Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Wednesday, June 25, 2014

Seorang wanita, Perlu Mencari Lelaki Seperti Ini

1. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

2. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

3. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

4. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

5. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


6. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

 7. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

10. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

No comments:

Designed By