Friday, December 27, 2013
Aku Bukan Penyanyi Mee Segera Hoookkayyyy
Bagi Cakra Konta Paryman atau lebih dikenali dengan nama Cakra Khan, dia sendiri tidak menyangka mampu meraih kejayaan dalam waktu yang singkat, namun percaya ini semua adalah rezeki daripada Allah buat dirinya.
Mula menyanyi sejak usia 7 tahun, menurut Cakra memandangkan nyanyian merupakan minat utamanya, dia mula bereksperimentasi dengan kemampuan diri melalui pelbagai genre muzik termasuk dangdut.
Bagaimanapun semakin meningkat dewasa, perubahan suara yang lebih besar atau lebih tepat keunikan suara serak basah yang dimiliki penyanyi ini membuatkan dia mula dikenali melalui lagu popularnya Harus Terpisah.
"Saya berasal daripada sebuah keluarga yang miskin, sebab itu sejak dari kecil lagi saya sudah berdikari mencari wang sendiri.
"Di kampung, sejak berumur tujuh tahun lagi saya sudah menyanyi, dan pada awalnya saya suka menyanyikan lagu dangdut. Namun apabila berumur 14 tahun suara saya sudah berubah dan saya mula beralih ke genre lain seperti raggae, rock dan pop," katanya yang ditemui pada Konsert Destini, yang berlangsung di UiTM Shah Alam baru-baru ini.
Dia yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, memberitahu setelah mengetahui lagunya diterima di Malaysia hatinya sudah melonjak mahu bertemu peminat di negara ini. Bagaimanapun menyerahkan jadual waktunya kepada pihak pengurusan Cakra terpaksa menangguhkan niat itu.
"Kalau boleh memang sudah lama saya mahu membuat persembahan di sini.
"Sebab itu bila diberi peluang untuk menjayakan Konsert Destini, saya berusaha sebaik mungkin untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat saya di sini," katanya.
Menjawab tenang persoalan mengenai pembatalan persembahannya pada saat-saat akhir di negara ini sedikit waktu lalu, menurut Cakra, dia tidak mengetahui tentang perkara itu.
Tidak berniat mahu menghampakan peminatnya Cakra berjanji akan mengotakan permintaan peminatnya di Malaysia.
"Saya tahu ada yang mahu menyalahkan saya. Tetapi apa yang berlaku adalah salah faham di mana pihak pengurusan saya tidak diberikan pengesahan mengenai perkara tersebut.
"Saya tidak mahu apa-apa masalah. Buat masa ini seperti yang sudah diberitahu saya akan kembali ke negara ini pada tahun hadapan. Selewat-lewatnya bulan Mac untuk rangka promosi di sini," katanya.
Masih terkejut dengan sambutan yang diterima oleh peminat di negara ini, menurut Cakra dia sendiri tidak menyangka akan berada di tahap ini dengan begitu cepat. Menolak untuk dikenali dengan nama penyayi YouTube, menurut Cakra usahanya sudah bermula dari kecil.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131227/hi_01/Bukan-penyanyi-mi-segera#ixzz2oeyTkttw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment