Dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah DCA berkata pihak berkuasa
sedang menyiasat kes dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport
curi mungkin terlibat dalam sindiket pasport curi.


Ejen pelancongan di resort Pattaya memberitahu, lelaki yang dikenali
sebagai Mr. Ali itu telah memintanya menempah tiket untuk kedua-dua
lelaki misteri itu pada 1 Mac.
Namun tempahan yang dibuat itu telah tamat tempoh dan Mr. Ali sekali lagi memintanya menempah tiket baru pada 6 Mac.
Oleh kerana tempahan dan bayaran secara tunai dibuat oleh Mr. Ali itu
tidak mendatangkan apa-apa kecurigaan pada ejen pelancongan itu.
Tambahnya lagi, Mr. Ali sudah biasa membuat tempahan tiket dengannya.
No comments:
Post a Comment