Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Monday, July 21, 2014

Pelakon Ezany Buat Laporan Polis Bini Kesayangan Dilarikan Jantan

 
Belum pun selesai isu isteri meminta cerai, pelakon dan juga usahawan Ezany Nizariff sekali lagi diuji apabila isterinya itu dilaporkan telah dilarikan lelaki dikenali pada pada 17 Julai lalu.

“Selepas kejadian itu, saya cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjaya. Saya turut menghubungi kampung keluarganya di Labuan, Sabah, namun mereka memaklumkan isterinya tidak berada di sana,” ujarnya kepada Harian Metro.

 Kejadian itu berlaku sekitar jam 4.30 pagi apabila Ezany ingin bangun bersahur dan mendapati isterinya sudah tiada dan percaya isterinya itu keluar dari rumah kerana pintu hadapan rumahnya di tingkat bawah juga tidak berkunci.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ezany turut berkata beliau tidak ada pilihan lain selain membuat laporan polis apabila isterinya itu tidak pulang ke rumah sehingga semalam (20 Julai 2014).

No comments:

Designed By