Terkini

gempak

RENUNGAN

KESIHATAN

PELIK

Wednesday, July 23, 2014

POLIS HENTIKAN SISATAN KES BINI PELAKON EZANY YANG MELARIKAN DIRI


Polis mengangap perkara seperti ini hanya pergolakan rumahtangga.
bini pelakon terbabait berada di kota kinabalu.  Polis hentikan siasatan lanjut berkenaan kes ini.

Polis tidak meneruskan siasatan terhadap pelakon Ezany Nizarif yang mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki dari rumah mereka di Seri Kembangan dekat sini pada 16 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, siasatan pihaknya mendapati kes itu hanya pergolakan rumah tangga antara pelakon itu dan isterinya.

"Setakat ini tiada sebarang tindakan yang boleh diambil oleh pihak kami. Pihak polis hanya menerima laporan polis dibuat pelakon tersebut.
"Keputusan selanjutnya terserah kepada pelakon itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, pelakon dan juga usahawan, Ezany, 44, atau nama sebenarnya Mohd. Zani @ Zohiri Mohd Nizariff membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang setelah mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki.

Sementara itu, Ezany Nizariff ketika dihubungi berkata, isterinya berjaya dikesan di Kota Kinabalu, oleh pihak polis yang melakukan siasatan.
Katanya, polis mengesan kedudukan isterinya yang menghilangkan diri sejak Khamis lalu menerusi isyarat telefon bimbitnya.

"Apapun yang sedang berlaku, saya bersyukur jika dia berada dalam keadaan selamat kerana dialah ibu kepada dua anak saya," katanya.
Khamis lalu, ketika Ezany Nizariff bangun daripada tidur kira-kira pukul 4.30 pagi untuk bersahur, dia menyedari isterinya telah tiada di sisi dan mendapati pintu utama rumahnya di Seri Kembangan, Selangor tidak berkunci.

sumber

No comments:

Designed By