Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Thursday, March 20, 2014

Keluarga Penumpang MH370 Membuat Ugutan Mogok Kerana Tidak Puas Hati Di China ?

Saudara-mara penumpang warga China yang berada di dalam pesawat MH370 yang hilang mengancam untuk melancarkan mogok lapar.


Seramai dua pertiga daripada 239 orang di dalam pesawat itu adalah rakyat China dan keluarga mereka kini merasakan mereka tidak dimaklumkan berita sebenar oleh pegawai Malaysia.
Menurut Malay Mail Online, Wen Wancheng yang turut kehilangan anaknya berkata:"Ahli keluarga sangat tidak berpuas hati... Jadi anda mendengar mereka berkata ' mogok lapar '"
Beliau menambah: "Sekarang kami tidak mengetahui sebarang berita, dan semua orang difahami bimbang. Ahli keluarga mengatakan mereka akan pergi ke kedutaan(Malaysia) untuk mencari duta berkenaan."
"Duta Besar Malaysia perlu ada disini, tetapi dia tidak ada. "
Seorang wanita memegang pelekat yang tertera tulisan"Hormati nyawa, kembalikan keluarga kami" mengesahkan bahawa keluarganya turut mempertimbangkan untuk mogok lapar .
Dalam pada itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Malaysia tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat berhubung insiden kehilangan pesawat MH370 sejak awal pagi Sabtu lalu.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia bersikap terbuka dalam isu tersebut dan akan menyalurkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat dari semasa ke semasa. penpatah

No comments:

Designed By