Ayam Goreng
Budak 5 tahun, Maut Makan Lauk Dari Pasar Malam
Budak maut selepas makan hidangan yang di beli dari pasar malam. Bila baca berita ni, terus teringat cerita cendol yang kita kongsikan dua hari dulu. Bezanya cendol tersebut hanya menyebabkan keracunan makanan, tapi kali ni lauk yang dibeli telah menyebabkan seorang budak berusia 5 tahun dari Bukit Payung Marang, Kuala Terengganu maut manakala bapanya dirawat di hospital.
Mengikut laporan, Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, 5 tahun pergi ke pasar malam bersama-sama bapanya untuk membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladipada petang sabtu. Kedua-dua mereka kemudiannya menjamah makanan tersebut. Pada pagi Ahad, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong.
Setelah tiada perubahan, mereka di bawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut. Namun usia Muhammad Iqbal Rafie tidak panjang apabila beiau meninggal dunia kira-kira 1 petang semalam ketika dalam perjalanan ke hospital.
Walaupun punca sebenar sedang disiasat, hati-hati semua. Kepada penyedia makanan pastikan penyediaan makanan dilakukan dalam keadaan yang bersih.Makanan yang dijual pastikan masih elok. Jangan kerana takut rugi, makanan yang sudah rosak tetap dijual kepada pelanggan. Dan kepada pembeli hati-hati kerana faktor cuaca mungkin mempengaruhi keadaan makanan. Dalam cuaca panas makanan cepat rosak yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

sumber:blogsantai
No comments:
Post a Comment