Sepanyol, yang juga juara Kejohanan Eropah 2008 dan 2012, tiba di Brazil bersama 16 pemain daripada skuad empat tahun lalu di Afrika Selatan, kumpulan pemain sama paling ramai untuk Piala Dunia berikutnya oleh mana-mana juara dunia, dengan ramai daripadanya masih mempunyai parut luka akibat pertembungan getir dengan Belanda pada 2010.
Skuad Belanda Pada 2010 |
Skuad La Roja yang dibimbing oleh Vincent Del Bosque, yang diperkuatkan kali ini oleh penyerang hebat kelahiran Brazil, Diego Costa, akan memulakan aksi mereka selaku pasukan pilihan, yang mana jika muncul juara Piala Dunia kali ini akan menjadikan mereka pasukan Eropah pertama
berbuat demikian di benua Amerika.
graf kesungguhan dan energy pasukan Spain pada world cup yang lalu |
Banyak kelebihan diperoleh dengan adanya Costa, yang berasal dari Lagarto di timur laut Brazil dan keluarganya akan datang 350 kilometer jauhnya dari Salvador untuk melihat dia menentang Belanda. Kehadirannya dalam kesebelasan utama Sepanyol akan memberi nilai tambah kepada pasukannya yang sering kali bermain tanpa penyerang tengah tulen.
Penyokong setia pasukan spain dan belanda mengikut artis |
"Buat masa ini saya tidak fikir kami boleh bermain tika taka. Serang balas ialah senjata yang sangat bahaya yang sudah pasti akan kami gunakan ketika kejohanan ini," kata Arjen Robben, kepada laman web pasukan Belanda Ons Oranje.
Begitu menonjol dalam kempen La Liga musim lalu apabila menjaringkan 36 gol untuk membantu Atletico muncul juara, Costa telah melenting apabila jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari mendakwa telah menawarkannya peluang bermain dalam Piala Dunia.
Costa menegaskan, hanya Sepanyol yang menawarkannya tempat.
Costa akan menjadi teraju kepada barisan pemain memang dikenali dengan Cesar Azpilicueta, Sergio Ramos, Gerard Pique dan Jordi Alba akan berada di bahagian pertahanan di depan penjaga gol, Iker Casillas manakala Xabi Alonso, Sergio Busquets, Silva, Xavi dan Iniesta di bahagian tengah untuk membantu Costa memecahkan barisan pemain Belanda yang diatur untuk membuat serang balas.
Sneijder akan bermain di hadapan tenaga tengah Nigel de Jong - yang bernasib baik kerana dapat kekal di dalam padang pada perlawanan akhir 201 selepas melakukan sepakan ala kung fu ke atas Xabi Alonso - dan Jonathan de Guzman jika cergas. Ron Vlaar akan mengetuai bahagian pertahanan bersama Daley Blind, anak Danny yang merupakan jurulatih Belanda pada 2016.
Taktik Belanda di bawah bimbingan Louis van Gaal telah menjadi perdebatan hangat menjelang kejohanan selepas dia memilih untuk menggunakan formasi 5-3-2 berbanding aturan tradisi 4-3-3, selepas kehilangan tonggak tengah, Kevin Strootman akibat kecederaan dan memilih untuk bermain lebih garang.
Sementara Van Gaal turut menyandarkan harapan kepada pemain-pemain muda, pasukannya juga akan dibarisi pemain-pemain berpengalaman termasuk Wesley Sneijder yang akan memainkan peranan penting selaku pengumpan kepada Robben dan Van Persie.
Sepanyol menguasai perlawanan di Johannesburg dan menerima banyak terjahan-terjahan keras oleh barisan pertahanan Belanda, tetapi peminat yang akan berada di Stadium Fonte Nova akan mengharapkan untuk menyaksikan lebih banyak permainan menyerang untuk pertemuan kali ini apabila gerakan hantaran cantik Xavi, Andres Iniesta dan David Silva akan bertembung dengan serang balas pantas Belanda yang diketuai oleh Arjen Robben dan Robin van Persie.
Prestasi Van Persie dan kecergasan sangat penting dalam perancangan Van Gaal. Ketua pasukannya kurang menyerlah setelah mengalami kecederaan dalam kempen liga musim lalu dan walaupun Van Persie berkata dia cergas untuk Piala Dunia, dia bagaimanapun kelihatan tidak begitu selesa sepenuhnya sewaktu sesi latihan. - REUTERS
No comments:
Post a Comment