Streamyx Versus Unifi Telekom
ok.itu bukan apa yang gua nak cerita. gua nak cerita pagi-pagi sedang gua membuta..gua di sedarkan oleh satu panggilan telefon pelanggan Streamyx gua dulu bertanyakan pasal Unifi Telekom. mamat ni student Universiti Teknologi Petronas (UTP)..berasal dari negara Ethiopia. tak pandai berbahasa Melayu. fuh..dengan dia..dengan gua..sama-sama berbelit lidah nak berborak menggunakan bahasa perantara. dan yang buatkan dia beriya call gua sah-sah lah bukan sebab nak berdiskusi pasal matapelajaran Electrikal & Electronic Engineering..tapi pastilah ada kena mengena dengan produk Telekom yang lain. pasal produk Unifi TM. ya..dan rajin untuk gua berkongsi pasal produk Unifi TM dengan dia dan lu orang sekali. walaupun area Perak tak cukup meluas lagi.
Apa itu Unifi..apa bezanya dengan Streamyx?
secara teknikalnya yang membezakan kedua-duanya adalah medium pengantara data yang di hantar dan diterima (send and receive). Unifi menggunakan fiber optik (gentian kaca) sebagai medium utamanya manakala Streamyx hanya menggunakan cooper (tembaga) sebagai medium perantaranya. ini gua maksudkan medium perantara antara premis pelanggan dan last point yang disediakan oleh pihak Telekom lah.
antara sebab kenapa fiber optik dijadikan medium perantara adalah disebabkan penghantaran dan penerimaan data dapat disalurkan dengan pantas. Fiber optik yang bersifat gentian kaca mengurangkan keciciran semasa proses response antara browser dan Server Telekom. Contoh simple je..lu orang ambik touchlight..dan lu orang suluh cermin dan kalau ada periuk nasik tembaga..lu orang suluh sekali. mana satu yang memantulkan cahaya lebih terang. ha..itulah contoh mudahnya. Lagi terang cahaya yang dipantulkan maksudnya lagi kurang lah tahap keciciran data. Cicir di sini bermaksud kelemahan dari segi response antara browser dan Server Telekom. faham?
dan sebab itu pakej Streamyx hanya setakat 4Mbs je. itu pun dah banyak tercicir. kena ambik kira Signal-to-noise ration (SNR)..ok ke tak kadar signalnya..dari premis ke Server Telekom..kena ambik kira Attenuation..kalau test speedtest pun dapatlah 3Mbs plus plus je. kalau dapat lebih dari 70% speed tu kira dah beruntung lah tu..kalau ikutkan pengalaman gua..70% tu dah kira lulus dah..tak sampai 4Mbs pun. dan dari pengalaman gua juga..pernah gua menggunakan pakej Streamyx D.I.Y (sebab port di area rumah gua pihak Telekom tak configure/limitkan kepada had 4Mbs) dan kelajuannya tak jauh beza dengan speed 4Mbs..dapat dalam area 3.8Mbs plus plus je. dan untuk menampung speed yang lebih besar maka Unifi diwujudkan. dari 5Mbs membawa kepada pakej berkelajuan 20Mbs. cicir tetap cicir. tapi skala kecicirannya semakin mengecil comel.
itulah serba sedikit apa yang gua ceritakan pada mamat yang berasal dari negara Ethiopia yang mengejutkan gua dari nyenyak tidur. entahlah..gua syak penerangan gua menggunakan medium bahasa pengantara agak keciciran juga. ah..pedulikan..kalau dia dapat faham 70% dari cerita gua pun dah kira ok kan?
sumber
No comments:
Post a Comment