Mutiara Situmorang didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman mereka di Bogor.
Menurut Yuliana, 17, dia dipaksa oleh majikannya bekerja dari pada pukul 5 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
Yuliana yang berasal dari Pulau Aru, Maluku mendakwa, seandainya tersilap ketika melakukan pekerjaan rumah, dia akan didera dan tidak dibayar gaji.
Selepas tiga bulan bekerja dalam keadaan tertekan, Yuliana berkongsi penderitaan yang dilaluinya kepada sepupunya, Syarif Hidayat yang kemudiannya menziarahinya di rumah majikannya itu.
Melihat kesengsaraan Yuliana, Syarif membawa sepupunya itu ke balai polis untuk membuat laporan.
Kes penderaan pembantu rumah di Indonesia bukanlah perkara baru di negara ini.
Pada bulan Jun tahun lalu, seorang pembantu rumah berusia 18 tahun, Siti Nur Amalah di Jatinegara, Jakarta Timur membuat laporan polis selepas dipukul oleh pasangan majikannya sejak tahun 2012. -
UTUSAN
No comments:
Post a Comment