Patutlah bahagia sahaja perkahwinan penyanyi rap Jay Z dan diva antarabangsa Beyonce. Di kala orang lain sibuk mencari hadiah untuk kaum keluarga sempena hari natal, Beyonce dan Jay dilaporkan telah menghabiskan sesi membeli-belah di sebuah kedai seks, Babeland.
Pasangan yang telah berkahwin selama lima tahun ini dikatakan telah menghabiskan kira-kira USD6 ribu untuk permainan yang boleh bantu “menceriakan” bilik tidur.
Menarik cara Beyonce, 32 tahun dan Jay Z, 44 tahun menyambut musim cuti ini. Tetapi mereka berhak berseronok kerana tahun 2013 memang menjadi tahun untung bagi kedua-duanya. Beyonce telah memecahkan rekod jualan iTunes dengan pelancaran album terbaru bertajuk “Beyonce” sebelum sambutan Natal. Jay Z pula sudah sibuk dengan konsert terbaru. Patutlah mereka berdua dinobatkan sebagai pasangan terkaya Forbes!
Apa agaknya yang dibeli Beyonce? Itu tiada siapa yang pasti, namun yang pasti Jay Z pasti suka.Silap haribulan, mungkin boleh dapatkan adik untuk Blue Ivy.
sumber:awekcomei
sumber:awekcomei
No comments:
Post a Comment