Rundingan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin kanan pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai wajar diberi pujian kerana pendekatan diplomasi yang diambil pemimpin negara itu berjaya membuka jalan penyelesaian berhubung nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
PIHAK AKADEMIK
Pengarah Institut Penyelidikan Indonesia, Thailand dan Singapura, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Kamarulnizam Abdullah berkata, dasar terbuka yang diamalkan negara ini menjadi kunci utama dalam mendapatkan kotak hitam pesawat, tuntutan mayat mangsa dan jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas bagi menjalankan siasatan.Katanya, pihak pemberontak pro-Rusia itu percaya akan kemampuan negara ini dalam menguruskan siasatan nahas itu dan mahu negara menjadi pengantara kepada mereka dan negara Barat lain.
"Najib berjaya mewujudkan hubungan dengan pemimpin pemberontak dan tindakan Malaysia tidak menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sebaliknya mengambil pendekatan diplomatik berjaya meyakinkan mereka.
"Langkah itu nyata berbeza dengan tindakan negara lain yang saling menuding jari tanpa melakukan penyiasatan terperinci mengenai nahas. Itu mungkin menjadi faktor mengapa pemberontak enggan bekerjasama dengan negara berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Penganalisis Geopolitik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Perdana Menteri dengan menghubungi beberapa pemimpin dunia dan pemberontak adalah satu tindakan yang tepat.
"Usaha berterusan Najib sejak berlakunya nahas pesawat tersebut ternyata berhasil apabila pihak pemberontak bersetuju dengan rundingan yang dijalankan.
"Ini menunjukkan bahawa suara kita bukan sahaja didengar oleh negara lain malah puak pemisah di Ukraine turut mengakui kredibiliti negara kita dalam menyelesaikan konflik yang berlaku," katanya.
WARTAWAN ASING
Rakyat menghargai dan menyanjung tinggi usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil tanggungjawab sepenuhnya sehingga kesemua 282 mayat penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan kotak hitam pesawat itu dibenarkan dibawa keluar dari kawasan tragedi yang dikuasai oleh pemberontak pro-Rusia.Kerajaan Rusia memuji Kerajaan Malaysia yang bersikap neutral dan terbuka dalam mengendalikan insiden MH17. Tidak dinafikan dalam pada negara-negara lain membuat tuduhan ke atas Rusia ekoran tragedi menyayat hati itu, Kerajaan Malaysia bertindak sebaliknya dengan bersabar dan tumpuan diberikan hanya kepada keputusan siasatan dan menunggu bukti-bukti kukuh tanpa membuat sebarang tuduhan melulu.
Berhubung hubungan dua hala antara Malaysia-Rusia, Kerajaan Rusia gembira sekiranya hubungan kedua-dua negara diteruskan memandangkan kerjasama dalam perdagangan dan dialog yang diadakan selama ini telah meningkat sebanyak 60 peratus sejak tahun lalu malah seramai 6,000 pelajar Malaysia masih menuntut di Rusia. Sehubungan itu Rusia dengan rasa rendah hati dan ikhlas berharap hubungan kedua-dua negara akan kekal dengan lebih dinamik dan positif pada masa depan.
No comments:
Post a Comment