Allah merahsiakan saat kematian kita,
adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah
ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula
kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan
mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan
lebih jujur, bersungguh sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan
Allah.
Manusia begini
sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan
ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan
ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak. Kesakitan bila nyawa
dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada
bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan
keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali
tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan
kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah
tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga
ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri.
Cuba
kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak
tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup hidup,dahaga yang amat
sangat sehingga air lautan di dunia ini tida mampu menghilangkannya.
Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali
lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh
ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan
tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih
Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri
Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air
kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang
air kecil."
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar
malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya
kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui
kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi.
Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa
nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga.
Malaikatul
maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan
kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris
as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku,
bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya
ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit
menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut:
"Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus
mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap
seseorang pun."
Diriwayatkan
lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah
mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata:
"Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang
masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba
hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu."
Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah
untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke
kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan
Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah
beruban. Nabi Isa AS hairan Kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah
tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini
dari sebab takutnya hari kiamat. berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa
tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka
belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."
Wassalam
SUMBER mahatera.blogspot.com
No comments:
Post a Comment