Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Friday, March 21, 2014

Tentera Menyembunyikan Fakta Mengenai Situasi MH370 ?

Pakar penerbangan tidak menolak kemungkinan berlakunya penyembunyian fakta oleh pihak tentera di Asia selepas tentera Thailand mengambil masa 10 hari untuk melaporkan paparan radar mereka yang berkemungkinan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih belum ditemui.


David Learmount berkata, beberapa negara berkemungkinan menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka, lapor MailOnline.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika sidang media di Hotel Sama-Sama pada 15 Mac.
Pakar penerbangan kini mengatakan beberapa negara yang terlibat dalam pencarian MH370 mungkin menyembunyikan maklumat radar kerana tidak mahu mendedahkan kekurangan dalam pertahanan udara mereka.
Portal berita Britain di bawah Daily Mail itu memetik kenyataan Learmount dalam blognya: “Mungkin negara-negara seperti Malaysia tidak seperti yang digembar-gemburkan.
“Dan mungkin juga seluruh dunia mengetahuinya,” katanya merujuk kepada Tentera Udara Malaysia yang hanya mendedahkan radar mereka mengesan pesawat berkenaan beberapa hari selepas kehilangannya.
Learmount, bekas juruterbang dan kini pengarang operasi dan keselamatan portal Flightglobal, berkata MH370 berkemungkinan terbang melintasi beberapa negara Asean termasuk Thailand, Burma, China, Bangladesh, India, Pakistan, Turkmenistan dan Afghanistan...
penpatah

No comments:

Designed By