cara hidup umat Islam telah mengikuti cara hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani.
Terjadi gejala-gejala buruk dan keji di tengah-tengah masyarakat Islam seperti narkoba( dadah) , homoseks, lesbian, dan lain-lain
Namun kemunkaran yang sedang terjadi di zaman fitnah ini tidak melemahkan keyakinan dan semangat perjuangan segolongan manusoa yang tetap pendiriannya.
Mereka bukan saja mampu mempertahankan identitas Islam di kalangan mereka, bahkan mereka gigih berjuang untuk memperbaiki masyarakat.
Inilah golongan-golongan yang lemah tetapi mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat dan kukuh serta perjuangan yang padu.
Rasulullah SAW bersabda :
"Senantiasa ada di kalangan umatku satu thoifah yang akan menzahirkan kebenaran dan tidak dapat dibinasakan oleh orang-orang yang tidak suka disisi mereka sampailahhari kiamat"
Namun untuk menghidupkan suasana Islam di tengah-tengah kerusakan dan kegelapan zaman zaman fitnah ini bukanlah suatu kerja yang mudah.
Thoifah-thoifah islamiyah ini senantiasa diuji dan ditentang dengan berbagai macam fitnah dan ancaman.
Tepat sekali sabda Rasulullah yang mengatakan bahwa Islam akan kembali asing.
Namun walaupun begitu, Islam akan kembali kuat dan memusnahkan segala bentuk kekkufuran sebagaimana Rasulullah dulu berhasil melakukannya yaitu dengan jalan berdakwah dan mendidik hati manusia.
Inilah langkah-langkah awal menuju zaman Imam Mahdi dan Nabi Isa yang merupakan peringkat zaman keempat atau yang terakhir yang akan dialami umat Islam sebelum hari kiamat, setelah sekian lama umat Islam mengalami zaman fitnah.
3. Zaman Khalifah atau Zaman Ummah Kedua yakni Pemerintahan Imam Mahdi dan Nabi Isa
Di zaman ini Islam akan kembali lagi ke zaman kegemilangan dan keemasannya seperti di zaman Rasulullah dan Khulafaurrasyidin. Islam dapat menguasai dunia dan kembali menjadi penguasa sejagat.
Rasulullah SAW bersabda :
"Sebelum hari kiamat datang pastilah Islam itu bangun kembali walaupun antara mulanya Islam bangun dan mulanya kiamat hanya sekedar masa memerah susu.
Zaman ini berlaku selama 40 tahun dan barulah dunia ini akan dibinasakan (kiamat) oleh Allah"
Kebangkitan Islam zaman ini akan sampai kepada puncaknya apabila berpadunya ketinggian kerohanian umat Islam dengan kecanggihan teknologi di bawah dua pemimpin besar umat Islam yaitu Imam Mahdi dan Nabi Isa.
Ciri-ciri zaman ini :
Islam dapat mencapai keagungannya kembali seperti yang telah dicapai oleh Rasulullah SAW 14 abad yang lalu.
Dunia seluruhnya akan kembali aman dan damai, keadilan akan kembali ditengakkan setelah sekian lama dipenuhi dengan huru-hara dan kezaliman.
Hati orang-orang miskin dan kaya dipenuhi dengan sifat redha dan kanaah sehingga tidak seorangpun yang mau menerima sedekah.
Harta-harta yaang melimpah ruah akan dibagi-bagikan dengan adil dan merata.
Umat Islam hidup dengan penuh kasih sayang dan cinta-mencintai satu sama lain.
Aqidah, ibadah dan seluruh aspek kehidupan masyarakat Islam berjalan sepenuhnya di atas landasan syari'at Nabi Muhammad SAW.
Segala fitnah dan maksiat, riba, zina minuman keras dan lain-lain kekufuran berhasil diperangi dan dimusnahkan.
Read more ...

Sunday, March 30, 2014

THE TERROR TUNNEL - TEROWONG KEMENANGAN

Pihak Israel digemparkan dengan penemuan sebuah terowong bawah tanah buatan tangan yang melintas dari sempadan khan younis sehingga ke kawasan petempatan haram Israel. Terowong tersebut dijumpai berdekatan salah sebuah tadika mereka. Berita tersebut adalah sangat menggemparkan dan mendapat liputan luas media Israel dan antarabangsa termasuk Al-Jazeera. Penemuan terowong ini menyebabkan ketakutan kepada penduduk Israel kerana ia menunjukkan "muqawamah" / pertahanan Palestin mampu mencapai tahap yang tinggi untuk melawan rejim Zionis.

Pada mulanya Israel menganggarkan kepanjangan terowong dari 2-3 km, mashaAllah sangat panjang. Dan terowong buatan tangan manusia ini menggunakan lebih 500 tan bahan binaan, yang terdiri dari semen dan besi. Maka pihak Israel bertekad untuk menyekat laluan bahan-bahan binaan untuk masuk ke Ghazzah sekali lagi. Dalam berita seterusnya pihak Israel terpaksa mengakui bahawa terowong ini telah dibina oleh seseorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan mahir seni pembinaan.

Bagi penduduk Palestin sendiri, penemuan terowong ini adalah satu yang membanggakan kerana ia adalah salah satu ukuran kekuatan yang dimiliki oleh barisan muqawamah mereka. Meski ditekan kesempitan kepungan, Ghazzah masih mampu menghasilkan binaan yang luar biasa yang menanam ketakutan dan kegerunan pada pihak musuh sehingga mereka menggelarnya "the terror tunnel".. Terowong ini juga meningkatkan lagi kepercayaan dan kethiqahan Palestin terhadap hero-hero (mujahidin) mereka dan mereka yakin kemenangan semakin dekat.

Israel membuat tuduhan bahawa terowong ini adalah hasil perancangan Kataib Al-Qassam, dan orang yang dikehendaki oleh mereka adalah, Raid Atthour, general Liwa' (sayap) Rafah dalam Kataib Al-Qassam. Respon dari jurucakap Qassam, Abu Ubaidah, bahawa keazaman yang dimiliki oleh pemuda-pemuda muqawamah adalah jauh lebih besar daripada kerisauan mereka terhadap pendedahan sebuah terowong bawah tanah dan mereka mampu membuat ribuan lagi terowong yang sama untuk melawan Zionis.

* Ini kemungkinan besar juga boleh muslihat israel untuk menyekat bahan binaan ke palestin dan ini juga sebagai alasan untuk yahudi menangkap dan membunuh mujahidin..... allahuakhbar yahudi penuh dengan tipu daya.. Wallahualam

Sumber: Gazanow [NAA] / Aqsa Syarif

Read more ...

KONFLIK SYRIA PENTANDA AKHIR ZAMAN

Nazmi menunjukkan hadis Rasulullah yang menceritakan tentang keistimewaan negara Syam.

KEMATIAN rakyat Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu ditawan Israel.

Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar, Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan dakwaan penggunaan senjata kimia.

Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto, AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi Karim.

Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?

Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan besar yang  apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik, sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau betullah ia berlaku,  maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara (Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria. Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara Syria dan Syam.

Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?

Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian, Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.

Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?

Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.

Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.

Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair macam batu garam yang disirami air.

Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?

Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a. Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’. Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi. Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.

Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”. Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.

Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan, maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar al-Assad.

Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal. Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?

Nabi bersabda,  “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim. Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi semasa hendak perang dan sembahyang.

Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran, tidak di Israel atau  Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti, tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.

Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini saudara kita,  rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”.  Di Syria yang mendapat sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000 rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.

Bashar; Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dikatakan berasal daripada keturunan Yahudi Isfahan yang dikaitkan sebagai tempat asal pengikut Dajjal. Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga berasal dari tempat itu. Bagaimana Ustaz melihat perkara ini?
 
Saya kurang pasti, tetapi datuk nenek Bashar memang dari Iran. Jadi hubungannya memang kuat. Satu lagi, di Syria, Bashar berfahaman Syiah Alawi atau Nusairi. Bercerita pasal Syiah, Syiah Alawi atau Nusairi sudah terkeluar daripada Syiah Imamiah yang diamalkan di Iran.

Jadi Syiah yang dipegang oleh Bashar ini, tidak diterima oleh Syiah pun, tetapi kenapa mereka yang menyokong Bashar pada masa ini? Mereka (Iran) kata benci dan tiada kena mengena dengan Syiah Alawi atau Nusairi, tetapi mereka tetap sokong Bashar bunuh rakyat Syria.
Ini bermakna, mereka sebenarnya bersatu menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pembebasan Masjidil al-Aqsa di Palestin akan bermula daripada pembebasan Masjid Umawi di Damsyik. Benarkah begitu?

Yang saya dengar daripada ulama Palestin, Syeikh Raed Solah bahawa pembebasan Masjid al-Aqsa pada zaman Sultan Salahuddin al-Ayyubi adalah bersama tentera yang datang dari Syam iaitu Syria.

Insya-ALLAH dikatakan tentera juga dari tempat yang sama akan datang untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Cuma, kali ini bawah pimpinan Imam Mahdi.

Kubur Salahuddin di Syria, betul-betul di tepi Masjid Umawi. Puak Syiah paling benci dengan Salahuddin, antara sebabnya Salahuddin yang menjatuhkan kerajaan Syiah di Mesir, iaitu kerajaan Fatimiyyah.

Ada dakwaan mengatakan, sekiranya Amerika menyerang Syria, maka akan jadi Perang Dunia Ketiga. Apa pandangan ustaz?

Wallahua’lam. Saya rasa memang sudah dekat-dekat, tetapi saya tiada pengalaman dalam sejarah bab perang.

Namun, tidak mustahillah (akan berlaku Perang Dunia Ketiga) kerana melihat contoh apabila Amerika kata hendak serang Syria, sekutu Syria, Russia kata; “Kalau engkau nak serang Syria, aku serang Arab Saudi”.

Arab Saudi pula sekutu Amerika. Sekutu Syria, iaitu Iraq, Iran, Russia dan semua sekutu dengan Russia ialah geng komunis, manakala Eropah dan Amerika pula sekutu dengan Arab Saudi. Jadi bila berlaku peperangan nanti, Wallahua’lam...tak mustahil berlaku.

Apa istimewanya Syria sebagai sebuah negara Syam?

Nabi pernah sebut dalam hadis; “Ya ALLAH, berkatkan pada Syam kami. Ya ALLAH, berkatkan kepada Syam kami. Ya ALLAH, berkatilah negeri Yaman kami”.

Dalam hadis lain; Nabi Muhammad SAW bersabda; “Beruntunglah bagi penduduk Syam. Beruntunglah Syam. Beruntunglah Syam kerana Malaikat ar-Rahman yang sentiasa menghamparkan sayapnya ke atas ahli Syam.” (Riwayat Ahmad).

Nabi sebut lagi; “Sesungguhnya kota (perlindungan) kaum Muslimin ketika berlakunya al-malhamah (perang besar) ialah di suatu lembah subur di sudut kota yang dipanggil Dimasq (Damsyik).

Dan ia adalah sebaik-baik kota di negara Syam”. (Riwayat Abu Daud).

Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda.

Dari Abdullah bin Hawalah, dari Nabi SAW, baginda bersabda; Pada malam aku diisra’kan, aku melihat tiang-tiang putih seperti permata yang dibawa oleh para malaikat. Aku bertanya: “Apa yang kalian bawa?” Mereka menjawab: “Tiang-tiang al-Kitab.

Tugas kami untuk meletakkannya di Syam.” Dan ketika aku tidur, aku (bermimpi) melihat tiang-tiang al-Kitab muncul dari bawah. Kemudian aku mengira bahwasanya ALLAH yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi menjelma bagi penduduk bumi. Maka penglihatanku mengikutinya.

Ketika itu Dia adalah cahaya yang menerangi hadapanku hingga sampai ke Syam.” Kemudian Ibnu Hawalah berkata: “Wahai Rasulullah, wasiatilah aku!” Baginda bersabda: “Tinggallah di Syam.” (Riwayat at-Tabrani).

Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.

Apa yang berlaku di Syria, ada kaitan dengan tanda-tanda akhir zaman. Apa nasihat Ustaz?

Nasihat saya, jangan kata yang lawan Bashar ini adalah pemberontak, tetapi mereka adalah rakyat yang hendak mempertahankan hak dan akidah mereka.

Banyak media kata rakyat Syria pemberontak. Kita wajib mempertahankan Syria. Isu Syria adalah isu umat Islam sedunia. Kadang kala, kita hanya mengambil berat isu Mesir tetapi kita ketepikan penyembelihan yang setiap hari berlaku di Syria.

Pesanan Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Damsyik tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan. Bantulah mereka dengan dgn apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.

Sumber : www.sinarharian.com.my
Suatu Perjalanan Maya at 7:54 PM

Read more ...

PELAYARANYA MENCARI KESEMPURNAAN HIDUP

Laksamana Cheng Ho

Laksamana Cheng Ho berjaya menakluki dunia melalui tujuh ekspedisi pelayaran ke Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Barat dari benua Asia hingga ke Afrika. Dalam ekspedisi itu, beliau berlabuh di 30 negara.

Kejayaan tokoh Islam ini membuktikan negara China mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang teknologi pembinaan kapal dan pelayaran. Pelayar kurun ke-15 Dinasti Ming ini dijadikan sida-sida putera Zhu Di pada umur 13 tahun. Beliau adalah sida-sida pertama memegang jawatan laksamana di China.

Cheng Ho turut melakar sejarah peradaban China apabila menjadi pegawai tertinggi tentera pertama beragama Islam.

Sejarah mencatatkan, beliau adalah pemimpin unggul mengetuai armada lebih 100 kapal bersama 27,000 orang ke lautan Barat mendahului Vasco da Gama dan Christopher Colombus menemui laluan ke Laut Timur. Kisah Cheng Ho adalah perjuangan mencari kesempurnaan hidup menerusi Islam. Perjuangan menyempurnakan kecacatan hidupnya yang dikasi dan dipaksa menghambakan diri kepada maharaja.

Beliau tidak berpeluang mengembangkan zuriatnya. Namun Cheng Ho, tidak berputus asa dengan suratan hidupnya kerana berpegang kuat kepada ajaran Islam. Cita-citanya tinggi untuk menunaikan ibadah haji sebagai penyempurnaan kehidupan beragamanya. Bagi mencapai matlamat itu, beliau perlu membuktikan kesetiaannya kepada Maharaja.

Cheng Ho adalah contoh Muslim sejati dan lambang keamanan sejagat. Ekspedisi Cheng Ho membadai samudera lebih awal daripada pelayar terkenal Eropah. Beliau mendahului Columbus selama 87 tahun, Vasco da Gama (93 tahun) dan Maggellan (116 tahun).

Laksamana Cheng Ho dan armadanya telah sampai ke Afrika kerana kekuatan tentera China pada masa itu. Maharaja China itu juga bijak memilih laksamana yang bakal memikul amanahnya kerana misi Cheng Ho berbeza dengan matlamat pelayar Eropah.

Contohnya, pelayaran Columbus ke Amerika untuk mencari emas, tanah jajahan, membunuh ramai Red Indian dan menjual hamba ke Sepanyol. Maggellan pula mengelilingi dunia dengan menganggap dirinya sebagai penjajah. Akhirnya, dia mati dalam peperangan dan sewaktu pulang hanya tinggal satu kapal dengan 18 orang.

Keadaan itu sangat berbeza dengan Cheng Ho. Armadanya paling kuat di dunia, tetapi tidak pernah menjajah satu negara pun. Laksamana Cheng Ho memartabatkan maruah China di pentas dunia.

Dalam tujuh ekspedisinya, tiga dilakukan pada musim sejuk iaitu pada ekspedisi kedua, keempat dan kelima. Namun, dalam cuaca sebegini buruk, tidak melenturkan semangatnya untuk melakukan pelayaran. Semangatnya kental seteguh Tembok Besar China.

Kehebatan laksamana ini tidak pada semangat saja, malah diserlahkan dengan armadanya. Beliau belayar bersama lebih 200 kapal berbeza dengan pelayar Eropah seperti Columbus yang hanya membawa tiga kapal, Vasco da Gama (empat) dan Maggellan (lima).

Armada Cheng Ho umpama sebuah pulau yang bergerak di tengah samudera sementara anak kapalnya berjumlah 27,000 hingga 28,000 orang.

IZHAR SYAFAWI
www,ummatanwasatan.net

Read more ...

KISAH WALI ALLAH YANG KASYAF

Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata:

Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.

Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya ada kata begitu.

Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?

Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.

Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.

Read more ...

MIMPI 'ISLAMKAN ' LAMAAN BALL

NIKMAT yang tidak terhingga besar yang pernah Allah kurniakan kepada seseorang itu apabila dia dilahirkan sebagai Islam. Nikmat ini wajib disyukuri kerana tidak mampu dibayangkan jika dilahirkan atas agama lain.

Kepada penulis tetap satu laman web yang popular, Islam Online, Lamaan Ball yang mempunyai ruangan yang beliau kendalikan, iaitu Investigative Islam beliau memiliki catatan 'memeluk' Islam yang begitu unik walaupun dilahirkan sebagai penganut Islam.

"Ibu bapa saya memeluk Islam tidak lama sebelum saya dilahirkan ke dunia yang menyaksikan secara automatik saya juga adalah Islam.

"Namun oleh kerana saya tidak dibesarkan secara Islam sepenuhnya, berani saya katakan ketika itu, saya tidak dapat menerima Islam sehinggalah saya berjanji untuk mencari kebenaran mengenai Islam sendiri pada suatu hari nanti," katanya.

Begitupun beliau tetap melaksanakan perintah wajib dan ibadat termasuk berpuasa di bulan Ramadan semata-mata kerana mengikut seperti apa yang dilakukan oleh orang tuanya.

"Sehinggalah selepas bapa saya meninggal dunia ketika saya berusia lima tahun, ibu saya sendiri tidak kisah jika saya tidak mahu mendirikan solat.

"Ini membuatkan saya menunggu sehingga cukup dewasa bagi saya menentukan sendiri apa juga termasuk, agama apa yang selayaknya untuk saya anuti," katanya.

Pada usianya 16 tahun, si ibu berkahwin lagi dengan lelaki warga Mesir dan Ball sendiri tinggal bersama mereka di London selama dua tahun.

"Ketika itu saya mula merasakan sudah tiba masanya untuk mengenal pasti identiti saya sendiri, terutama sekali mengapa saya hidup di muka bumi ini," katanya.

Sebagaimana surah al-Alaq, ayat pertama yang diperturunkan kepada Rasulullah SAW, dengan perintah suruhan supaya umat Islam membaca, tanpa banyak masalah, Ball sendiri memulakan pencarian dengan membaca tanpa lelah dan jemu.

Namun buku-buku falsafah peninggalan bapanya, menjadi tarikan utama kepada remaja ini untuk beliau mencari jawapan kepada pelbagai persoalan hidup terutama kepercayaan terhadap Tuhan serta keberadaan Yang Maha Kuasa itu.

Maka beliau lebih terarah untuk mengenali prinsip-prinsip yang logik sahaja dengan hanya berpaksikan kepada akal semata-mata.

"Namun pendekatan saya agak berbeza, saya hanya membaca dan membaca sehingga di satu peringkat saya tidak menerima apa yang cuba disarankan oleh buku-buku itu. Ini menyebabkan banyak buku terbengkalai dan saya tinggalkan begitu sahaja tanpa perlu membacanya sehingga tamat.

"Saya masih teringat sebuah buku yang bertajuk Teach Yourself Philosophy yang di peringkat permulaannya buku itu menyebut seseorang yang mempelajari falsafah, tidak bermakna dia akhirnya akan menemui jawapan yang dicari.

"Cuma melaluinya kita mungkin akan lebih teruja untuk meneroka pelbagai persoalan. Ketika itu, saya merasakan saranan seperti ini merupakan satu cara yang tidak sihat bagi saya untuk mencari kebenaran," katanya.

Selepas membaca dan bertanya mengenai Islam daripada orang lain, Ball masih tidak berpuas hati kerana tidak menemui sebarang jawapan yang benar-benar menjawab kepada persoalan yang sarat bersarang dalam fikirannya selama ini.

Menginjak usia 21 tahun, benar-benar menjadi usia yang paling produktif untuk pembudayaan ilmu apabila Ball melanjutkan pelajarannya ke Universiti Manchester di bidang falsafah.

Namun Ball seolah-olah kehilangan arah dan motivasi dalam hidup. Ini apabila segala penilaian mengenai kehidupan yang diketahui oleh anak muda ini sukar diterjemahkan kepada perbuatan.

"Hidup ini sebenarnya mudah, lalu mengapa mesti diberatkan dengan pelbagai persoalan. Semudah kita mengikut saja pegangan orang ramai selama ini," katanya.

Namun kata hatinya, tidak begitu. Sekali terjebak sampai bila pun Ball tidak dapat mengelak daripada dihurung persoalan bagaimana hidup ini dapat diteruskan sama ada dengan kepercayaan bertuhan atau pun tidak.

Sehinggalah pada suatu hari Ball bermimpi yang pada takdirnya merupakan satu hidayah daripada Allah SWT diberikan kepada anak muda ini bagi mendapatkan jawapan yang selama ini begitu menghantuinya.

"Mimpi tersebut mungkin agak kompleks dan sukar untuk dimengertikan. Di dalam mimpi itu, saya duduk bersama-sama sekumpulan manusia di atas sebuah benteng atau tembok panjang yang memisahkan antara jaluran landasan di kiri kanan tembok tersebut.

"Masing-masing kemudiannya berbalah pendapat sama ada jaluran ini benar-benar satu landasan dan keretapi akan melalui landasan ini. Sehinggalah seorang daripada kami begitu yakin bahawa jaluran ini bukannya satu landasan keretapi dan tidak akan ada sebarang kenderaan akan melalui jaluran itu," katanya.

Ini membuatkan lelaki itu duduk di tengah-tengah landasan tersebut. Namun tidak disangka-sangka sebuah keretapi yang besar dengan lajunya melalui landasan itu, dan dalam tempoh beberapa saat keretapi itu kemudiannya terus hilang daripada pandangan. Begitu juga dengan lelaki duduk di tengah-tengah landasan tadi turun hilang dibawa keretapi yang datangnya dengan begitu laju menderu.

"Saya begitu terkejut dan terus tercari-cari lelaki yang sebentar tadi begitu yakin dengan pendapatnya terutama tidak akan ada sebarang keretapi yang akan melalui landasan itu," katanya.

Lalu Ball bertanya kepada sekumpulan lelaki itu sama ada mereka sendiri ada melihat kejadian yang berlaku sebentar tadi.

"Mungkin ada (keretapi yang melalui landasan) tetapi kini kami sudah tidak melihat apa-apa, jadi kami tidak berapa pasti sama ada trek ini benar-benar landasan keretapi dan sebarang keretapi akan melaluinya," kata salah seorang daripada ahli kumpulan lelaki itu dengan jawapan yang begitu mengelirukan.

Apabila ditanya mengenai lelaki yang duduk di tengah landasan itu, mereka pula menjawab; "Kami tidak nampak dia. Jadi macam mana kami tahu dia duduk di situ dan buktikanlah bahawa dia memang duduk di landasan itu".

Mereka kemudian terus berbalah sesama sendiri. Ball kecewa apabila terbukti mereka cuba menafikan hakikat kerana bagi sesetengah falsafah walaupun telah dibentangkan fakta di hadapan mereka namun tidak selalunya dapat diterima oleh mata kepala mereka setiap masa.

"Mimpi itu membuatkan saya menyedari betapa sia-sianya perbincangan di kalangan ahli-ahli falsafah. Saya sedar kini ketentuan itu datang daripada satu peristiwa tanpa perlu diulang banyak kali bagi menentukan kesahihannya," katanya.

Ini memberikan penjelasan yang kuat kepada Ball bahawa seseorang yang percaya kepada kewujudan Tuhan tidak akan boleh membuatkan orang lain turut percaya, apa lagi dengan ketiadaan sebarang bukti.

"Namun Tuhan tidak dapat dilihat tetapi mempunyai bukti yang sangat kuat mengenai kewujudan-Nya kepada mereka yang percaya dengan apa yang dilihat dan apa yang didengar," kata Ball.

Hasilnya, Ball benar-benar sedar dan buat pertama kalinya dalam seumur hidupnya, beliau mendirikan solat dan berdoa: "Tuhan, jika kau wujud maka bantulah aku!".

Ball menyedari sepenuhnya sebagai manusia, kita tidak boleh hidup tanpa sebarang hala tuju yang pasti mahupun hanya sekadar duduk di atas pagar, tanpa sebarang pendirian yang jelas.

"Maka di suatu petang, saya percaya sepenuhnya terhadap kewujudan Tuhan walaupun pelbagai agama turut mengesahkan kehadiran Tuhan mereka, namun Islam mempunyai kepercayaan bertuhan yang lebih diterima akal berbanding yang menjadi kepercayaan oleh agama-agama lain.

"Saya terus menulis sijil kepercayaan saya terhadap Islam dan kalimah syahadah yang diakhiri dengan tanda tangan bahawa saya kini merupakan penganut Islam," katanya.

Mungkin kedengaran agak pelik apabila seseorang yang dilahirkan Islam akhirnya mengucap kalimah syahadah sebagai tanda dia 'baru' memeluk Islam. Tetapi mengapa tidak? Ini kerana ramai yang menjadikan lahir sebagai Islam sudah memadai dan muktamad berbanding pelbagai usaha dan urusan untuk mengenali, mencari dan mengkaji Islam itu sendiri.

Maka kitab al-Quran kepada Ball berbeza keadaannya berbanding buku-buku yang beliau baca sebelum ini.

"Sehingga di akhir kalam al-Quran saya tidak menemukan yang salah yang menyebabkan saya mengkajinya sehingga tamat. Semakin saya baca, semakin menyakinkan kepercayaan saya terhadap Allah kerana tidak ada sesuatu pun di dalam kitab itu meragukan, walau dari sepatah perkataan atau sebaris ayat pun," katanya.

Namun sebagai manusia, tidak ada sesiapa yang terlepas daripada membuat kesilapan, begitu juga yang terjadi kepada Ball.

Sejak itu, Ball tidak lagi menoleh ke belakang dan sering mengucapkan kesyukuran kerana tidak lagi kerana dilahirkan sebagai Islam tetapi kerana selamanya beliau tetap dengan agamanya, iaitu Islam!

Sumber : www.utusan.com.my

Read more ...

PENERBANGAN PERTAMA DI DUNIA TELAH BERLAKU 380 TAHUN YANG LALU DI ISTANBUL, TURKI.

Salah satu antara tuduhan-tuduhan yang dibuat mengenai Empayar Uthmaniyyah adalah bahawa tahap intelektualnya sangat statik. Sejarah Orientalis mendakwa bahawa Uthmaniyyah melihat sains dan agama sebagai saling eksklusif dan tidak serasi, tidak seperti dinasti awal Islam. Walaupun dakwaan ini mungkin benar untuk beberapa tempoh masa dalam sejarah Uthmaniyyah, terdapat banyak contoh Uthmaniyyah sangat saintifik dan maju dari segi intelektual. Satu contoh yang ketara adalah cubaan penerbangan pertama didunia yang dibuat oleh sepasang saudara pada 1600-an di Istanbul.

:: Hezarafen Ahmed Çelebi dan sejarah penerbangan pertama di dunia

Idea manusia mempunyai keupayaan untuk terbang adalah salah satu yang mempesonakan. Beribu-ribu tahun, ramai mjanusia dari seluruh pelusuk dunia telah cuba untuk menentang graviti dan terbang seperti burung. Pada tahun 800 M, Abbas ibn Firnas, pencipta Islam Sepanyol, berjaya merekodkan penerbangan 'Glider' yang tidak menggunakan kuasa di Cordoba, dengan membina sepasang sayap yang diliputi bulu burung. Walaupun 'Glider' ciptaan beliau berjaya diterbangkan, namun akibat dari ketidakupayaannya memperlahankan 'Glider' itu sewaktu pendaratan telah mengakibatkan kemalangan. Disebabkan keadaan ini, cendiakawan-cendiakawan lain tidak lagi berminat untuk cuba memajukan apa yang telah Abbas Ibn Firras cipta.

Pada 1630, iaitu ketika era kegemilangan empayar Uthmaniah, seorang ahli matematik, Hezarafen Ahmed Celebi dari di Istanbul telah berjaya mengatasi kegagalan Abbas ibn Firnas.

Beliau membina sepasang sayap yang melekat ditubuhnya. Menurut sejarah Uthmaniyyah dan pengembara, Evliya Celebi, Hezarafen melompat dari atas Menara Galata di Istanbul dengan sayap dan berjaya meluncur merentasi selat Bosphorus ke Dataran Doğancılar. Jarak penerbangannya meluncur lebih 2 batu. Kejayaan ini dibantu faktor ketinggian menara dan kedudukan menara itu yang terletak di atas bukit. Ini adalah penerbangan pertama merentasi benua.

Sejak Selat Bosphorus di Istanbul memisahkan benua Eropah dan Asia, penerbangan Hezarafen Ahmed Celebi ini boleh dianggap sebagai penerbangan pertama manusia antara benua dalam sejarah. Hasil dari pencapaian beliau ini, beliau telah dianugerahkan Sultan Murad IV dengan syiling emas, tetapi kemudiannya beliau telah dibuang negeri, selepas beberapa penasihat sultan meyakinkannya bahawa Hezarafen merupakan ancaman kepada Sultan.

:: Penerbangan Roket Pertama

Mungkin diilhamkan dari pencapaian Hezarafen Ahmed Celebi, saudaranya, Laragi Hassan Celebi cuba juga menentang graviti dan terbang ke langit. Pada 1633 beliau mencipta roket yang boleh memuatkan penumpang. Roket tersebut berkuasa lebih 300 paun serbuk letupan. Menurut Evliya Celebi, untuk meraikan kelahiran anak perempuan Sultan Murad, Laragi Celebi menguji roketnya itu di pantai Bosphorus, berhampiran kediaman sultan, Istana Topkapi.

Selepas pembantunya menyalakan fius roketnya itu, Lagari telah meluncur 300 meter ke udara. Apabila roket kehabisan bahan api, dia membuka sepasang sayap yang diciptanya, dan perlahan-lahan mendarat ke laut Bosporus, dan kemudian berenang ke pantai.

Seperti juga saudaranya, beliau telah dianugerahkan sultan dengan beberapa kantung emas. Laragi Hassan Celebi meninggal dunia tidak lama selepas itu dalam satu pertempuran di Crimea.

Sumber : FB Green Project

Read more ...

KENALI BADIUZZAMAN SAID NURSI

Antara kekeramatan beliau yang lain ialah, boleh berjalan di atas air, boleh membuka gari ditangannya sendiri untuk mengambil wuduk, boleh ghaib dan keluar dari sel tahanan di penjara sebanyak dua kali dan pergi bersolat jumaat di tiga tempat berlainan dalam satu masa. Beliau juga diracun berpuluh-puluh kali ketika dalam tahanan tetapi masih selamat dengan izin Allah S.W.T.

Said Nursi adalah merupakan seorang pejuang, pemikir islam Turkey dan seorang Wali Allah S.W.T.

Membaca kisah hidup dan liku-liku perjuangannya membuatkan air mata kita mampu mengalir. Pengorbanan yang dilakukan oleh beliau amat besar maknanya buat seluruh rakyat Turkey dan seluruh dunia Islam.

Ketika Negara Turkey bertukar menjadi sebuah Negara Republik dan mengenakan dasar sekular, Allah S.W.T telah mempersiapkan seorang Mujahid unggul untuk menentang segala agenda musuh-musuh Allah S.W.T ke atas seluruh umat Islam yang berpusat di Turkey.

Beliau seorang manusia yang pintar dan bijaksana, sehinggakan didalam biliknya ketika dia menjadi pelajar dahulu, beliau menulis dan menggantung ayat; “Di sini akan diselesaikan setiap permasalahan yang rumit dan setiap soalan akan dijawab, tanpa mengemukakan sebarang soalan kepada orang lain.”

Beliau adalah seorang ulama yang memperjuangkan agama dan menegakkan syariat. Beliau juga turut dianugerahkan ilmu ladunni oleh Allah S.W.T. Dia juga pernah berkata; “Sesungguhnya agama adalah sinaran bagi hati, sedangkan ilmu-ilmu moden adalah cahaya bagi akal.”

Maka benarlah seperti Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad r.a; “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini di setiap permulaan kurun, orang-orang yang memperbaharui urusan agama mereka.”

Ternyata Mujahid yang dibangkitkan pada kurun itu bukan dikalangan ahli sufi. Badiuzzaman Said Nursi selalu menyebut bahawa zamannya itu bukannya zaman tasawuf atau tareqat, tetapi adalah zaman bagi menyelamatkan iman. Tulisan-tulisan beliau dalam Risalah An-Nur yang masyhur itu bukanlah risalah-risalah sufi, tetapi ia berkaitan dengan persoalan-persoalan Akidah.

Beliau menulis; “Sesungguhnya aku andaikan sekiranya Syeikh Abdul Al-Qadir al-Jaylani, Shah Al-Naqshabandi dan Iman Rabbani sekiranya hidup pada zaman kita ini, nescaya mereka akan mencurahkan segala kemampuan mereka bagi memperteguhkan hakikat keimanan dan akidah islam.”

Sifat luarbiasa Said Nursi terjadi ketika beliau masih bayi lagi. Pada setiap bulan puasa, pada siang harinya dia tidak mahu menyusu dan hanya menyusu pada sebelah malam sahaja. Kepintarannya terserlah sejak dari kecil lagi.

Pernah suatu masa beliau pergi menuntut ilmu dengan Molla Abdul Karim. Gurunya itu pada mulanya tidak mahu mengambilnya sebagai murid kerana usianya baru 15 tahun, tetapi Said Nursi tetap mahu berguru dengannya, oleh itu Molla Abdul Karim pun menyuruh dia membaca dan memahami dulu 7 buah kitab, kerana ketika itu murid-muridnya yang lain sedang belajar kitab yang ke-8. Said Nursi pun menghabiskan membaca 8 buah kitab hanya dalam masa 3 hari sahaja dan faham kesemua isi kandungannya sehinggakan dia dikagumi oleh gurunya dan seluruh pelajar disitu. Ketika itu juga dia ditawarkan oleh gurunya untuk menjadi seorang guru di madrasah itu namun ditolak dengan baik oleh Said Nursi.

Dia pun bertolak ke Madrasah Beyazid untuk berguru dengan Syeikh Muhammad Jejali pula. Tempoh belajar yang biasanya diambil oleh kebanyakan murid gurunya untuk belajar ilmu dengan Sheikh tersebut biasanya memakan masa 15 tahun, tetapi telah dihabiskan oleh Said Nursi hanya dalam masa 3 bulan sahaja! Dengan kejayaannya itu Said Nursi dikurniakan Ijazah oleh gurunya dan diberi gelaran “Molla Said” serta ditawarkan menjadi guru di madrasah itu, “kamu sudah boleh memakai jubah dan serban ulama” kata gurunya itu namun ditolak dengan baik oleh Said Nursi dengan berkata “Saya lebih suka memakai pakaian darwis sahaja.”

Ketika berjumpa dengan abangnya Abdullah selepas 8 bulan tidak bertemu kerana masing-masing sibuk menuntut ilmu, abangnya dengan bangga memberitahu bahawa dia telah membaca dan mengkaji kitab syarh asy syamsi dan beberapa buah kitab lagi sehingga dia layak dan diberikan kebenaran untuk membuka sebuah madrasah tempat pengajian agama oleh gurunya. Lalu dia bertanya pula kepada Said Nursi sebanyak mana pula ilmu yang telah Said Nursi pelajari. Dengan merendah diri Said Nursi menjawab bahawa beliau telahpun membaca dan menghafal 80 buah kitab termasuk syarh asy syamsi! Abdullah terkejut dan tidak percaya pada mulanya, tetapi setelah diuji, ternyata adiknya itu seorang yang pintar dan berkata benar. Abdullah sangat gembira lalu memohon untuk menjadi murid adiknya itu pula.

Oleh kerana kepintarannya yang luar biasa Said Nursi telah diberi gelaran “Badiuzzaman” yang bermaksud “Kekaguman Zaman” kepadanya oleh gurunya Sheikh Fathullah Efendi. Beliau pernah berdebat dengan seorang guru ilmu Geografi dari Eropah dan hanya mengambil masa 24 jam untuk membaca kesemua buku berkaitan dengan ilmu alam sebagai persediaan lalu mengalahkan guru itu.

Beliau juga pernah berdebat dengan seorang ahli Fizik dari Eropah tentang ilmu fizik dan hanya mengambil masa selama 4 hari untuk mentelaah kesemua buku-buku fizik dan memahami hukum-hukum fizik lalu mengalahkan ahli fizik yang telah menghabiskan masa selama 4 tahun untuk mendalaminya. Keadaan itu menyebabkan ahli fizik tersebut berasa kagum dan terus menjadi anak murid Said Nursi pula.

Setelah Said Nursi membaca kesemua buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan Tahir Pasya, dia telah dapat menguasai ilmu-ilmu sains moden seperti matematik, astronomi, fizik, kimia, falsafah, sejarah, kaji hayat dan banyak lagi menyebabkan ilmunya begitu dikagumi pada zaman itu. Oleh kerana kebijaksanaannya itu maka ada segelintir pihak yang benci dan irihati terhadap kemasyhuran Said Nursi lalu memfitnahnya sebagai mengidap penyakit jiwa. Beliau pernah ditangkap dan pernah suatu hari seorang doktor merawatnya. Beliau memberikan sebuah buku perubatan dan yang belum pernah dibaca oleh Said Nursi. Dengan izin Allah S.W.T Said Nursi membaca sepintas lalu sebanyak lima mukasurat lalu memberikan semula buku itu kepada doktor itu. Said Nursi mula membaca semula apa yang tertulis sebanyak lima mukasurat itu sambil disemak oleh doktor itu tanpa meninggalkan sepatah perkataan pun. Doktor tersebut terkejut dan dalam keadaan takjub itu beliau berkata; “Sesungguhnya tuan bukan seorang yang gila tetapi seorang yang luar biasa!” Selepas itu Said Nursi dibebaskan dan tuduhan gila keatasnya gugur setelah doktor itu mengesahkan Said Nursi seorang yang sihat.

Ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan fitnah mencetuskan kekacauan, beliau dengan berani berkata di depan hakim; “Sekiranya saya ada seribu nyawa, saya sanggup mengorbankan semuanya demi untuk syariat islam. Kerana syariat itu adalah sumber kesejahteraan dan kebahagiaan, keadilan sejati serta kebajikan” Bila ditanya oleh hakim apa pendapat said Nursi terhadap pemerintah, beliau dengan tegas menjawab;
“Ketua sebuah Negara adalah hamba kepada Negara itu. Selagi seseorang ketua Negara itu menurut sunnah Rasulullah maka dia pemimpin kami dan kami patuh dengan arahannya. Tetapi sekiranya ketua sesebuah Negara tidak mengikut sunnah, maka dia adalah perompak.”

Beliau seorang yang berani dan pernah berjuang menentang tentera Rusia dengan menubuhkan pasukan “Tentera Songkok Bulu” yang amat digeruni oleh musuh. Didapati bom tidak meletup jika dilemparkan ke arahnya dan peluru tidak pernah singgah ke tubuh wali Allah S.W.T itu.

Tekanan lebih hebat dikenakan ke atas beliau, terutamanya selepas kejatuhan kerajaan khilafah Uthmaniah dimana Kamal Attartuk menjadi Presiden Republic Turkey. Said Nursi telah dibuang ke daerah pendalaman dan dikenakan hukuman penjara berkali-kali selama lebih dari 30 tahun dengan tujuan untuk menghapuskan pengaruh dakwah wali Allah S.W.T yang terkenal ini.

Selepas Badiuzzaman Said Nursi meninggal dunia, orang ramai berduyun-duyun menziarahi pusara beliau. Keadaan ini menyebabkan pihak keselamatan terpaksa memindahkan kubur Said Nursi ke satu tempat yang tersembunyi. Bila kuburnya diselongkar, ternyata jasad wali Allah S.W.T berserta kain kafannya itu masih utuh, tidak hancur walaupun setelah tiga bulan beliau disemadikan.

Walaupun dia sering mendakwa bukan seorang sufi, namun cara hidup dan amalannya adalah mirip seorang ulama sufi. Ketika meninggal dunia beliau hanya meninggalkan seutas jam tangan, jubah, serban dan wang sebanyak 20 lira.

Karangan beliau yang termasyhur iaitu Risalah Al-Nur telah diterjemah kedalam 40 bahasa dan disebarkan keseluruh dunia. Ia merupakan satu tafsiran Al-Quran yang disusun melebihi 130 tajuk. Secara umumnya risalah ini berkisar kepada persoalan-persoalan berkaitan dengan akidah dan keimanan. Satu-satunya sumber rujukan untuk risalah ini ialah kitab suci Al-Quran. Kebanyakan dari risalah-risalah tersebut ditulis ketika beliau dibuang daerah dan semasa beliau ditahan di dalam penjara.

Sumber :  FB Musafir Senja Pendamba Ilmu

Read more ...

SOLAT PARA SAHABAT

Solat sahabat-sahabat Nabi saw begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.

Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.

Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Read more ...

Saturday, March 29, 2014

KEHEBATAN SAHABAT RASULULLAH S.A.W

KHALID AL WALID, siapa yang tidak kenal? Panglima Tentera Islam sangat digeruni dan disegani musuh-musuh Islam ketika itu. Sangat mahir dengan strategi peperangan. Andai memimpin Tentera Islam, dengan izin Allah, kemenangan pasti berpihak pada mereka.

Dalam satu peperangan pada zaman Sayyidina Umar Al Khattab dilantik menjadi Khalifah, perkara pertama yang dilakukan oleh Sayyidina Umar Al Khattab ketika peperangan tersebut ialah melucutkan jawatan Khalid Al Walid.

Khalid Al Walid hanya tersenyum, terus menanggalkan serban yang melambangkan Panglima Islam dan menyerahkannya pada Abu Ubaidah. Sebahagian Tentera Muslim yang lain seakan tidak berpuas hati dengan keputusan Umar.

"Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasullah S.A.W dengan melucutkan jawatan Khalid Al Walid? Siapa Umar untuk melucutkan jawatan Panglima Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata ahli Tentera Muslim yang tidak berpuas hati.

Khalid Al Walid masih tersenyum..

"Apakah ada beza aku Panglima dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." tenang sahaja beliau menjawab.

Mendengar kata-kata Khalid Al Walid, Tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati.

Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan ummat Islam.

Sayyidina Umar hanya buat tidak tahu pada awalnya. Tetapi apabila fitnah semakin panas, Umar pun berkata, "Aku melucutkan jawatan Khalid Al Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."

Mereka bertanya, "Kenapa pula kami boleh berlaku syirik jika dipimpin Khalid Al Walid?"

Lantas jawab Sayyidina Umar,
"Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan Tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."

[Sejak peristiwa ini, Sayyidina Umar digelar Tobibul Qulub]

Ketika Khalid sedang uzur, Sayyidina Umar datang kepadanya.

“Khalid Saifullah [pedang Allah], aku sesekali tidak pernah berdendam denganmu, jauh sekali dari hatiku untuk menjatuhkan kedudukanmu. Aku turunkan jawatanmu semasa kamu menjadi panglima perang bukan sebab aku cemburu denganmu wahai sahabat, tetapi engkau tidak tahu, tatkala engkau keluar berperang sebagai panglima perang, penduduk Madinah telah tersenyum gembira dan ada diantara mereka seakan-akan mengagungkanmu, jika engkau pimpin pasti kemenangan milik Islam, kata sesetengah dari mereka.

Aku tidak ingin engkau menjadi sebab mereka syirik kepada Allah lalu aku turunkan jawatanmu wahai sahabat,” ujar Sayyidina Umar Al Khattab, mereka yang terdengar ucapan ini terus menangis.

Suatu ketika, seorang sahabat datang kepadanya. Walaupun dalam keadaan yang tersangat uzur, dia bingkas bangun dan membuka bajunya,

“Wahai Sahabat, perhatikan badanku, adakah ada tempat yang tiada parut?”

“Tiada wahai Khalid,” jawab sahabat tersebut.

“Jadi, bagaimanakah aku tidak bersedih? Kenapa Allah tidak menerima ku sebagai salah seorang Syuhada’nya? Adakah taubat ku dulu tidak diterima?” soal Khalid Al Walid.

Mendengar keluhan Khalid itu, sahabat itu terus menangis dan kemudian dia berkata, “Kau tidak boleh syahid, Khalid. Kau telah dilantik sebagai Pedang Allah oleh Rasulullah dan Pedang Allah tidak boleh patah di medan perang.”

Kata-kata sahabat itu benar-benar menggembirakan hati Khalid Al Walid, dia tidak menyesal lagi dan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan perasaan gembira dan redha terhadap ketentuan Illahi.

# Ya, Khalid Al Walid tidak syahid disebabkan kata-kata yang keluar dari mulut Rasulullah S.A.W. Rasulullah telah berjanji apa-apa perang yang disertai oleh Khalid, pasti Islam akan menang, jadi jika Khalid syahid di medan perang, bagaimana Islam akan menang? Bagaimana mungkin Pedang Allah boleh patah di medan perang? Percayalah, apa yang keluar dari mulut Rasulullah walaupun sekecil-kecil perkara akan jadi kenyataan.

# Lihat bagaimana tegasnya Sayyidina Umar Al Khattab ketika itu menjaga Akidah ummat Islam dari berlaku syirik pada Allah.

Sumber : Page FB green.project

Read more ...

Tuesday, March 18, 2014

MATAHARI DITAHAN TERBENAM UNTUK NABI YUSYA’ BIN NUN



Nabi Musa ‘alaihis salam memiliki seorang murid yang menemaninya mencari Ilmu. Dia adalah Yusya’ Bin Nun, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan hikmah kenabian dan mukjizat yang nyata kepadanya. Setelah Nabi Musa ‘alaihis salam wafat, Nabi Yusya’ bin Nun ‘alaihis salam membawa Bani Israil ke luar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi sungai Yordania dan akhirnya sampai di kota Jerica.

Kota Jerica adalah sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta berpenduduk padat. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya, mengepung kota tersebut sampai enam bulan lamanya.

Suatu hari, mereka bersepakat untuk menyerbu ke dalam. Diiringi dengan suara terompet dan pekikan takbir, dan dengan satu semangat yang kuat, mereka pun berhasil menghancurkan pagar pembatas kota, kemudian memasukinya. Di situ mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu pria dan wanita. Mereka juga memerangi sejumlah raja yang berkuasa. Mereka berhasil mengalahkan sebelas raja dan raja-raja yang berkuasa di Syam. Hari itu hari Jum’at, peperangan belum juga usai, sementara matahari sudah hampir terbenam. Berarti hari Jum’at akan berlalu, dan hari Sabtu akan tiba.

Padahal, menurut syari’at pada saat itu, pada Sabtu dilarang melakukan peperangan. Oleh karena itu Nabi Yusya’ bin Nun berkata: “Wahai matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikuti perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala, begitu pula aku. Aku bersujud mengikuti perintahNya. Ya Allah Subhanahu wa Ta’ala, tahanlah matahari itu untukku agar tidak terbenam dulu!”. Maka Allah S.w.t menahan matahari agar tidak terbenam sampai dia berhasil menaklukkan negeri ini dan memerintahkan bulan agar tidak menampakkan dirinya.

Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, yang artinya: “Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya karena seorang manusia kecuali untuk Yusya’. Yakni pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).’” (HR: Ahmad dan sanad-nya sesuai dengan syarat Al-Bukhari).

Akhirnya Nabi Yusya’ dan kaumnya berhasil memerangi dan menguasai kota tersebut. Setelah itu Nabi Yusya’ bin Nun memerintahkan kaumnya untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mau membakarnya. Lalu Beliau meminta sumpah kepada kaumnya. Dan akhirnya diketahui ternyata ada dari kaumnya yang berkhianat dengan menyembunyikan emas sebesar kepala sapi.

Akhirnya orang-orang yang berkhianat mengembalikan apa yang mereka curi dari harta rampasan perang itu. Kemudian dikumpulkan dengan harta rampasan perang lainnya. Barulah kemudian api mau membakarnya.

Demikian syariat yang dibawa oleh Nabi sebelum Nabi Muhammad Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam. Yaitu tidak boleh mengambil harta rampasan perang. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menyempurnakan Syariat Nya dengan memperbolehkan bagi Rasulullah Shollallahu ‘alaihi Wa Sallam untuk mengambil rampasan perang agar dapat diambil manfaat yang banyak dari harta rampasan perang itu.

Setelah Baitul Maqdis dapat dikuasai oleh Bani Israil, maka mereka hidup di dalamnya dan di antara mereka ada Nabi Yusya’ yang memerintah mereka dengan Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala, Taurat, sampai akhir hayatnya. Dia kembali ke hadirat Allah Subhanahu wa Ta’ala saat berumur seratus dua puluh tujuh tahun, dan masa hidupnya setelah wafatnya Nabi Musa ‘alaihis salam adalah dua puluh tujuh tahun.

(Sumber Rujukan: Al Qur’anul Karim; Riyadhus Shalihin; Syarah Lum’atil I’tiqod)
 
Read more ...

PAHLAWAN NERAKA



Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.
 
sumber:lurim
Read more ...
Designed By