Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Tuesday, January 3, 2012

Perkahwinan Di Usia Muda

Mungkin ada di antara kita yang berpendapat bahawa perkahwinan di usia muda membawa begitu banyak implikasi negatif. Sebagai contoh, jika berkahwin di usia muda remaja kita akan terlepas kebanyakan waktu bersuka-ria sehingga menimbulkan rasa cemburu terhadap rakan-rakan sebaya yang lain. Perkahwinan di usia muda memberikan pelbagai tekanan dari segi mental, fizikal dan emosi. Rasa penyesalan bakal tersingkap di lubuk hati kerana tidak puas menikmati keseronokan di usia remaja.


Dari sudut positif pula, perkahwinan di usia muda dapat mematangkan corak pemikiran seseorang individu itu agar lebih bertanggungjawab dalam kehidupan. Dari perspektif sosial pula, perkahwinan diusia muda dapat membantu dari aspek kemudharatan aktiviti tidak bermoral atau ketelanjuran yang membawa kesan buruk melibatkan banyak pihak. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja seringkali menuruti kata hati yang terlalu ingin mencuba tanpa pertimbangan yang sewajarnya. "Sudah terhantuk baru nak terngadah".


Menuju ke gerbang perkahwinan menuntut kesediaan jasmani dan rohani seseorang individu itu. Kita tidak seharusnya mengambil mudah akan perihal berkaitan institusi perkahwinan. Faktor usia bukanlah isu utama dalam membina sebuah kebahagiaan rumahtangga sebaliknya kesedaran akan hakikat mengharungi alam perkahwinan menjadi kunci utama. Kefahaman yang jelas tentang institusi perkahwinan adalah amat penting bagi menjamin kesempurnaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga. Kahwin bukan kerana nafsu, tetapi kerana kesediaan yang cekal menghadapi sebarang kemungkinan dengan rasa tanggungjawab yang wajar.


Saya rasa cukup setakat ini dahulu sesi menulis untuk kali ini. Insya-Allah kita bakal bertemu kembali pada edisi cinta yang seterusnya. Ingat bahawa, berkasih sayang bukanlah hanya untuk kepuasan nafsu tetapi untuk mencari keredhaan dan ketenangan jiwa berkekalan. Soal cinta bukanlah hanya melibatkan dua jiwa sahaja tetapi membawa pelbagai implikasi terhadap jiwa-jiwa yang ada di sekeliling kita.


Sekian.


sumber:www.naluri

No comments:

Designed By